08 October 2014

Pemenang bagi Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!


Yezza... terima kasih kepada semua yang menyertai segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku! yang telah berakhir baru-baru ni. Secara jujur, saya rasa semua yang sertai segmen ni bagus-bagus belaka dalam penulisan dan agak payah jugak nak tentukan siapa pemenangnya. Namun, setelah teliti membaca setiap entry, akhirnya kita dapat tentukan pemenangnya!


Di tempat KETIGA,
yang bakal memenangi hadiah barangan kesihatan bernilai RM30 tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Blog QUEEN'S! oleh Nagiha Hamdan


Tahniah.. satu penulisan yang bersahaja, santai dan sungguh menyeronokkan! Saya kagum dengan habit anda yang pentingkan kesihatan tubuh badan serta pemakanan yang betul. Diharap dengan hadiah ni, anda akan terus gandakan usaha ke arah kesihatan lagi.

Baca entry beliau DI SINI.


Di tempat KEDUA,
yang bakal memenangi hadiah barangan kesihatan bernilai RM61 tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Blog SENANG JE! oleh Mama'snia


Menerusi penulisan anda, kita dapat baca character anda sendiri yang girang dan ceria. Terdapat energy dalam penceritaan anda dan saya pasti kalau jumpa depan-depan sure boleh bawak bersembang sampai ke malam ni. Haha! So anyway, tahniah! Diharap anda suka dengan hadiah ini dan saya setuju kalau anda nak letak nama next baby sempena nama Kufaz. Ngee~ :)

Baca entry beliau DI SINI.


Dan jeng jeng jeng.... Drum roll.... 

Di tempat PERTAMA,
Yang bakal memenangi wang tunai sebanyak RM100 daripada tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Ba Dum Tsst!

Blog YUMIDA! oleh Yumida Huda


Wow.. what can I say? Bila membaca entry beliau je, terasa semuanya tersusun dan sistematik. Bila diberi RM 1 juta, anda berjaya allocate setiap sen ke tempat-tempat yang sepatutnya. Penulisan anda sangat menarik dan saya seronok apabila anda sisipkan doa-doa di setiap perenggan dan soalan. Suka baca entry anda dan saya harap anda keep up the good work! Semoga suka dengan hadiah tempat pertama ini. Tahniah sekali lagi!

Baca entry beliau DI SINI.

*** CONTEST END ***


Well, itu dia pemenang-pemenang bagi segmen pertama anjuran The Kufazuke Show ini. Di harap para pemenang dapat hubungi kami dengan kadar segera secara PM di inbox admin di Page The Kufazuke Show di Facebook!


Pihak The Kufazuke Show juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja hadiah iaitu Yati Adam (YA). Diharap lepas ni, bolehlah sponsor lagi ye untuk segmen, GA yang akan datang. Jangan lupa ye semua, kunjungi blog Yati Adam dan beramah mesralah dengan penaja. Beliau seorang yang cool! Hehe...

Kepada yang menyertai segmen ini yang lain, di harap anda tidak berputus asa dalam penulisan anda. Entry anda semuanya bagus-bagus belaka dan seperti yang saya cakap tadi, menentukan pemenang segmen ini tidak mudah sebab semuanya TERBAIK!!

Kepada anda yang terlepas nak baca entry mereka, jom terjah!

1. Fatimah Nabila
2. Khaty Aiman
3. Ibu Ainul Alif
4. Calrase Patrick
5. Euruka Seven
6. Jom Santai Aje
7. H.E.L.L.O.K.I.T.T.Y
8. Diari HafizNur
9. Rara Farhana

Jadi, sekian sahaja untuk kali ni. Di harap anda semua akan join lagi dalam segmen akan datang dan ceria selalu! Harap anda semua sudi-sudilah jenguk The Kufazuke Show lagi ye... Terima kasih!
Post a Comment

Let's Interact!

me>