01 October 2014

Lamaran Daripada Aku


Sejak kebelakangan ni, aku banyak melakukan kerja-kerja designing art. Aku tak tau la kan, tapi ia seperti ngam pulak dengan aku yang sememangnya sukakan kesenian. So, aku ada design beberapa jenis T-Shirt khas untuk santai, leisure dan sebagainya.

At first, ia cuma sekadar suka-suka je tapi lama kelamaan cinta tu semakin lama semakin berputik. Dari satu design ke satu design aku buat dan kini aku ingin cuba masuk sikit-sikit ke bisnes design baju ni. Andai korang suka dengan design baju, bolehlah hubungi aku untuk maklumat lanjut ye. Haha..


Ok, selain daripada designing, seperti biasa orang yang sukakan kesenian ni akan di samakan dengan jenis orang yang suka masak, makan dan berjalan.

Oleh itu, aku berpendapat ingin nak bukak satu blog baru yang khas kepada tema makanan sahaja. Andai ia disamakan dengan industri mainstream di luar sana, kita boleh kelas kan juga sebagai blog Food Network.

Ye.. kalau korang boleh nampak daripada blog aku sendiri, aku gemar untuk memberi tips breakfast, resipi dan sebagainya. Namun, aku merasakan bahawa subjek-subjek tu bercampur aduk pulak dengan entry-entry yang lain. Jadi macam rojak. So tanpa ingin memeningkan kepala, aku rasa better aku wujudkan satu blog yang baru.


Cuma sekarang, aku perlu mencari author-author yang lain yang turut ada passion yang sama terhadap makanan untuk bersama bangunkan blog tersebut. So inilah lamaran aku...

Adakah anda orang aku cari? Kalau berminat, sila hubungi aku dengan cepat. Sebab kita bakal menjadikan blog tersebut sebagai "syurga makanan" nanti.

So lekas-lekas!

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


No comments:

Let's Interact!

me>