15 March 2012

Band: Mocca

Tak penatkah anda mendengar band-band lagu yang agak over-rated dan ingin mendengar sesuatu yang fresh dan relaks?? Yup.. aku pun sama... Asyik-asyik dengar band-band baru yang terlalu 'biasa' dan terlalu influence kepada artis lain... Sometimes aku dambakan jugak sesuatu yang mellow, chilling dan relaxation punya tune... So, aku rekemen kan korang dengar lagu-lagu daripada band Mocca.

Mocca
Ye.. aku tau, band ni sebenarnya dah agak lama.. tetapi aku still rasa band ni patut dikeudarakan lebih kerap di corong radio Malaysia berbanding lagu-lagu daripada budak-budak gedik.. (aku tau korang tau dari akademi mana..)

Mocca: Line Up


Arina Ephipania Simangunsong (Vocal & Flute): Si gadis kecil molek ini merupakan seorang pemegang Ijazah dalam bidang seni dari Institut Teknologi Nasional Bandung. Dilahirkan pada tahun 1978, Arina merupakan salah seorang peminat Frank Sinatra.





Riko Prayitno (Gitar) : Beliau dilahirkan pada tahun 1977 dan turut bersama Arina menghabiskan ijazah di institut yang sama. Riko telah mula bermain gitar sejak usia yang muda dan menjadi pemain gitar professional semasa study di institut beliau.






Ahmad Pratama @ Toma (Bass): Toma merupakan salah seorang pemain penting dalam setting key pada lagu-lagu Mocca menerusi sentuhan bass nya yang bersahaja dan harmoni dengan drum. Beliau dilahirkan pada tahun 1976 dan meminati Sting dan Phil Collins.


Indra Massad (Drum): Beliau merupakan rakan karib dengan Toma, sejak menghabiskan pembelajaran dalam bidang product design dan join Mocca bersama-sama. Stail permainan drum Indra ini sangat unik di mana beliau lebih gemar simplicity dan versatile dalam melody nya.










Mengenai Mocca:

Mocca adalah sebuah band dari Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1999. Sebelum itu, band ini terdiri daripada dua orang saja iaitu Arina dan Riko sebelum dianggotai oleh Toma dan Indra. Mereka sign di bawah label FWWD, dan telah merantau di serata dunia mempromosikan lagu mereka. Band yang bergenre retro pop ini mendapat tempat di hati peminat dari Malaysia, Singapore, Thailand dan sebagainya. Dengan lagu-lagu yang bersahaja serta relaks, Mocca mudah diterima peminat dan kerap ditaja untuk perform di konsert-konset besar. Lagu-lagu mereka di dalam bahasa Inggeris dan pernah muncul beberapa kali dalam soundtrack filem-filem Korea termasuklah filem Bandhobi dan Personal Taste. Majalah Rolling Stone Indonesia pernah meletakkan album "My Diary" di tangga ke 59 dalam "150 Greatest Indonesian Album of All Time".


Mocca: Discography

My Diary - (2002)











Friends - (2004)











Colours - (2007)











Actually at first, aku tak sangka lagu yang aku sedang dengar tu merupakan lagu daripada band Indonesia sebab pada hemat aku ketika tu, band-band Indonesia akan berbunyi macam band Peterpan, Ungu, Coklat dan sebagainya. Setiap bait, lyric even diction Arina dalam lagu-lagu mereka seolah mendengar band-band seangkatan Norah Jones dan sebagainya..

Walaubagaimana pun, aku sangat sedih sebab.. Mocca tidak lagi aktif dalam muzik buat masa sekarang ini... Pada September 2011, Arina bernikah dengan jejaka pilihan beliau di Amerika Syarikat dan menetap disana sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan green card. Oleh sebab itu, Mocca terpaksa berhenti seketika memandangkan main element band ini tidak lagi bersama mereka. Paling last mereka perform adalah di "Mocca Last Show Concert - Annabelle and The Music Box"... Di akhir konsert tersebut mereka mendendangkan lagu "Life Keeps Turning" sebagai lagu penutup persembahan mereka... antara lirik mereka didalam lagu tersebut termasuklah "Losing you is not the end of the world... but it's true, that it definitely hurts.. that it definitely hurts" diiring oleh air mata dari peminat-peminat setia mereka.

My favourite track will be "Secret Admire"... aku pasang 3-4 kali berterusan pun still aku boleh layan tanpa jemu. Band ni unik kerana mencipta satu karya yang boleh membuatkan kita rasa di awang-awangan dan seolah berjaga di dalam mimpi. Sungguh mellow dan chill...

So, kalau anda nak tukar halwa telinga sekali-sekala, apa salahnya mendengar band ini for a change... You might like it...


p/s: Lagu "I Remember" mengingatkan aku time-time bercinta zaman budak-budak... Oh ye, tahun 2009, mereka ada buat show kat Shah Alam... aku pergi.. yeah!! haha.. :)


Mocca: At Laman Budaya Shah Alam


No comments:

Let's Interact!

me>