Baru-baru ini aku jejakkan kaki aku bersama bakal isteri aku ke Matta Fair 2012 yang diadakan di PWTC. Event yang berlangsung selama 3 hari iaitu , 16-18 haribulan March itu dikunjungi jutaan pengunjung yang datang dari segenap sudut Malaysia ini. Ye, aku mencari tempat berbulan madu bersama bakal isteri aku nanti.
Apa yang aku boleh perkatakan tentang event ini adalah
kelam kabut. Ia amat kelam kabut sehingga menimbulkan rasa annoying kepada pengunjung-pengunjung. Matta Fair ini bukan diadakan untuk pertama kalinya. Ia telah beberapa kali diadakan di Malaysia dan sepatutnya penganjur sudah pelajari dari kesilapan-kesilapan lalu.
Mengadakan event sebegini besar di PWTC sangat tidak sesuai. Kerana ingin menampung pengunjung yang ramai sebegitu, lokasi event WAJIB besar dan selesa. Di ekspo tersebut kita dapat melihat betapa jarak antara booth-booth tidak luas menyebabkan kesesakan manusia yang teruk. Pihak penganjur harus participate pengunjung yang beratur, dan berdiri melihat tawaran supaya tidak menghalang laluan orang lain ingin berjalan. Orang tidak datang ke sana untuk berjalan-jalan sahaja.
Susunan booth boleh dikatakan baik di mana lokasi bagi booth promosi percutian dalam negara di asingkan dengan booth yang promosi percutian luar negara mengikut dewan yang berbeza. Walaubagaimana pun, aku still rasa booth-booth juga harus diasingkan mengikut negeri-negeri. Ini tak, boleh dilihat disana booth yang mewakili suatu negeri itu bersepah. Ada disebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Dengan kesesakan yang dialami, ia amat memenatkan dan pencarian percutian sudah tidak menjadi menarik.
Pihak penganjur juga harus participate tentang kemudahan perbankan. Tak semua orang banyak ribu-ribu ke sana dan ramai juga yang tak mempunyai kad kredit. Mungkin ramai juga yang memakai kad debit, tapi bagaimana pula bagi mereka yang ingin mengelak daripada membayar service charge penggunaan kad itu? Di PWTC di mana pula mesin ATM? Jadi, nak tak nak pengunjung terpaksa akur dan ikut sahaja charge yang dikenakan. Bagi penganjur best la, bagi pungunjung pula bagaimana? Nak keluar dengan keadaan sesak macam tu? Memang tidak lah...
Salah satu sebab lagi kenapa aku mengatakan mengadakan event besar begini di PWTC tidak sesuai adalah kerana masalah parking. Memang betul terdapat kemudahan pengangkutan awam di sana seperti perkhidmatan Rapid KL dan teksi tetapi mereka harus fikir bagaimana pula pengunjung-pengunjung yang datang dari luar negeri. Even aku sendiri pun berpusing-pusing selama sejam just untuk mencari parking sahaja. Mood seronok untuk kunjungi event ini pudar. Akhirnya dimulakan pula dengan kemakian terhadap kereta-kereta lain. Pihak penganjur kalau tidak inginkan masalah ini berlaku perlulah menasihati pengunjung melalui iklan surat khabar, facebook ataupun twitter supaya menaiki pengangkutan awam. Lebih baik lagi kalau sediakan ruang parking yang besar di mana-mana dan dekat dengan stesen tren yang memudahkan pengunjung ke sana. Jadi tidaklah sesak jalan di PWTC yang sememangnya pada hari-hari biasa pun sesak. Dan kalau nak lebih baik lagi, buat tempat lain macam kat Putrajaya ke. Kat sana banyak dewan yang besar-besar serta jalan pun lengang.
Despite masalah-masalah yang kami hadapi di event tersebut, aku bagi kudos jugak la pada tawaran percutian yang best-best yang terdapat di sana. In the end of the day, aku dan bakal isteri dapat juga cari tempat untuk kami berbulan madu nanti. Aku tak nak cakap kat mana tapi yang pasti di satu pulau yang sangat jarang didengar. Berakhirnya perjalanan kami pada hari itu, kami pulang dengan keluhan mengenai kepenatan dan rasa tidak syok kunjungi event tersebut.
P/s: Semua car park full, aku terpaksa park di The Mall dan dikenakan charge RM11! Damn... Apa-apa pun, tak sabar rasanya nak pergi bulan madu dengan u sayang.. :)
1 comment:
hahaha ayg baru je baca entry ni..klakar sket kt ' tak sabar rasanya nak pergi bulan madu dengan u sayang..'jiwangggggg hahaha
Post a Comment