24 April 2012

Underground Vs Mainstream



Dalam muzik, underground dan mainstream merupakan dua cabang yang berbeza walaupun tujuan akhirnya sama. Di Malaysia, muzik underground tidaklah sehebat muzik-muzik aliran mainstream. Malah hanya golongan yang betul-betul mengikuti arus culture tertentu yang didedahkan kepada arus underground. Jadi, bolehlah juga andai dikatakan underground ni, disupport oleh minoriti. Maybe la kan, the best way nak describe perbezaan antara dua arus ini adalah, kebebasan.

Perkataan underground ni bukan untuk muzik sahaja, malah ia digunakan dalam pelbagai aspek seperti gerakan penentang, seni, politik dan sebagainya. Tapi dalam konteks muzik dan culture muzik, ia merujuk kepada kebebasan berkarya tanpa ada sekatan. Aliran mainstream pula merupakan aliran yang lebih terbuka dan terdapat formaliti yang harus diikut. Ia boleh dikatakan sebagai satu arus yang lebih open atau lubuk duit.

Tapi la kan, aku tak tau dengan korang macam mana tapi bagi aku arus mainstream sekarang semakin pudar menyajikan karya-karya yang unggul seperti masa-masa lalu. Dan definisi underground kini lebih sukar didefinisikan sebab perkembangan teknologi-teknologi dan cabang yang mudah seperti, internet, lama sosial dan sebagainya.


Zaman dulu, sebelum adanya laman sosial di internet ni, we fight for our music to be heard. Kita pergi kedai-kedai muzik untuk tengok flyers for up coming gig, beli zine untuk tengok perkembangan muzik underground, even beli demo tape daripada band-band untuk dengar karya-karya yang baru. Masa tu, muzik sangat best sebab kita sering didedahkan kepada material-material baru, nak-nak pulak benda-benda macam ni memang sangat-sangat susah untuk dicari. Tapi kini tak lagi... kita lebih mudah post karya-karya kita di ruang facebook atau mana-mana lama sosial lain. Dengan sekali klik atau search di internet, kita tak perlu keluar untuk pergi kedai muzik lagi. In fact, boleh dikatakan, orang sekarang download muzik je... mana ada beli cd-cd ni. Ada pro dan contra nya terhadap perkembangan ni.

Tak dinafikan, kita perlu berdiri di dunia yang nyata. Sekarang everything is money. Walau macam mana passion pun korang terhadap muzik, money tetap vital untuk bantu korang melangkah dengan lebih jauh. Hidup mesti mau ada wang brader.... That's why ramai pemuzik atau penggiat seni underground eventually akan masuk ke dalam aliran mainstream jugak. Aku bukan nak condamn secara total kepada aliran mainstream ni. It's going to be unfair sebab rata-rata band yang aku dengar secara local dan luar negara boleh dikatakan banyak berada dalam aliran mainstream. Tapi why is it sound so bad bila bercakap pasal mainstream?

Sebab, ketamakan terhadap wang dan glamour yang melampau. Sehingga bagi aku, muzik sekarang dilacurkan atas nama kepentingan duit dan market di luar sana. Untuk mengikut trend serta market sekarang, para pemuzik tidak lagi bebas dalam berkarya kerana mesti patuh dan ikut pada kehendak pihak rakaman dan agen masing-masing bagi memenuhi kehendak telinga-telinga yang tidak dapat membezakan antara permata dan kaca. That's why la pemuzik luar negara yang ingin buat konsert di Malaysia seringkali gagal datang kerana disekat oleh pihak yang saya tak nak sebut di sini. Sebab menyampah.


Berbeza dengan di luar negara, pemuzik sana disupport secara total. That's why kita boleh dengar aliran mainstream diorang sangat vibrant dengan genre yang pelbagai. Bukan setakat yang stereotype sahaja. Dan diorang tak menyekat kebebasan berkarya sehingga mereka dapat menghasilkan sesuatu yang fresh, vital dan lagendary. Kebebasan ni berikan mereka satu ruang yang lebih besar dalam mengukuhkan cengkaman mereka di persada antarabangsa. Di Malaysia pulak, kita asyik-asyik dikatakan tu tak boleh, ini tak boleh, tu tak sopan, ini tak menggambarkan ketimuran dan sebagainya. Sehinggakan kita terpaksa menzalimi anugerah kreativiti yang diberi oleh Tuhan just untuk memenuhi kehendak market yang sedikit dan ntah apa-apa.

So, macam mana kita nak maju dalam hal ni? Andai kita terperuk dalam underground, ye, kita dapat kebebasan dalam berkarya, tapi sejauh mana pulak kita akan berada? Siapa yang akan mengenali kita? Dan andai kita masuk aliran mainstream pulak, sanggupkah kita menjadi orang yang lain daripada keaslian yang ada dalam diri? Tu la sebab nya internet juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan muzik even untuk underground. Kini tak perlu lagi nak bagi test dengar pada tauke kedai untuk pasarkan demo. Kat internet je dah boleh. Kat Youtube je dah boleh tengok mereka semua. Dan kalau bernasib baik, ada la record label yang ingin bawak di bawah naungan mereka. Tapi yang tak bestnya, ada jugak sampah-sampah yang terhasil daripada kemudahan yang disediakan oleh internet ni. Ramai pulak orang-orang yang gila glamour nak naik jadik artis.

So apa pendapat korang mengenai hal ni? Adakah kita perlu melonggarkan syarat berkarya demi pengembangan kreativiti yang asli dan jitu?

p/s: Suka lagu "Daulat Tuanku" by Butterfingers... yang berani langgar dan mencabar formaliti istana dalam aliran mainstream... main pangkah je even dalam benda sensitif.. hope to hear songs like that more often here in Malaysia.







Post a Comment

Let's Interact!

me>