18 July 2014

Tanahairku: MH17 Shot Down. 295 Died. Another grieve for Malaysia. [VIDEO]


Subhanallah. Betul-betul selepas 5 bulan kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370, dan kini Malaysia kembali kelam dengan insiden MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Russia. Tak sangka, dalam tahun ni, satu per satu bala turun di Malaysia ini. Ternyata... Allah sayangkan Malaysia. Dia tidak turunkan ujian seandainya kita tidak mampu hadapi. Dan sebagai satu tanda, Malaysia perlu "dibersihkan" dari dosa.

Kadang-kala ia membuatkan kita terfikir juga sebenarnya. Di kawasan pesawat itu ditembak jatuh, ia merupakan zon konflik antara Russia dan Ukraine. Takde ke any memo or briefing mengenai laluan tu? Because, zon tersebut bukan baru lagi. Sudah lama Ukraine dan Russia mempunyai konflik sesama mereka. Bukankah sepatutnya mereka semua diberitahu akan konflik dan amaran laluan udara tersebut? Di mana laluan kapal terbang lain yang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ni?


Semua-semua tu adalah di bawah tanggungjawab pihak kerajaan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. Jika ini merupakan satu muslihat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, suatu sabotaj, atau perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Malaysia tidak patut berdiam diri.

Apa-apa pun... still sedih dengan tragedi ini. Maunya tidak. Ini merupakan kes pertama kali berlaku terhadap negara kita. Nak-nak melibatkan syarikat penerbangan MAS lagi. Barangkali terdapat orang-orang kita didalam pesawat tu, yang ingin pulang ke tanahair untuk menyambur Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga di sini nanti. Kesian kan? Hmm...


Marilah kita sama-sama berdoa agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh yang Maha-Esa. Innalillahiwainnalillahirajiun.

Al-Fatihah & salam takziah.

Sila lihat video ini. (Graphic content)


No comments:

Let's Interact!

me>