25 February 2013

Libur: Dinner at The Ship, Kampung Baru


Kepada anda yang ingin makan dalam suasana chill dan cozy, aku rekomen kan korang makan di The Ship yang terletak di Kampung Baru. Hari tu aku pergi di sana untuk dinner bersama isteri serta 2 member aku yang bakal berkahwin (mereka sudah pun berkahwin kini). Aku dapati restoren ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Restoren ini terletak di kawasan lorong yang berdekatan jalan menuju ke Chow Kit. Agak pening nak carik juga kalau first timer tapi semua penat lelah mencari itu akan hilang bila tiba di sana.



Bila korang masuk je restoren itu, korang akan rasa suasana unik di mana terdapat pelbagai replika simbolik kepada kapal di sana. Terdapat kolam ikan di bawah kepala bot yang dijadikan tempat cashier serta terdapat jetty-jetty kecil yang disediakan menjadi station menjamu selera. Terdapat meja dan kerusi yang standard dan ada juga meja kecil yang anda boleh duduk bersila sambil makan. Semua mengikut keselesaan anda.


Di sini menu istimewanya adalah western. Terdapat pelbagai range makanan western yang anda boleh nikmati dari chicken chop sehinggalah lamb chop. Ia juga ada didatangi dengan combo serta pakej yang menarik. Harga juadah di sini sangat berpatutan dengan hospitaliti yang disediakan. Makanannya pun enak sekali.

Salah satu tarikan juga di sini adalah terdapat ahli muzik yang membuat persembahan live di sana bagi membangkitkan lagi suasana relaks dengan lagu-lagu yang menenangkan. Time kami makanan di sana, kami sempat juga upah brader yang main gitar tu, untuk mainkan lagu di station makan kami. Best dan chill. So, andai korang terasa ingin menukar suasana dan relaks makan sekali sekala, why not try The Ship ni? Berbaloi-baloi.









Lokasi: The Ship Restaurant

p/s: 4/5 bintang.

2 comments:

HiDDeN pRecIoUs said...

sgt best...rasa cm nk lagi...huhu

KUFAZ said...

hehehe.. ok ygg... pasni kita dinner berdua je k.. hehe.

Let's Interact!

me>