25 June 2014

AKU MOHON MAAF


Ye.. aku ingin mengambil kesempatan sempena Ramadhan yang bakal menjelang ni untuk memohon maaf kepada mereka yang terasa dengan cara penulisan aku yang agak keras hari tu. Aku manusia biasa yang acapkali pun buat silap dan melampaui batas.

Tapi seriously kalau korang nak kenali aku, aku jenis sedikit lantang. Aku bukan seorang yang kaki kipas bontot sesiapa bila ingin menulis. Andai kata salah, maka aku akan kritik. Bukan nak cakap aku ni fikir aku je yang betul ke apa, tapi aku just beri pendapat aku. Macam kes adik OKU yang dijumpai tu. Memang betul, salah aku kerana terus meluahkan perasaan dan emosi aku dalam penulisan sebelum mendapat cerita yang sebenar-benarnya. Tapi sesiapa sahaja pun pasti akan beremosi seperti aku apabila mendengar berita-berita begini. Atas sebab rasa sedih, marah dan rasa tak patut terhadap penaniayaan warga OKU ni.

Dan untuk itu, aku mohon maaf kerana mengeluarkan bahasa kesat dalam entry tersebut.

Tapi pendapat aku tetap sama seperti mana yang aku tuliskan. Aku taknak bincang lagi perkara tu sebab mungkin korang semua dapat agak apa yang aku nak luahkan sebenarnya. Aku mohon maaf kerana membuat pembaca terasa dengan bahasa kesat aku.

It's simple, apabila aku menulis, aku inginkan sesuatu yang telus dan ikhlas daripada dalam diri aku juga. Maka probably sebuah alter-ego aku terlahir dari situ. Yang ingin luahkan segalanya. Yang ingin rasa bebas dalam berbicara. Andai ada yang terasa, sorry. Mungkin korang tak patut baca lagi bila aku menulis mengenai sesuatu yang aku kritik. Sebab seperti yang aku cakap tadi, aku tak suka untuk hold back bila mengkritik.

Dan terima kasih kepada sesetengah rakan-rakan yang menegur aku kerana tak baik dalam-dalam marah menulis, masukkan perkataan istigfar, nama Allah dan sebagainya bercampur aduk dengan bahasa carut-marut. Ok, aku terima kritikan tu. Maybe aku akan lebih berhati-hati lepas ni. Tapi aku tak jamin aku akan berhenti berbahasa begitu. Seandainya tak suka, jangan baca.

And lastly, just for last thought, remember this. I am what I am. I write what I feel, I won't kiss anybody ass to please them. So... welcome to my show. Where I am the director of this series.

22 June 2014

SURAT KEPADA IBU MUHAMMAD FIRDAUS (ADIK OKU) YANG DIJUMPAI DALAM KEADAAN IBARAT MAYAT HIDUP.


Lies lies lies...

Actually aku sedih sangat dengan penemuan adik Muhammad Firdaus OKU yang dijumpai dalam keadaan sangat menyedihkan kerana dikurung dalam satu bilik sehingga kurus nampak tulang. Dah macam mayat hidup si ibu lakukan kepadanya.

What the hell is this?

Si ibu pulak cakap, beliau orang susah dan terpaksa menanggung seorang lagi anak yang berusia 7 tahun. Beliau jugak cakap yang orang lain tak patut judge kerana tak tahu kesempitan yang dialami oleh beliau.

Well.. all I can say is... FUCK YOU and your BULLSHIT!

Ramai lagi orang susah di luar sana yang hidup daif tapi mampu untuk menjaga anak mereka. Kalau dah dasar kejam tu kejam jugak lah! Maybe betul, kita takleh nak judge sebab tak tau cerita sebenar. Guess what, whatever it is, kesemua alasan tu tak boleh diambil pakai.

First ko cakap ko susah. Tapi anak yang 7 tahun tu ko boleh tampung. Kenapa tak kepada anak OKU ko? Sebab dia OKU? Takkan sedikit makanan dan pakaian yang elok ko tak boleh nak bagi? Budak tu dijumpai dalam keadaan sudah ditinggal lama! Baju koyak rabak macam 5 tahun tak tukar! Rambut panjang dan kusut masai macam pengemis! Ko gelarkan diri ko sebagai ibu?

2nd, ko tak pernah ke dengar badan kebajikan? Mereka sanggup menolong jaga budak tu kalau ko tu tak mampu. Jangan cakap ko tak sanggup berjauhan daripada anak ko kalau bagi kepada badan tu sebab bila budak tu bersama ko, nak mati dah budak tu ko buat!

Ko tak sedar ke ramai suami isteri kat luar tu yang beria usaha sana sini, makan ubat tu ni, buat treatment segala macam semata-mata nak dapatkan anak? Ko pulak dah ada anak ko buat macam binatang. Woii... binatang pun tau jaga anak la. Atau ko memang malu dapat anak OKU dan ko decide nak bunuh dia perlahan-lahan?

Lepas tu dapat pulak spekulasi ko ada facebook, dan gambar ko bukan main jelita siap tudung liplap lagi. Aku tak tau samaada tu memang facebok ko ke tak, tapi andai betul, KEPALA BANA ko! Main Facebook boleh tapi bagi anak makan tak boleh. Buto!

Satu je benda aku boleh cakapkan kat ko wahai si ibu durjana, ko tak layak jadik seorang ibu. Ko sia-siakan anugerah Allah bagi dan ko pecah amanah-Nya.

Semoga Allah ampunkan ko.

FUCK YOU...

17 June 2014

Schumacher Out Of Coma After 6 and a half months!


Berita baik buat peminat M.Schumacher! Beliau telah pun kembali sedar dari koma beliau yang selama 6 bulan setengah dulu.

Juara 7 kali Formula One ini telah mengalami kemalangan sewaktu bermain ski di resort ski Maribal, Perancis yang mengakibatkan nyawa beliau dalam keadaan kritikal. Akibat daripada kemalangan itu, otak beliau mengalami kebengkakan serius. Sabine Kehm, pengurus M.Schumacher telah bercakap mewakili keluarga beliau telah mengesahkan kesedaran Schumacher itu.

Sabine Kehm berkata kepada media,

"Schumacher sudah meninggalkan CHU Grenoble untuk meneruskan proses terapi beliau yang akan memakan masa. Beliau tidak lagi berada di dalam koma. Keluarga beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ke semua doktor dan jururawat yang bertungkus lumus membantu beliau dalam proses pemulihan serta doa daripada seluruh rakan dan para peminat demi kesejahteraan Schumacher."

Schumacher telah menjalani 2 pembedahan di Grenoble Hospital bagi membuang darah beku, haematomas dan menyurutkan kadar kebengkakan pada otak beliau. Beliau juga pernah berada dalam keadaan kritikal apabila proses penyembuhan beliau dilaporkan sangat perlahan dan doktor mulai syak bahawa beliau barangkali tidak akan pulih sepenuhnya akibat kecederaan teruk itu.

Well.. what can I say? Schumacher is a fighter!

Let's Interact!

me>