02 October 2014

Perihal Kenaikan Minyak. Naik 20 sen lagi!


Siapa tidak bengang dengan kenaikkan harga minyak? Percayalah, bagi golongan kaya maybe tak rasa apa yang golongan sederhana dan rendah rasa. Mereka tidak rasa bagaimana susahnya mereka berpendapatan rendah survive. Mereka tak rasa macam mana keadaannya terpaksa catu sana sini. 

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, terpaksalah berhempas pulas mencari rezeki lebih, nak-nak tempat kerja tak pernah-pernah nak bagi insentif dan bonus atau kenaikkan gaji pun.

Memang benar yang naik RM0.20 je. Itu juga ungkapan semasa minyak naik sebelum ni jugak. RM0.20. Kalau nak diikutkan sejak pilihanraya, minyak dah naik RM0.40. Then what? Tahun depan naik lagi RM0.20 ke? Dan masih dengan slogan "Alaa naik RM0.20 je"?

In the end of the day, tanpa kita sedar minyak telah pun naik sehingga RM1 atau RM1.50.

Yang tengah struggle untuk hidup, semakin kesempitan. Yang baru nak naik perniagaan terpaksa slow balik. Silap-silap bungkus terus. 


Aku tak faham dan tak pasti apa strategi sebenarnya kerajaan dari segi political mileage ni. Di samping Anwar sedang dibom dengan kaedah politiknya yang mengorbankan Tan Sri Khalid, penyokongnya mulai berpaling dan sokongan kerajaan kembali or even sokongan Pas untuk gesa keluar pakatan. Dalam-dalam penyokong beliau sedang surut, dinaikkan pulak harga minyak. Kini penyokong kerajaan yang sememang dah sokong lama pun pening kepala dan berfikir sejenak di mana relevannya ini semua.

Maybe la kan, golongan macam kita ni bodoh ekonomi tak tau apa pun. Tak tau bagaimana effect harga minyak diluar sana yang menjejaskan ekonomi. Tetapi dari segi apa kita dapat lihat, negara kita juga banyak membuat pembaziran. If let say, ia berkenaan pembangunan, it's ok. Maybe ia akan beri manfaat kepada generasi akan datang juga. Tetapi, if dibazirkan ke tempat lain, why kita kena tanggung kesempitan ini? Why not kurangkan pembaziran dan support menerusi subsidi-subsidi di channel yang betul.

Aku menulis ni bukan kerana aku benci kerajaan. Dan tak juga nak cakap aku betul-betul sokong mereka. Aku ingin luahkan perasaan aku sebagai masyarakat middle class.

Aku sedih bila minyak naik, ramai ibubapa terpaksa catu perbelajaan termasuk untuk anak-anak mereka. Kalau dulu boleh beli susu grade tinggi untuk anak, kini kena down grade sikit. Andai dulu boleh bagi anak makan sedap-sedap setiap hari, kini kena catu sikit-sikit. Silap-silap makan megi je nanti. 

Bagi yang bujang yang tengah kumpul duit nak kahwin, beban mereka makin bertambah. In the end, semakin ramai buat loan, semakin ramai yang akan cari alternatif lain untuk pinjam duit dan end up bankrupt atau lebih teruk diburu ah long.

Kalau minyak tidak naik, maybe kita boleh jimat sehari dalam RM1 - RM1.20. Bayangkan berapa boleh dapat sebulan? Kalau setahun. Maybe dalam RM300++ boleh save. Nilai tu memang nampak sikit bagi mereka berpoket lebat. Namun bagi golongan dibawah, jumlah itu adalah besar bagi mereka.

Aku sedih. 


1 comment:

Unknown said...

harga minyak naik merupakan permulaan kepada segala jenis barang utk naik. malah perkhidmatan pun bakal naik bayarannya. 20 sen per liter amat besar. mmg menjejaskan bg golongan berpendapatan rendah. apatah lagi bagi nelayan yg memerlukan minyak keramat ni utk menggerakkan enjin bot.

Let's Interact!

me>