Selama berbulan-bulan kita telah di inputkan dengan pelbagai kisah Felixia Yeap yang menggemparkan seluruh media mengenai penghijrahan beliau dari seorang model Playboy, kepada seorang muslimah yang menutup aurat. Ramai yang menyokong, namun ramai juga yang mengecam penghijrahan beliau. Well... dari kaca mata aku sendiri, kedua-dua pihak (Felixia Yeap dan "para pengkritik") ada betul dan ada juga salahnya.
Tapi sebelum tu, janganlah terasa dengan apa aku tulis ni. Aku cuma meluahkan pendapat aku. Terpulang kepada korang nak terima tau tak. Hak korang pun.
First, kita dapat lihat kebanyakkan komen daripada pengkritik berbunyi seperti ini,
"Alah.. kalau nak masuk Islam, masuk je la! Tak payah la nak publisiti sana sini."
"Felixia Yeap sengaja gunakan agama Islam untuk dapatkan publisiti murahan ni"
"Felixia Yeap ni berhijab menunjuk-nunjuk, riak. Kalau ikhlas takyah la nak tayang kat FB dan sebagainya"
"Dah takde job la tu, pastu guna agama Islam untuk naikkan balik nama dia"
Sebenarnya terdapat banyak lagi kritikan yang telah dilemparkan kepada Felixia Yeap ni semenjak ingin mendalami agama Islam, namun kritikan seperti ini yang biasa kita dapat lihat dalam media sosial sekarang ini mengenai diri beliau.
Kepada aku, bila baca blog beliau, wawancara beliau, Felixia sekarang ini sedang pelajari sesuatu mengenai Islam sebenarnya. Ye betul, apabila kita ikhlas ingin mendalami Islam, atau berhijab kita tidak seharusnya riak. Mengecohkan laman sosial untuk menunjukkan kita belajar Islam dan berhijab boleh menimbulkan riak, secara tidak langsung memesongkan niat asal sesorang itu yang ingin berbuat demikikan kerana Allah.
Tapi cuba tengok dari sudut yang lain.
Beliau merupakan seorang cina yang tidak mempunyai agama sebelum ini. Beliau cuba dekatkan diri kepada ajaran agama-agama lain juga. Beliau pernah cuba Katolik, Buddhaism dan sebagainya. Namun Islam merupakan satu-satunya agama yang membuatkan hati kosong beliau kini terisi. Dan Islamlah yang membuatkan beliau tinggalkan dunia yang mewah dan hidup lebih sederhana kini. Jelas terpampang di wajah ayu Felixia yang beliau kini sangat teruja dan betul-betul seronok untuk menjadi seorang Muslimah. Ibarat reaksi anak-anak kecil yang diberitahu ibubapanya mereka akan pergi ke Taman Tema Genting Highland. Dan seperti orang-orang lain, beliau ingin kongsikan bersama semua di laman Facebook. Well, dengan perspektif orang-orang Melayu Islam di Malaysia ni, aku rasa it was a bad move from Felixia.
Of course beliau akan ada khilafnya. Memang ada betul statement pengkritik yang Felixia kini mendapat publisiti kerana gembar-gembur mengenai penghijrahan beliau menaikkan nama beliau lagi.
Ini sesuatu untuk difikirkan oleh semua. Felixia Yeap mula berhijab sebelum masuk Islam lagi. Diulangi,
sebelum masuk Islam. Beliau masih lagi dalam proses mempelajari agama suci ini. Beliau belajar mengaji. Beliau belajar cara adap dan tatasusila yang sepatutnya ada dalam diri seorang muslim. Beliau semasa itu belum lagi seorang muslim. Beliau datang dari seorang yang tidak mempunyai agama (seperti yang tertulis dalam blog beliau), dan korang expect yang Felixia ni tahu segala-galanya mengenai Islam? Tau dosa riak dan sebagainya? Beliau masih lagi belajar. Cuba bandingkan dirinya dengan korang pulak yang konon lahir sebagai seorang Islam ni. Sejauh mana tahap kesungguhan korang pula untuk mendalami Islam?
