16 March 2012

COOLfm : Suatu Fenomena Baru


Cuba anda bukak radio sekarang.. Tak kira mana-mana station dan bukak station yang lain pula… Bandingkan kedua-dua atau ketiga-tiga station yang anda bukak itu… Apa yang korang rasa? Jika korang rasa korang mendengar benda yang sama dan cliché hari-hari, korang juga mempunyai masalah sama macam aku… Industri muzik atau penggiat seni tanah air sekarang semakin lama semakin tipis dengan passion mereka terhadap seni yang betul-betul datang dari hati.

Ini disebabkan oleh permintaan pasaran yang menengahkan lagu-lagu yang boleh dikatakan sekadar tangkap muat untuk dibuat jualan. Jika berkarya tetapi tidak dapat dijual, bagi mereka suatu kerugian. Akhirnya, karya seni yang betul-betul jitu itu akan diabaikan dan seterusnya pupus ditelan masa. Dan suatu hari nanti, apabila anak-anak kita atau cucu-cucu kita bercakap tentang seni, mereka hanya mampu merujuk lagu-lagu yang plastik dan tidak berkualiti.

Tidak ingatkah kita terhadap muzik atau seni yang boleh menggegar dunia suatu ketika dahulu? Muzik-muzik yang merevolusikan minda pendengar dan membawa perkataan muzik itu sendiri kearah satu level yang lebih tinggi? Ingatkah kita tentang Bob Marley? The Beatles? Nirvana? Louis Armstrong dan sebagainya? Serta mereka-mereka yang telah suatu ketika dahulu menjunjung tinggi kesenian di dalam muzik? Kini corong-corong radio hanya mampu mengudarakan muzik-muzik yang sangat biasa dan kedengaran seolah-olah pengkarya lagu tersebut ibarat tidak jujur dan terpaksa mencipta lagu sebegitu…

Jika korang sudah penat dengan semua ini, dan ingin sesuatu yang boleh martabatkan kembali hasil seni yang betul-betul jitu dan jujur, aku rekemen kan korang untuk tune in ke satu frekuensi yang bisa membuatkan korang buka mata dan minda dan mula menghargai kembali seni itu sendiri iaitu COOLfm.

COOLfm merupakan sebuah saluran radio online yang independent yang menerima sesuatu seni itu sebagaimana keindahannya. Sudah-sudah lah daripada mendengar lagu-lagu “mee segera” yang sekadar buat jualan dan glamer, di sini, mereka akan merevolusikan kembali hasil seni supaya martabatkan kembali nilai-nilai suci di dalam sesuatu seni itu.

Saluran radio COOLfm ini diilhamkan oleh Kulatt, seorang kartunis yang berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air selama lebih 20 tahun. Beliau juga merupakan bekas kartunis majalah lawak Gila-Gila dan turut bergiat aktif dalam  seni grafik dan animation. 

Kulatt di dalam blog COOLfm nya berkata,
Kami di COOLfm sanggup mengambil tanggungjawab ini di atas dasar menghargai anugerah dan amanah dari Dia. Bersama pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri kartun,musik dan keseluruhan kerja2 kreatif yang berlandaskan keceriaan...kami mengadunkan segala pengalaman2 ini semua menjadi SATU untuk melahirkan dan memberikan sesuatu yg berlainan untuk menemani dan menceriakan anda serta menambahkan satu warna baru pada industri seni dan penyiaran keseluruhannya.

Kulatt juga akan ditemani oleh Lovely Jay, seorang graduan daripada The University of Melbourne dan bekerja di The National Association for the Education of Young Children (NAEYC). Beliau akan mengendalikan segmen-segmen bahasa Inggeris di COOLfm.

Pelbagai segmen menarik yang menanti anda di saluran ini dan yang pasti berbeza dari saluran-saluran radio yang korang semua dengar sekarang. Bayangkan satu saluran radio yang penuh dengan suasana yang ceria, gila dan cool diadun bersama muzik-muzik yang berkualiti dan indah semuanya di dalam satu tempat yang sama. Anda pasti kagum. Jadi, jangan ketinggalan dan tukarlah pilihan korang kepada COOLfm, Kegilaan Frequency Media Tanpa Had.

Untuk link dan pelbagai stuff-stuff yang cool…

p/s: Dengan ini juga aku mengumumkan bahawa The Kufazuke Show telah menjadi blogger rasmi untuk station Coolfm.. it’s going to be exciting!!



No comments:

Let's Interact!

me>