Sejak bermulanya tahun baru sehinggalah ke hari ini, hidup aku dipenuhi dengan makanan yang enak-enak belaka. Tak kira samaada di dalam rumah, mahupun di luar. Sampai aku terdetik, bilalah agaknya masa yang paling sesuai kalau nak start berdiet kalau tiap kali nak start adanya makanan yang sedap-sedap ni. Haha. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga aku menjamu diri aku ni dengan happy.
Restoren Sri Ayutthaya yang aku jejaki bersama isteri aku ni terletak di Wangsa Maju. Ia betul-betul berada di seberang Carrefour Wangsa Maju dan tak jauh dari Wangsa Walk. Suasana restoren ini sangat-sangat chill dan cozy untuk relaks kan minda daripada penat lelah badan sambil thrill dengan juadah-juadah yang enak belaka.
Antara menu yang kami merasa adalah Tom Yam (of course!) serta lauk-lauk lain seperti kerabu udang, sayur kailan goreng serta ayam berkuah yang di masak dengan santan kelapa. Aku lupa nama-nama dishes ni dalam bahasa Thai, sebab amat panjang. Tapi yang pasti setiap satunya pun sedap bila di masak style Siam.
Selepas kenyang mentelaah nasi serta lauk-lauk tadi, kami minum air buah yang disediakan. Sangat fresh serta menenangkan. Sangat seronok. Bukan selalu dapat makan macam ni. Harganya pulak sangat berpatutan dengan kelas 4 bintang restoren ini. So, aku sarankan, kepada sesiapa yang suka masakan Thai dan ingin rasanya sesuatu yang sedap dari negara itu, visit Sri Ayutthaya ni. Berbaloi!
p/s: Lepas ni nak pergi lagi dan lagi dan lagi serta lagi.
No comments:
Post a Comment