05 March 2012

Kreativiti Mula Dari Kecil

Konda Kondi
Konda Kondi, Tom Tom Bak, Batu Seremban, Lumba Bot Daun, Lumba Pelepah Kelapa, Baling Selipar dan sebagainya amat popular di kalangan kanak-kanak even para remaja pada zaman dahulu. Ia dianggap permainan tradisi yang memupuk kerjasama antara pasukan, kesihatan tubuh badan dan percambahan kreativiti di dalam diri permain.

Permainan Baling Selipar (gambar dipetik dari shaffik.com)
Sedih sekali, permainan-permainan seperti ini amat jarang dimain oleh kanak-kanak dan remaja pada zaman sekarang. Seiring dengan arus kemodenan, permainan-permainan tradisional ini semakin lama semakin dilupakan. Pada pendapat aku, permainan-permainan seperti ini lebih baik daripada permainan yang dimain oleh kanak-kanak zaman sekarang.

Sekarang kanak-kanak didedahkan kepada permainan video, internet, permainan elektronik dan sebagainya yang by far tidak begitu efektif dalam percambahan minda mereka berbanding permainan tradisional. Sekarang andai budak-budak nak main sesuatu, ibu bapa mereka akan belikan permainan. Kereta remote control, PSP, anak patung dan even permainan application dalam iPad atau iPhone.

Kereta Remote Control
Dulu, kanak-kanak bermain bebas di luar rumah bersama rakan-rakan, mengeluarkan peluh dan menikmati saat indah bermain bersama-sama. Main kejar-kejar, polis sentri, permainan Datuk Harimau dan sebagainya. Kebanyakan alat permainan mereka dahulu tidak boleh dibeli. Ia dibuat sendiri oleh mereka, secara tidak langsung memantapkan lagi kemahiran fikiran kreatif. Mereka sendiri yang setup tempat permainan, aturkan cara permainan dan sebagainya. Budak-budak zaman sekarang hanya tahu plug and play sahaja.

Secara peribadi, aku tidak lahir pada zaman kegemilangan permainan tradisional ini. Tetapi aku kagum dengan permainan-permainan ini dan pernah juga merasa bermain. Aku lahir di zaman permainan video baru sahaja wujud dan permainan elektronik baru merangkak-rangkak menembusi market. Dan permainan yang paling popular masa itu adalah lego.

All time favourite: Lego !!
Bagi aku permainan seperti itu juga baik dalam pengembangan dan kreativiti minda. Dengan permainan seperti Lego, catur, sahibba dan sebagainya, kanak-kanak atau remaja bukan sahaja seronok bermain, tetapi juga perlu berfikir dengan lebih dalam bermain permainan tersebut. Dalam permainan Lego, kanak-kanak diajar berfikiran kreatif dan intelektual dalam membina sesuatu seperti bangunan, kereta dan sebagainya. Secara tidak langsung membantu dalam otak mereka untuk berkembang dan menjadikan ia cerdas dalam menerima pelajaran di sekolah. Begitu juga Sahibba atau sesetengah panggil sebagai Saidina di mana pemain akan menemui perkataan-perkataan baru dan seterusnya menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka di dalam tatabahasa mereka.

So, maybe la kan aku rasa, ibubapa perlu lebih kerap menyuruh anak-anak mereka beriadah dan bermain sesuatu yang bermanfaat kepada tubuh badan dan minda mereka. Sekarang statistik kanak-kanak obes sudah semakin tinggi. Barangkali masalahnya mereka ni lebih gemar duduk di rumah main video game berbanding main sesuatu yang menyihatkan tubuh badan. Dan andai nak main permainan indoor, berilah mereka main permainan seperti lego, saidina, monopoly dan catur. Ia baik untuk kesihatan IQ mereka.


p/s: Teringat zaman kecil dulu main kejar-kejar dan polis sentri selepas sekolah sampai kotor baju. Haha.. betapa marahnya orang tua aku time tu.... tapi, that's the golden time of childhood yang tak mungkin aku akan lupakan...

4 comments:

AJE SAJA said...

selamba yaya kau mengila2

alyaniff said...

fuh, aku ingat masa kecik2 dulu:

1. kejar2
2. bola chopping
3. baling selipar
4. konda-kondi
5. guli
6. batang aiskrim
7. lawan pen
8. senapang petola
9. lastik getah peluru kertas
10. slide kaki kat tiang parking keter kat sekolah

bapak aku pon tak galakkan main computer games ni masa kecik2 bro ;p

KUFAZ said...

Al,
betul tu... permainan yg bdak2 main skang ni banyak yg rata2 membantutkan daya kemampuan minda... and permainan dulu2 jgak best.. :)

KUFAZ said...

Aje...
itu lagu OAG tu...
Radhi dah keluar pengasih dah...
nanti aku try review apa jadik kt dia skang k... :)

Let's Interact!

me>