05 November 2014
Antara Sebab Kadang-kala Aku Tak Suka Public Toilet.
Berapa ramai daripada korang kat luar sana yang ada "alergi" untuk masuk ke public toilet? Aku pasti ramai. Kalau nak diikutkan, aku tak berapa kesah sangat, asalkan boleh buang air kecil/besar dan beristinjak, aku go je. Maybe ada di kalangan korang, yang pentingkan kebersihan dahulu sebelum nak "go" kan?
Well, maybe untuk tahap kebersihan yang dikira "okay", aku boleh tahan lagi. Tapi kalau dah memang tahap menjijikan, aku memang ban terus. Biarlah carik toilet yang lain pulak.
Seperti satu toilet yang aku baru masuk ni, buatkan aku tiba-tiba dilanda pelbagai persoalan.
Cuba korang tengok, gambar di bawah ni... kesan tapak kasut bersepah di mangkuk jamban. Tak terasa ke pelbagai persoalan timbul? Macam mana la orang sebelum aku masuk ni buang hajat besar beliau?
Cara berdiri kah? Cara kuak lentang kah? Ke cara backflip 180 degrees dengan half somersault?
Anda nilaikan sendiri. Aku memang tak duk kat situ... carik toilet lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment