20 April 2012

The Real Russell Peters Live in Malaysia SOLD OUT!!


Ye, dengan dukacitanya aku mengumumkan bahawa aku tidak dapat pergi ke The Real Russell Peters gig yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 12 Mei 2012 nanti. Orang kata aku bakal terlepas one in a lifetime chance untuk berjumpa dengan stand up comedian favourite aku tu dan rugi sebab melepaskan peluang yang jarang-jarang dapat ni. Takpe la, nak buat macam mana? Bukan aku tak nak pergi, tapi kalau korang nak tau, tiket untuk ke gig itu sold out within 3 hours lepas di open for sale pada pukul 9:00am 18 April 2012!

Seriously, gila la sambutan yang beliau terima daripada peminat-peminatnya di Malaysia. Member aku siap gigit pen dan sudu sebab dia dah bangun pagi (satu benda yang tidak lazim bagi dia) dan terus duduk depan pc nak beli tiket secara online namun setelah berkali-kali cuba refresh selama 3 jam laman web tu, tetap website tu hang sebab traffic yang terlampau tinggi pada waktu tu. Tup tup, 3 jam lepas tu, "Ticket SOLD OUT"! Bengang ke tidak bengang itu?


Ada jugak aku dapat khabar dari member aku yang aku rasa macam tak patut sangat-sangat. Aku pada mulanya tak percaya dan hairan dengan khabar ni, so aku sendiri explore internet untuk lihat. Ada la beberapa pihak ni yang berjaya beli tiket gig tu banyak-banyak dan jual pada orang-orang yang desperate nakkan tiket tu. Kira diorang untung pada markup la..

At first aku rasa, yeah, what the hell la kan. Tapi lepas aku tengok tiket-tiket yang harga asal RM248 dia jual RM2000, terus aku tersembur air teh tarik yang aku minum time tu. Seriously? Tu baru tiket-tiket yang murah.. Yang mahal macam mana? Adoi.. Perangai diorang tu sangat loji kumbahan bagi aku.. Adoii.. Tapi takpe la.. Bagi aku, mungkin takde rezeki aku nak pergi tengok gamaknya.. Nanti-nanti aku capai je la DVD atau download show dia tu nanti.


P/s: Hei pihak-pihak yang aku kelaskan sebagai loji-loji kumbahan tadi, "Somebody really gonna get a hurt real bad"
Post a Comment

Let's Interact!

me>