29 March 2012

Artist: Zee Avi


Sememangnya aku bukannya jenis orang yang suka artis-artis mee segera ni... Artis-artis yang naik sebab publisiti murahan, yang post kat facebook atau youtube poyo-poyo sebab nak carik perhatian serta yang masuk akademi lepas tu faymous bergelar bintang walaupun sebenarnya mereka sampah saja. Tapi aku akan buat pengecualian untuk artis ni.


Zee Avi atau nama sebenar beliau Izyan Alirahman dilahirkan di Miri, Sarawak pada tahun 1985. Dia juga dikenali dengan nama KokoKaina. Macam mana dia dapat nama tu jangan tanya aku. Aku tak tau. Pada usia 12 tahun, beliau berpindah dan menetap di KL. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di American InterCotinental University di London dalam bidang fashion design.

At first, Zee ni saja je nak post video dia kat Youtube atas request member dia dan kemudian tiba-tiba je, mendapat sambutan yang sangat positif daripada viewers. Itu yang mendorong Zee untuk terus post video-video nya sampai lah tiba masanya klip tu ditemui oleh Patrick Keeler dari band The Raconteur. Beliau terus hantar link tersebut kepada Ian Montone, manager untuk band-band terkenal seperti White Stripes, The Raconteur dan The Shins. Ternyata Montone tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Zee dan terus pass muzik Zee ke Emmet Malloy dimana Zee menandatangani kontrak bawah syarikat Brushfire Records. Kalau korang nak tau, recording company ni sebahagian milik Jack Johnson.


Debut album beliau berjudul Zee Avi, release pada tahun 2009 dibawah naungan Brushfire Records. Pada hari release je album ini, YouTube telah letakkan album ini di muka depan site dalam Spotlight: Music Tuesday. Sepanjang Jun hingga Ogos 2009, beliau telah buat tour serata Amerika bersama Pete Yorn. Dan kalau korang mengikuti drama siri Private Practice, korang boleh dengar lagu Zee ni tampil dalam beberapa episod.






Album Zee yang kedua pula release pada tahun 2011 berjudul, Ghostbird. Album ni menduduki tangga ke 129 dalam carta Billboard's Hot 200 albums, tangga pertama dalam carta Heatseekers Albums, tangga ke-20 dalam carta Alternative Albums dan tangga ke 32 dalam carta Rock Albums.






Suara Zee yang serak-serak mellow sangat menepati genre yang disampaikan oleh beliau iaitu Jazz + Country + Soul. Zee mempunyai skill untuk bermain gitar dan ukelele menjadikan beliau seorang artis yang versatile. So, dengar-dengarkan lah lagu dari Zee Avi ni... ternyata beliau mempunyai keunikan tersendiri.

p/s: First terpaut dengar lagu Honey Bee beliau.... dan lagu Kantoi.. :)

Post a Comment

Let's Interact!

me>