Semasa aku diusia remaja, seperti warga-warga seusia aku ketika itu, aku juga punyai ideologi dan idola dalam muzik.. Ada yang baik, ada yang buruk.. Aku mengikuti budaya grunge yang diperkenalkan oleh scene Seattle pada zaman "Golden Age of Music".. Dan idola pada ketika itu tak lain dan tak bukan Kurt Cobain.. Aku siap beli kasut Jack Parcel, pakai seluar jeans koyak-koyak dan berambut panjang.. Mungkin pada usia sebegitu muda, remaja lebih tend untuk bersikap memberontak dan lirik-lirik lagu yang dikaryakan oleh lagenda ini sangat tepat dengan perilaku remaja ketika itu.. Teenage angst..
Dan local band yang aku follow seiring aliran grunge ini pada ketika itu adalah Butterfingers.. Butterfingers merupakan 4 piece band yang di anggotai oleh Emmet (gitar + vocal), LoQue (lead gitar), Kadak (bass) dan Loko (drum) - (Dulu drummer Butterfingers adalah Kalai, dah tukar). Mereka membawa genre rock berinfluence budaya grunge yang diadun bersama melody yang kasar dengan riff-riff yang padu.
1.2 Milligrams
Butter Worth Pushful
Album pertama mereka yang berjudul 1.2 Milligram merupakan satu permulaan kepada evolusi irama ini yang berubah mengikut peredaran masa. Lagu-lagu seperti Chrome, Naive Sick Chasm dan Sober menengahkan nilai-nilai kualiti diri dalam pertahankan apa yang terbuku di dalam hati. Dan album kedua mereka yang berjudul Butter Worth Pushful merupakan satu penambah baikan dari segi sound dan melodi mereka. Jika anda mempunyai album ini, sudah pasti anda masih ingat kehebatan lagu mereka seperti Girl Friday, Fire is a Curse dan E. Lagu-lagu tersebut boleh dikatakan antara lagu yang hebat dan menjadi siulan serta menjadi lagu-lagu lazim untuk berjamming. In fact, jika aku mendengar lagu-lagu Butterfingers pada zaman ini, aku rasa ia lebih baik daripada mendengar lagu-lagu band rock yang kini lebih kepada unsur cinta dan bersosial.
Transcendence
Butterfingers juga merupakan salah satu band yang berani tampil dengan eksperimentasi antara culture muzik. Mereka gemar mengadun muzik barat dengan timur menjadi satu sebatian yang cantik yang bisa melahirkan satu melodi yang baru. Album Transcendence dan Malayneum, membuktikan segalanya. Anda boleh mendengar irama rock bercampur gamelan dalam lagu Epitome dan rock diadun dengan syair dalam lagu Malayneum..
Selamat Tinggal Dunia
Bila aku katakan Butterfingers ini sangat berani, aku benar-benar maksudkannya. Album seterusnya yang berjudul Selamat Tinggal Dunia merupakan satu album kontrovesi yang membuka mata masyarakat terutamanya pihak media. Album ini merupakan album berbahasa Melayu pertama bagi band ini dan mereka secara lantang berjenaka tentang institusi Raja di Malaysia dan juga pihak media sendiri menerusi lagu-lagu mereka. Anda patut dengar sendiri di dalam lagu Daulat Tuanku dan Merpati Sejoli.. LoQue pernah mengatakan dalam sebuah rancangan di televisyen bahawa lagu-lagu tersebut merupakan jenaka media hiburan dan nyata tidak disenangi pelbagai pihak.. Album ini telah lama siap tetapi di ban kan kerana pertikaian dalam unsur-unsur sensitif di dalam karya seni mereka. Walaubagaimana pun, akhirnya album itu dapat di release kan dan dikatakan sangat laris di pasaran.
Kembali
Butterfingers agak senyap daripada mengeluarkan album-album terbaru selama beberapa tahun setelah kemunculan Selamat Tinggal Dunia atas komitmen lain ahli-ahli band ini. Mereka lebih banyak diundang untuk mengadakan gig-gig serata Malaysia dan membuat show case di majlis-majlis. Dan selepas itu, akhirnya album Kembali direleasekan untuk memberi peminat serta pendengar mendengar lanjutan eksperimen mereka terhadap irama rock mereka. Ada yang mengatakan bahawa band ini terlalu Nirvana pada kemunculan awal Butterfingers dalam industri muzik tanah air, dan ada yang mengatakan terikut-ikut dengan Muse dan Radiohead dalam album-album terbaru mereka. Bagi aku, everything changes.. Kita probably akan terinfluence dalam muzik kita pada awal-awalnya mengikut idola masing-masing.. Tapi peng-revolusian irama itu yang membezakan Butterfingers dari band-band yang lain.
Showcase: At Planet Hollywood
Dan of course, bagi aku industri muzik tanah air amat teruk sekarang ini kerana hanya mengudarakan dan menerbitkan lagu-lagu stok untuk market saja tidak kira sama ada karya itu berkualiti atau tidak. Dan ini menyukarkan pemuzik-pemuzik jitu daripada menengahkan material mereka kerana takut tidak diterima media.. Walaubagaimana pun, band Butterfingers ini dapat respek penuh daripada aku kerana memberikan full passion mereka terhadap karya-karya mereka..
Go Butterfingers!!
P/s: Aku tak pernah hampa bila tengok live show Butterfingers... Dan aku harap mereka akan come out dengan karya-karya yang baru..
No comments:
Post a Comment