02 March 2012

Yang Baru Sentiasa Lebih Baik??


Barney Stinson (Watak dalam 'How I Met Your Mother') pernah berkata bahawa salah satu prinsip atau 'rule' beliau adalah "New is always better" atau dalam bahasa Melayunya "Yang baru sentiasa lebih baik". Betulkah apa yang beliau katakan? Atau hanya sekadar satu prinsip atau rekaan yang tidak membawa sebarang erti?

(Aku pun tak faham kenapa aku nak ambil quote daripada sebuah watak drama sitcom... mungkin aku cuba nak relate kepada kehidupan realiti sekarang kot)

Pada pandangan aku, ia mungkin betul untuk sesetengah perkara dalam kehidupan. Seperti teknologi. Kita kalau bandingkan teknologi yang dahulu dengan sekarang, semestinya teknologi sekarang lebih baik. Kalau dulu handphone kita sekadar boleh digunakan untuk telefon dan menghantar sms, sekarang kita boleh update status facebook dengan menggunakan telefon kita. Andai dahulu kita membawa kena bawak walkman/discman dan kaset/cd untuk dimainkan, kini kita boleh pakai mp3 player dan simpan berpuluh lagu dalam satu device.

Sony walkman


Tetapi, bagi aku jugak, tak semua benda baru itu lebih baik. Tengok pada kualiti seni for instant. Kalau kita bandingkan kualiti muzik atau filem antara dahulu dan sekarang, kita boleh lihat kualitinya jauh berbeza. Pada aku yang oldschool lagi best.

Sekarang filem menggunakan teknologi yang best2.. grafik yang meletup-letup... tapi filem dahulu still lagi best.. Cuba lihat balik filem P.Ramlee misalnya... Kita still boleh ketawa terbahak-bahak melihat lawak beliau even kita sendiri tahu jalan cerita dan punch line walaupun dah berpuluh-puluh kali kita melihatnya.

Labu dan Labi
Filem-filem sekarang bagus.. bukan tidak bagus... tapi aura nya belum sampai tahap sampai kita merasa filem itu "unforgettable"... Ingat lagi tak cerita macam Mat Spanar, Rahsia, Mc Guyver dan sebagainya? Best kan?

Dalam dunia muzik pun sama... Lagu-lagu cinta memang meruntun jiwa... tak macam sekarang yang terlalu cliche dan seperti tidak berhias dalam seninya. Semua genre pun macam tu. Tak kira rock, pop atau RnB, semua hasil klasik ibarat diberi sepenuh jiwa di dalamnya. Lagu-lagu lama best... Mari aku bagi contoh... Aku tak nak bias terhadap genre kesukaan aku saja (iaitu rock) so, aku bagi lagu lain:

Ricahrd Marx
Cuba compare lagu-lagu lama macam Fanatik (KRU), Getaran Jiwa (P. Ramlee), Right Here Waiting (Richard Marx) atau I Love You (Celine Dion) dan bandingkan dengan lagu-lagu sekarang seperti, Poker Face (Lady Gaga), Baby (Justin Bieber),  Asyiteru (Zivilia Band) atau Cinta Pakai Buang (Stacy). Kita boleh jelas dengar dan nampak kualiti yang berbeza di situ.

Bukan nak condemn atau sekadar mengkritik tetapi bagi aku semakin lama, sentuhan ajaib dalam mencipta lagu tu semakin lama semakin tipis dan akhirnya menjadikan sesuatu karya itu sangat stereotype dan biasa saja.

Dalam era sekarang ini pun, dalam pembangunan juga bagi aku dulu lagi best sebab kehidupan tidak stress macam sekarang. Sekarang kalau kita pergi bandar bangunan tinggi sana sini, jem yang teruk, suhu yang panas dan sebagainya. Kita sebagai penduduk hari-hari stress.. Dulu, walaupun ada bangunan, tapi tak banyak.. Still kita boleh nampak kehijauan alam sekitar yang buat kita tenang. Tak macam sekarang dengan asap kenderaan yang mencemarkan kualiti udara mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit. Kita ibarat semakin maju semakin tertekan.. Untuk apa kemajuan kalau kita tidak selesa?

Ampang Park tahun 70an
Maybe la kan, dunia sekarang makin berubah dari semasa ke semasa dan pembaharuan perlu dibuat bagi menyaingi dan menjadikan negara sebuah negara yang maju. Tapi, kita perlu juga menilai aspek-aspek lain supaya kita tidak terlebih buat (overdo) semua sehingga hilang satu segi yang menjadikan kehidupan yang selesa seperti dahulu kala... Dalam aspek seni pula jangan lah terbitkan sesuatu yang hanya mengejar market... sebaliknya ciptalah sesuatu yang terbit dari hati dan passionate dahulu... market atau crowd akan datang dengan sendirinya.

Rasanya dah banyak aku melalut kat sini... Jika anda mempunyai pandangan atau ingin berkongsi pendapat mengenai perkara ini, sila tinggalkan tinta anda di ruangan komen di bawah. Sekian...

p/s: Dalam sitcom di mana Barney berkata begitu, beliau lebih spesifikasikan terhadap wanita yang hot... hehe.. takde kena mengena dengan apa yang aku sampaikan sebentar tadi.. Aku je yang ambil dan buat cross check dengan life kita sekarang... Jom, dengar lagu Hasnol - Laguku Untukmu (tetibe je) hehe.. wink2.. :)

No comments:

Let's Interact!

me>