26 March 2012

Band: Cokelat


Mesti ramai yang tertanya kenapa la aku ni asyik suka sangat nak review artist atau band yang kurang aktif atau tidak aktif lagi. Hari tu dah review pasal OAG, lepas tu Butterfingers plak, lepas tu Mocca dan sekarang Cokelat pulak? Ye, bukan apa..
aku still rasa band-band yang aku review ni patut dikenang balik sebab sememangnya karya mereka lain dari yang lain dan susah diganti. Actually kalau nak diikutkan tak banyak info yang aku dapat bila browse band ni di internet. Sayang sekali... band ni dulu sangat mellow yang boleh buat aku teringatkan pada zaman aku study dulu. So, andai korang ada info lebih untuk band ni, share-share la ye..

Band Cokelat ini adalah sebuah band dari Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Bandung. Selama mereka ditubuhkan sehingga kini, Cokelat telah mengeluarkan sebanyak 7 buah album. Namun, seribu kali sayang, band ini telah beberapa kali tukar line up menyebabkan originality band ini sudah pupus. Band Cokelat yang aku minat dulu adalah ber-line up kan:

Kikan - vocal
R. Pieter - Gitar
M. Syariff - Gitar
Ronny - Bass
S. Ilyas - Drum


Sekarang, even vocalist band ini bertukar-tukar. Selepas Kikan, Sarah (seorang peserta Indonesia Idol) ambil alih.. Dan Sarah juga berundur dan ditukarkan dengan seorang penyanyi bari bernama Jackline. Tu belum lagi kalau nak ditambah dengan line up pemain gitar dan drum bertukar-tukar jugak. So sekarang ni bila dengar nama Cokelat, ia bukanlah seperti band yang awal-awal sekali muncul dulu... semuanya baru dan tidak asli. Band Cokelat ini bila dengar, nampak influence mereka terhadap Alanis Morisette dan The Cranberries. Namun walaupun di Indonesia masih mentah dalam penerimaan muzik-muzik seperti ini pada ketika itu, band ni berani muncul dengan lagu-lagu irama begini dalam bahasa rasmi mereka. Dan the best thing is.... mereka diterima dengan baiknya dan menjadi peneraju genre seumpama begini negara mereka.

Cokelat dengan Sarah
One day aku harap sangat agar the real Cokelat akan bersatu kembali paling tidak pun just a tour. Aku rindu sangat nak dengar suara Kikan berkumandang bersama line up asal. Aku teringat dalam album awal mereka adanya lagu-lagu seperti "Karma" dan "Dia" yang masa zaman tu, lagu tersebut menjadi lagu lazim jamming di studio.

Berikut adalah album-album mereka:

2000 - Untuk Bintang
2001 - Rasa Baru
2002 - Rasa Baru Special Edition
2003 - Segitiga
2004 - Dari Hati
2006 - The Best of - Tak Pernah Padam
2006 - Untukmu Indonesiaku
2008 - Panca Indera
2010 - Bukanlah Itu
2011 - Sang Pemati


p/s: Aku tak suka Sarah dan Jackline jadik penyanyi Cokelat sebab dan nampak macam Sky Sweetham atau Paramore wannabe plak dah.. Kalau nak diikutkan memang banyak info mengenai Cokelat yang baru ni... aku saje je taknak review kat sini sebab masih tak boleh lupa dengan Cokelat yang lama dan tak sanggup persepsi aku tukar terhadap band ni...



No comments:

Let's Interact!

me>