Sungai Kedondong merupakan antara sungai terbaik yang pernah aku kunjungi. Airnya sungguh menyegarkan dan sungguh cantik dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Time aku pergi ni orang tak ramai sangat, so port mandi menjadi sungguh heaven!
Aku pergi bersama wife, adik dan juga 2 orang anak buah. Saje je nak lepak mandi sungai sebab dah lama rasanya tak merasai "terapi air" ni. Haa.. kalau korang nak tau, air sungai amat mujarab untuk melegakan pelbagai sakit kat badan ni. Kalau anda rasa sengal-sengal otot, sakit belakang, muscle pain, atau migrain, pergilah mandi di sungai. Inshallah, kalau tak hilang pun, kesakitan tu akan sedikit sebanyak reda.
Serius, di port yang kami mandi ni, ada banyak air terjun yang kuat, dan even ada 3 way shower yang sangat best. Aku suka lepak kat situ sambil merasai air deras tu "mengurut-urut" belakang dan kepala aku. Aku stay sampai 15 minit kat situ. Keluar-keluar je terus rasa lega gila kepala ni. Haha!
So, andai anda semua nak pergi ke sungai Kedondong ni, mudah je jalan nya. Ikut jalan lama ke Batang Kali. On the way tu ikut route ke Genting Highland. Jalan terus je dan anda akan dapat lihat kawasan sungai ni di sebelah kiri anda.
Serius terbaik port ni. Anda harus kunjungi!
Like page The Kufazuke Show di Facebook!
3 comments:
Asalam..igt buah kedongdong ja,sg pon nama sama gak..mmg best tue,part makan kat atas batu paling best..khaty dah lama tak p bekelah kat sungai,musim hujan tak berapa sesuai ...
serious besttttt...pasni try lata hammer lak jom...
dah lama tak mandi air terjun..
Post a Comment