03 October 2014

Siti Sifir kah ini?


Siapa yang lahir era 80an dan menjadi kanak-kanak dalam era 90s, surely ingat rancangan kanak-kanak yang disiarkan di RTM 1 (dulu dikenali sebagai TV1) iaitu A.L.O.N.G. Ye.. ibarat rancangan kanak-kanak Barney versi melayu. Kalau boleh setiap hari menanti dengan penuh kusyuk rancangan ni. Nak buat camne, zaman dulu mana ada Astro, internet apa bagai. Dan rancangan sebegini tak banyak di tv.

Dalam rancangan tersebut terdapat banyak segmen-segmen menarik kelolaan kanak-kanak yang mencuit hari sesiapa sahaja yang menontonnya. Namun, dalam banyak-banyak segmen, aku dan rasanya 80% daripada para penonton kecil yang lain paling suka segmen Hafal Sifir bersama Siti Sifir.


Segmen ini mengajar kanak-kanak untuk mengingati sifir berpandukan dengan nyanyian dan irama supaya kanak-kanak cepat menghafal. Time tu Siti Sifir masih kanak-kanak dan lepas tu beliau seakan "vanish" begitu sahaja. Malah tempat beliau digantikan oleh kanak-kanak lain sehingga rancangan itu ditamatkan siarannya.


So.. ke mana perginya Siti Sifir? Even nama sebenarnya pun tak tau membuatkan ramai yang susah nak trace beliau kembali. Bukan seperti watak Along itu sendiri yang telah di-reveal dahulu sebagai Beto Kusyairi. Haa... terkejut kan? Yup.. Beto Kusyairi adalah Along dahulu.


Namun, selepas Google punya Google, akhirnya dapat sekeping gambar ni yang mengatakan bahawa beliau merupakan Siti Sifir yang sebenar. Namun kesahihan itu tidak dapat dikenal pasti lagi.

Kalau anda rujuk blog-blog orang lain, serta "Siti Sifir" seeker yang lain, ramai yang mengatakan bahawa gadis dalam gambar ini adalah yang paling hampir dengan Siti Sifir dahulu. Dengan iras wajahnya, rambut beralunnya dan matanya. Tapi.. kesahihan itu masih lagi samar-samar.

Namun bagi peminat kecilnya yang pernah menonton beliau sewaktu ketika dahulu pastinya tertanya dan diselubungi misteri ini. Siapa Siti Sifir dan di manakah beliau sekarang ini.

Apa pendapat anda? Adakah beliau ini Siti Sifir yang sebenar?

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


1 comment:

Unknown said...

siti sifir popular time sy sekolah rendah darjah 6. hari2 duk depan tv semata2 nak tgk siti sifir. bagus kartun mcm ni syg x diteruskan sampai sekarang.

Let's Interact!

me>