"Done terawih.", "Done iftar with hubby", "Done solat Maghrib"? Don't make everyone laugh la dey.
Dan untuk persoalan "mencari publisiti murahan" untuk naikkan nama dia tu, macam mana pulak?
Cuba fikir macam ni. Felixia Yeap merupakan seorang model Playboy. Iye...
model playboy. Bukan calang-caang bidang. Ingat apa? Model pakaian Hari-Hari? Atau Kamdar? Hidup beliau sebelum ini barangkali (jika salah, mintak tolong betulkan. Ini sekadar teori aku. Attn:
Felixia Yeap) penuh dengan kemewahan dunia. Wild party, kelab sana sini, dikelilingi orang-orang berpengaruh yang pakai kereta mewah, disponsor sana sini dan sebagainya. Nama beliau dikenali oleh ramai. Dan kenapa sebelum ni korang tak pernah dengar? Of course lah! Dah namanya Playboy. Takkan masuk mainstream di TV biasa-biasa ni? Dan korang ingat beliau perlukan publisiti? Korang tu sendiri pun bukan target market beliau ketika itu.
Dan dengan segala fame yang dia ada tu, beliau rela tinggalkan demi Islam. Haaa.. the best thing is that ramai pengkritik-pengkritik beliau ni pun merupakan orang tidak berimejkan Islam. Yang jenis pakai skirt pendek. Yang jenis tidak bertudung dan sebagainya. Dosa pahala tu urusan antara mereka dengan Allah, so aku taknak judge lebih-lebih. So, now tell me korang ni betul-betul mengkritik ke atau sememangnya
butthurt dengan imej yang dimiliki oleh Felixia kini?
Ye la kan, tengok je la cara pakaian artis muslim berbanding beliau di ABPBH beberapa bulan lepas. Yang artis melayu, terdedah sana sini, nampak lurah, nampak peha lebih fabulous daripada artis Hollywood. Felixia pula tampil dengan imej muslimah yang baik. Dan beliau belum pun menjadi seorang Islam ketika itu. I guess itu barangkali satu jenis tamparan hebat dan berpuaka yang melepek di pipi-pipi para pengkritik tu. Tu yang butthurt bagai nak gila tu.
"Kalau nak masuk Islam tu, masuk je la! Buat apa nak umum-umum semua bagai".
Hahahaha. Mengenai umum-umum tu aku rasa ia merupakan permainan media untuk melariskan kisah Felixia ni. Tapi bagi yang suruh beliau masuk Islam terus tu, better fikir dari sudut yang lain. Korang akan terjun ke dalam air ke sebelum belajar berenang? Korang akan buat bungee jump ke sebelum memakai peralatan safety yang betul? If korang jawab "Tidak" kepada kedua-dua soalan, then it's the same case with Felixia Yeap ni.
Berapa ramai orang non-muslim yang masuk Islam, dan murtad kembali? Lebih-lebih lagi kes masuk Islam sebab nak kahwin dengan seorang Muslim, lepas cerai, murtad? Berapa ramai? Tell me..
Kenapa jadik macam tu? Sebab mereka masuk Islam kerana tujuan lain. Bukan kerana Allah. Mereka tak belajar akidah, fekah, al-Quran dan sebagainya. Just ucap dua kalimah syahadah dan mereka "secara rasmi" seorang Islam. Setahu aku, untuk menjadi muslim, ia bukan sekadar lafaz dua kalimah syahadah secara lisan sahaja. Tetapi melafaznya dengan hati yang ikhlas mengaku Syahadah itu.
Aku sokong Felixia untuk mendalami ajaran Islam dulu sebelum mengucap Syahadah. It's better untuk mengukuhkan cintanya terhadap Islam dalam hati dahulu. Bukan sekadar lisan dan bila dah tak ngam, murtad kembali, Ia akan mencemarkan maruah agama.
