04 March 2012

Rangkaian So-sial

Facebook..
Siapa tak kenal? terdapat lebih daripada 500 juta orang di dunia ni mempunyai akaun Facebook. Senang cerita, Jika anda pilih 5 orang secara rambang di public dan sepak 3 daripada 5 orang tersebut , 98% kebarangkalian setiap orang yang anda sepak itu mempunyai akaun Facebook. Begitulah betapa besarnya empayar Facebook di dunia ini. (Blog ini pun ada fan page di facebook... so, aku pun tak terkecuali.. hehe)

Muka buku
Entri kali ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan... malah agak lama jugak. Aku just teringin nak tulis jugak sebab ntah naper aku rasa seronok observing pengguna-pengguna Facebook sekarang ni. Terdapat beberapa pengguna yang aku lihat yang agak lucu kalau kita observe. 

Si Muka Itik (The Duck Face) : Pengguna-pengguna ni akan post gambar-gambar mereka yang sangat comel sekali. kadangkala hampir setiap gambar mereka, mereka akan post macam tu.. macam mana? senang jer... just kembungkan pipi, sepetkan mata, muncungkan mulut (kembung pipi itu tidak dilepaskan ok) dan snap... Dapatlah anda wajah "terbaik di dunia" mereka.




Si Pencari Perhatian (Attention Seeker) : Pengguna jenis ini akan post sesuatu yang agak sedih di status mereka. Ada yang cakap ,"Aku tak comel kan", "Baru buat rambut, tak nampak lawa kat saya kan", dan sebagainya. Kita mungkin baca macam sedih jer, tapi nun jauh dalam lubuk hati mereka ni, mereka teringin orang lain reply, "Eh, mana ada... awak cantik la.." atau "Saya tak rasa awak buruk pun" dan sesuatu yang sepertinya juga. Oh ye, jika anda bernasib baik, anda akan dapat lihat mereka 'like' status mereka sendiri juga.



Si Advance (The Advance) : Aha.. Golongan pengguna macam ni memang advance. Baru je couple seminggu dua, dah letak "Married" di relationship status mereka. Tapi yang peliknya, kalau clash, tak pulak nak letak "Widow" ke atau "Divorced" ke kan?







Pendakwah Stail Chuck Norris (Chuck Norris Style Missionary) : Mereka ni adalah golongan yang mulanya berdakwah.. Bagi aku amat baik sekali.. Kebanyakkan nya amat bagus dan memberi iktibar. Tetapi post mereka-mereka jenis ini akan disudahi dengan rangkap seperti, "Sila share/like jika sayangkan Allah... jika tidak share/like, anda akan ditimpa musibah selama 7 tahun"... Wow.. sekarang ni kalau kita tak share atau like post mereka, kita tak sayangkan Allah dan akan ditimpa celaka... dahsyat tu...




Si Terlebih Ramah (The Over Friendly People) : Golongan-golongan ni bukan bermaksud yang jenis sangat ramah dengan semua orang yang tegurnya. Mereka friendly tetapi, mereka juga akan berkawan dengan semua orang.. bukan tidak baik.. bagus tu bagus... tapi mereka ni jenis yang kalau dalam list ada 1500 orang friends, yang betul-betul beliau kenal cuma 20 orang jer... :)







Kategori-kategori yang aku sebutkan tadi cuma beberapa contoh yang aku nampak. Sebenarnya banyak lagi.. kalau nak listkan semuanya, memang agak panjang dan akan makan masa untuk taipkan semuanya.. Jadi kalau anda punyai pendapat, atau nak tambah apa-apa mengenai isu ini, sila kongsikan bersama di ruang komen ye...

p/s: Just a quick fact, tahukan anda bahawa 80% daripada pengguna Facebook yang berbangsa Inggeris di serata dunia, meletakkan gambar semasa mereka sedang mabuk sebagai 'profile picture' mereka?

2 comments:

akulah zali said...

duckface tu akan nmpak lg comel bile tapak kasut aku melekat tepat2 kat bibir hahah

KUFAZ said...

pastikan ko pakai boot bola...

Let's Interact!

me>