Aku tak tau dengan korang semua macam mana, tapi aku tak pernah rasa puas hati dengan servis yang aku terima bila berhadapan dengan perkhidmatan awam ni. It a fine line between quality and crap. Daripada pendaftaran sehingga ke kesihatan, aku rasa tak best langsung.
Masalah tak ada pegawai la... permohonan proses lambat la dan sebagainya.
Then aku try fikir pasal ni.. kenapa attitude staff atau pekerja swasta lebih baik daripada kerajaan. Cuba korang semua pergi hospital swasta misalnya.. aku pasti korang takkan rasa atau alami seperti mana korang akan alami di hospital kerajaan.. kadang-kadang nak tengok staff sana nak seyum pun payah... nak mendaftar pun macam terpaksa je... Iye. memang betul.. kalau nak servis yang baik, kena la keluar duit lebih sikit.. Perkhidmatan swasta ni mahal kos nye.. tapi bukan itu isu nya di sini.. ia lebih kepada "ATTITUDE"para pekerja awam.
Bagi aku, pekerja-pekerja di sektor awam ni sangat manja. Memang betul stress level mereka tidak kurang daripada pekerja sektor swasta, tetapi tu tidak bermakna mereka tidak boleh memberi servis atau layanan yang berkualiti terhadap pelanggan atau tetamu. Mereka bekerja disupport oleh kementerian masing-masing dengan faedah atau benefit-benefit yang sangat lumayan. Elaun perumahan, skim pencen, kemudahan pinjaman kewangan dan sebagainya. Even kerajaan jugak akan support ahli keuarga pekerja mereka dari segi kesihatan.
Jadi, pada hemat aku, disebabkan pihak kerajaan dan support sana sini, mereka menjadi sangat lenient atau mengambil mudah tugas mereka. Sebab, sesiapa yang berjaya masuk bekerja bersama pihak kerajaan, mereka boleh dikatakan dapat security untuk kerja mereka andai ditakdirkan negara mengalami kejatuhan ekonomi yang mendadak walhal di sektor swasta, sesi reposession pekerja akan berlaku dengan pesatnya. So, di mana mereka perlu takut? Teruk atau tidak kerja mereka, mereka stil dibayar gaji. Still dapat elaun sana sini. Berlainan dengan pekerja sektor swasta, every job is a survival for them. Thats why mereka beri yang terbaik kepada pelanggan atau tetamu. Sebab gaji mereka bergantung kepada mutu perkhidmatan yang mereka beri. Andai tak memuaskan syarikat atau attitude tak memuaskan, mereka boleh dibuang kerja. Kalau lambat kena potong gaji. Kalau dapat komplen pelanggan, boleh kena gantung kerja atau dibuang. Jadi mereka lebih menghargai kerja mereka berbanding pekerja sektor awam.
Sometimes aku kesal sebab kalau pergi klinik kerajaan, sangat-sangat lambat kerja mereka. Aku dulu pernah sekali tu, sakit demam panas yang teruk dan terpaksa tunggu dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang baru boleh jumpa doktor. Setelah diberi check up yang sekejap, doktor bagi ubat panadol je.. Ye, tunggu 5 jam untuk dapatkan panadol... baik beli kat farmasi je kan? Itu belum lagi kat jabatan pendaftaran negara pulak.. nak tukar alamat pada IC pun kena tunggu 4 jam baru setel semuanya.. itu pun selepas jumpa pegawai sana sini.. in the end, pergi ke kaunter jugak...
Itu just sedikit daripada pengalaman aku hadapi semua ni.. mungkin korang semua ada pengalaman masing-masing.. It's just that, aku rasa belum lagi berpuas hati dengan mutu perkhidmatan dari mana-mana sektor awam buat masa sekarang ini. So, aku rasa ia amat baik jika, mereka semua ni dikira mutu kerja mereka berdasarkan attitude dan kualiti.. Seperti mana di sektor swasta.. andai pelanggan komplen terhadap mereka, mereka kena gantung atau buang kerja. Letak gaji mereka at stake baru mereka tahu nilai kerja mereka itu...
Aku tak cakap semua pegawai atau pekerja sektor awam ni teruk.. tetapi aku nak highlightkan pekerja-pekerja yang buat mutu perkhidmatan ini yang teruk. Still terdapat jugak pegawai yang berkualiti dan berdedikasi tinggi dalam kerja mereka. Cuma, mutu perkhidmatan ini somehow perlu diperbaiki lagi supaya orang ramai boleh mendapat perkhidmatan yang terbaik.
p/s: Kalau korang nak tau, aku pernah sekali tu nak bayar saman, boleh disuruh tunggu sebentar.. aku ingat benda yang penting ke.. rupanya tengah tulis status kat facebook... geram kan? Owh ye... aku harap korang jugak tak tersalah faham tentang entri ni ye.. aku bukan nak cakap aku penyokong mana-mana parti ke apa ke... entri ni bertujuan untuk bukak mata mengenai mutu kerja sahaja...
No comments:
Post a Comment