Bagi seorang muallaf, mereka mempunyai sentimental value mereka terhadap detik penghijrahan yang berlaku dalam hidup mereka. Detik di mana mereka "dilahirkan" semula. Dan salah ke Felixia memilih tarikh lahir beliau untuk "kelahiran semula" ini? Selama berbulan-bulan mempelajari Islam?
Actually, the main point here about your criticism dan sebagainya adalah kerana tertelan dengan suapan media je. Felixia cuba dalami Islam sebelum ditemui dalam wawancara di TV. Selepas dah muncul kat TV, hebohlah para media lain, blogger dan laman-laman sosial cuba kopek kisah Felixia ni. Cerita makin lama makin bertimbun. Sehingga menjadikan beliau viral.
Memang betul, salah Felixia sebab gembar gemburkan di Facebook mengenai terujaan dan keseronokkan beliau ingin mendalami agama Islam. Nak-nak di komuniti melayu Islam ni. Tapi aku dapat rasa tukang-tukang like dan share ni la yang menjadi culprit dalam penghebahan dan jadikkan ia viral sebenarnya. I don't think Felixia would really care if korang tak share pun post-post beliau. Sedikit pun beliau tak kisah rasanya. In fact, by the date aku tulis ni, (3 Julai 2014), Felixia akan mengucap 2 kalimah syahadah. Menjadi seorang muslim di hadapan saksi, ahli keluarga dan kenalan rapat beliau. Dan beliau tidak menjemput mana-mana media pun untuk datang.
Aku menulis ni, bukan sebab aku obses menyokong Felixia ke apa ke, cuma aku dah naik jelak dengan orang-orang kita ni yang bajet bagus tapi sebenarnya hampeh. Konon kata "jangan mainkan agama suciku ini demi populariti ko wahai perempuan!" walhal diri dia sendiri pakai baju buka aurat tak pakai tudung dan mulut macam ayam. Orang-orang yang sendiri tak mampu nak tinggalkan hal duniawi demi agama. Orang yang meletakkan dunia dulu daripada agama dan keluarga. Konon korang lahir sebagai seorang Muslim, korang lebih tahu mengenai Islam lagaknya.
Ada jugak yang konon muslimin sejati yang keep on carik gambar-gambar lama Felixia untuk menjadi modal mereka di bilik air serta membuka aib di laman sosial. Lepas tu mengkritik bajet macam seorang imam yang beriman.
Ye.. aku ikhlas menulis. Bukan sebab obses terhadap Felixia tetapi aku terbayangkan andai aku seorang yang tidak mempunyai agama. Dan aku kini nak tinggalkan dosa-dosa aku dan nak mendalami Islam. Jika aku lihat bakal-bakal saudara-saudari aku yang potray Islam sebegini, aku sendiri barangkali akan terus ban Islam dalam hidup aku. Aku akan cop Islam sebagai agama yang busuk hati. Agama yang penuh hasat dengki. Terus menjalani kehidupan aku sebagai seorang Atheist. Dan melihat Felixia masih lagi teguh dengan pendirian beliau untuk menjadi seorang muslim despite segala dugaan yang telah dilaluinya, ia sesuatu yang mengagumkan.
Mungkin inilah "hidayah" yang telah ditunjukkan oleh Allah kepadanya. Kita tak tau. Allah turunkan hidayah dengan pelbagai cara. Maybe, ini adalah bahagian untuk Felixia. Yang kita ni pulak, tak tau macam mana agaknya dapat hidayah. Or... adakah sempat pun.
Cukup-cukuplah memalukan agama Islam wahai so-called Jihadist. Support la our fellow family. Lahir sebagai seorang Islam, tidak menjadikan kita pure Islam.
psst: Saudari Rania Felixia Yeap, lepas ni, diharap saudari lebih tenang. kalau boleh, tak payah dah ikuti dunia glamour lagi. Biarkan apa orang nak kata. Dosa pahala, semuanya antara kita dengan Allah.
Leave your comment.