KUFAZUKE
The Kufazuke Show,
thekufazukeshow.blogspot.com
50480, Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________________
ROMAN ARKADYEVICH ABRAHAMOVIC
Chelsea Football Club,
Stamford Bridge,
Fulham Road,
London.
Tuan,
PANDANGAN MENGENAI KEPUTUSAN PEMENCATAN ANDRE VILLAS BOAS
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin meluahkan rasa kesal saya terhadap tuan yang baru-baru ini memecat khidmat bekas pengurus Chelsea iaitu
Andre Villas Boas (AVB).
|
Andre Villas Boas |
Di sini saya ingin memberi pendapat bahawa keputusan tuan itu adalah tidak wajar dan amat tidak sesuai untuk pengembangan skuad Chelsea. Ini bukan kali pertama tuan telah membuat keputusan terburu-buru seperti ini. Sejak tuan mengambil alih Chelsea pada tahun 2003, tuan telah memecat
7 pengurus di mana kebanyakkannya mempunyai potensi yang baik dalam menjadikan sebuah kelab bola sepak yang kuat dan ternama di persada dunia.
Mungkin tuan rasa bahawa wang boleh membeli kejayaan, tetapi dalam tempoh
9 tahun tuan memegang Chelsea, kejayaan yang tuan peroleh cuma lah kejayaan yang kecil tetapi masih tidak dapat menjadikan ia sebagai legasi kepada kelab bola ini. Untuk pengetahuan tuan, duit tidak boleh membeli status lagenda.
Ia perlu dipupuk dan dijaga.
Salah satu keputusan buruk yang tuan pernah lakukan adalah memecat khidmat
Jose Mourinho (JM) dan
Carlo Ancelotti (CA). Mereka berdua pernah membawa Chelsea untuk memenangi trofi dengan banyak termasuk menjuarai liga yang suatu ketika dahulu amat mustahil untuk dipegang oleh Chelsea. Jika tuan inginkan Piala Juara-Juara Eropah, bukan begini caranya.
|
Jose Mourinho |
Kelab bola sepak Chelsea terdiri daripada pemain-pemain handalan. Setiap pemain merupakan pemain yang baik untuk setiap posisi mereka. Saya amat seronok apabila tuan melantik AVB menjadi pengurus Chelsea pada tahun lepas. Ia melambangkan satu planning yang cantik dalam memantapkan skuad. Seperti yang saya beritahu tadi, kejayaan perlu dipupuk dan dijaga. Ia juga perlu bermula dari bawah.
Sir Alex Ferguson (SAF) menjuarai liga pertamanya bersama Manchester United setelah 7 tahun berkhidmat dengan kelab itu. Seterusnya, ia menjadi kebiasaan buat beliau sehingga berjaya memenangi Piala Juara-Juara Eropah berberapa kali. Setelah lama bersama Manchester United, SAF arif dari segala segi samaada dalam dan luar kelab bola sepak itu. Dengan melantik AVB, saya mengharapkan ia akan menjadi kenyataan untuk skuad bola sepak Chelsea juga.
AVB masih muda dan mempunyai falsafah tersendiri perancangan bola sepaknya. Beliau merupakan seorang scout dahulu semasa era JM. Beliau tahu menilai pemain dengan baik. Untuk berjaya ia memerlukan masa yang panjang dan pembinaan yang kukuh. AVB nampak semua itu dan cuba merombak kembali skuad Chelsea. Beliau seakan meminggirkan pemain lagenda Chelsea bersebab. Untuk perancangan 4-5 tahun, pemain-pemain senior Chelsea barangkali akan meninggalkan Chelsea. AVB cuma ingin sebatikan dan melihat bagaimana jika pemain-pemain baru akan bergaul dan adapt pada formasi yang beliau percaya. Beliau membeli pemain muda yang baik seperti Juan Mata, Meireles, Gary Cahill dan Kevin de Bruyne untuk membawa Chelsea ke satu pasukan bola sepak yang mengamalkan
'fast attacking football'. Dalam pembinaan kelab ini juga, AVB mempunyai mempunyai fasa-fasa yang akan beliau buat.
|
Juan Mata |
Fasa pertama beliau sudah buat iaitu mengenal pasti kelemahan-kelemahan skuad. Di sini, ia jelas lagi terang bahawa skuad Chelsea perlu di'bersih' kan dahulu daripada pemain-pemain ego yang akhirnya menjahanamkan kelab. Tuan sendiri boleh lihat bagaimana pemain-pemain ini berstatus bintang tetapi bermain tidak seperti status mereka itu. AVB nampak jelas, dan ingin memulakan fasa kedua beliau dengan membeli pemain-pemain yang akan mengantikan tempat pemain 'bintang' itu. Dalam kelab Chelsea sendiri pun mempunyai pemain-pemain muda yang berkaliber seperti Josh McEachran, Bertrand, Islam Feruz, Lucas Paizon dan sebagainya. AVB ingin memberi mereka peluang tapi atas arahan tuan sendiri, AVB tunduk dan tidak dapat memberi peluang pada mereka. Akhirnya, tuan akan melepaskan pemain-pemain harapan ini ke kelab lain. Cuba lihat bekas-bekas pemain muda Chelsea yang kini bermain di kelab lain. Semuanya hebat dan beri kesan yang baik kepada kelab masing-masing. Stoch, Scott Sinclair, Manciene semuanya beri impak yang besar.
|
Miroslav Stoch |
Sudah-sudah lah dengan membeli pemain bintang dengan harga yang mahal. Ini adalah kerana, ia cuma akan membazirkan kapital kewangan Chelsea. Pembelian Shevcenko, Torres pada harga yang tidak munasabah jelas membazirkan kelab. Lebih baik membeli pemain yang tidak ternama tetapi berpotensi baik pada harga yang murah. Semasa era JM dahulu, beliau menaikkan Chelsea dengan pemain-pemain yang tidak ternama seperti Arjen Robben, Joe Cole, Eidur Gudjohnson dan Damien Duff. Beliau tidak memerlukan bintang ternama seperti Torres. Ini jelas menunjukkan, kadangkala kualiti tidak boleh dibeli dengan wang. AVB nampak semua ini dan ingin mengubah Chelsea kepada sebuah kelab yang betul-betul baru.
|
Fernando Torres |
Dalam transasi mengubah dasar kelab, kemungkinan Chelsea akan terlepas pelbagai trofi. Tetapi untuk berjaya sememangnya perlukan pengorbanan yang besar. Saya pasti, jika AVB masih mengendalikan Chelsea, untuk 2-3 tahun kemungkinan Chelsea akan menjadi kelab underdog. Dan mungkin juga menjadi kelab yang bermain untuk piala UEFA sahaja. Tetapi setelah 2-3 tahun itu berlalu, Chelsea kan menjadi sebuah kelab yang kuat. Malah kemungkinan akan menjadi kelab yang amat digeruni diserata dunia seperti yang sedang berlaku dengan kelab gergasi seperti Manchester United, Barcelona dan Real Madrid. Ia juga amat baik kerana siring umur AVB yang masih muda, beliau mempunyai banyak masa dalam mencapai kejayaan bersama skuad Chelsea.
Akhir kata dari saya, jika tuan ingin melantik pengurus yang baru untuk kelab Chelsea ini, bersabarlah apabila membuat keputusan. Kerana jika pengurus bersilih ganti, takut-takut tiada siapa yang ingin mengendalikan Chelsea selepas ini kerana tahu kedudukan mereka tidak selamat andai tidak dapat memenuhi apa yang tuan hajati.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
-kufazuke-
thekufazukeshow.blogspot.com
No comments:
Post a Comment