25 June 2014

AKU MOHON MAAF


Ye.. aku ingin mengambil kesempatan sempena Ramadhan yang bakal menjelang ni untuk memohon maaf kepada mereka yang terasa dengan cara penulisan aku yang agak keras hari tu. Aku manusia biasa yang acapkali pun buat silap dan melampaui batas.

Tapi seriously kalau korang nak kenali aku, aku jenis sedikit lantang. Aku bukan seorang yang kaki kipas bontot sesiapa bila ingin menulis. Andai kata salah, maka aku akan kritik. Bukan nak cakap aku ni fikir aku je yang betul ke apa, tapi aku just beri pendapat aku. Macam kes adik OKU yang dijumpai tu. Memang betul, salah aku kerana terus meluahkan perasaan dan emosi aku dalam penulisan sebelum mendapat cerita yang sebenar-benarnya. Tapi sesiapa sahaja pun pasti akan beremosi seperti aku apabila mendengar berita-berita begini. Atas sebab rasa sedih, marah dan rasa tak patut terhadap penaniayaan warga OKU ni.

Dan untuk itu, aku mohon maaf kerana mengeluarkan bahasa kesat dalam entry tersebut.

Tapi pendapat aku tetap sama seperti mana yang aku tuliskan. Aku taknak bincang lagi perkara tu sebab mungkin korang semua dapat agak apa yang aku nak luahkan sebenarnya. Aku mohon maaf kerana membuat pembaca terasa dengan bahasa kesat aku.

It's simple, apabila aku menulis, aku inginkan sesuatu yang telus dan ikhlas daripada dalam diri aku juga. Maka probably sebuah alter-ego aku terlahir dari situ. Yang ingin luahkan segalanya. Yang ingin rasa bebas dalam berbicara. Andai ada yang terasa, sorry. Mungkin korang tak patut baca lagi bila aku menulis mengenai sesuatu yang aku kritik. Sebab seperti yang aku cakap tadi, aku tak suka untuk hold back bila mengkritik.

Dan terima kasih kepada sesetengah rakan-rakan yang menegur aku kerana tak baik dalam-dalam marah menulis, masukkan perkataan istigfar, nama Allah dan sebagainya bercampur aduk dengan bahasa carut-marut. Ok, aku terima kritikan tu. Maybe aku akan lebih berhati-hati lepas ni. Tapi aku tak jamin aku akan berhenti berbahasa begitu. Seandainya tak suka, jangan baca.

And lastly, just for last thought, remember this. I am what I am. I write what I feel, I won't kiss anybody ass to please them. So... welcome to my show. Where I am the director of this series.

No comments:

Let's Interact!

me>