16 July 2014

CDM25, Peugeot 208 Putih dan Steering Lock menyerlahkan keanggunan Kiki Kamaruddin.


Yeah... Kufaz datang lagi dengan article point of view! Haha.. kali ni kita nak sembang pasal satu insiden yang menjadi viral di ruang-ruang laman sosial semalam iaitu kejadian accident kecil melibatkan seorang usahawan busana perkahwinan bernama Kiki dengan seorang uncle yang difahamkan seorang cina. Dari video tersebut, boleh diassumekan bahawa uncle tu bersalah sebab tak sengaja terlanggar kereta Peugeot 208 Putih Kiki yang akibatkan calar sikit di kereta itu. Tapi yang bestnya, sapaan dan rayuan maaf daripada uncle tersebut disambut dengan maki hamun, jerit pekik serta beberapa das hentukan steering lock di kereta uncle tu.

TENGOK VIDEO LANGSI INI DI SINI. KLIK!

Amboii.. ni dah macam kes "KL Gengster" in realiti ni.

Ramai yang menempelak kelakukan gadis tersebut.  Mananya tidak. Awak tu dah la pakai tudung, seorang Islam di bulan puasa pulak berkelakuan begitu. Ok la kita tolak pasal "bertudung" tu sebab aku pasti, pakai tudung tak semestinya membuatkan orang tu baik atau suci. Cuma akur kepada perintah menutup aurat. Tapi pasal bulan Ramadhan ni aku rasa tak patut.

Bukan ke kita harus pelajari sesuatu daripada ibadah puasa ni? Kita bukan sahaja patut belajar untuk menahan lapar dan dahaga. Tetapi juga hawa nafsu serta amarah dalam diri kita. Memang betul ada orang cakap, kita tak boleh nak rumuskan apa-apa selagi tak dengar kisah sebenar antara dua belah pihak. Nak-nak video yang menjadi viral tu pun berdurasi pendek. Kan?

Well, guess what? It doesn't matter salah siapa dalam insisden accident tu. Tetapi kelakuan mengamuk tu tersangatlah tidak patut. Siap hentak-hentak steering lock lagi tu. Di mana perginya budi pekerti wanita melayu yang dibawa dari generasi ke generasi? Di mana keayuan gadis melayu yang penuh adab sopan santun dan berbudi pekerti? Ke mana hilangnya?

Yang bestnya, terdapat pulak yang claim sebelum insiden accident tu, Kiki ada buat sesuatu yang agak biadap terhadap seorang makcik di mana beliau buka pintu di tempat parking kereta, terkena pintu kereta makcik tersebut sehingga calar. Makcik tu tak maki hamun seperti Kiki dan just let go, tapi Kiki ni dengan angkuh tak minta maaf dan dengan muka ala-ala masam oren tambah cuka, blah macam tu je.



Aku try untuk ambil positif hal ni. Maybe Kiki tengah period kot time kejadian. So mood tak berapa nak ngam.

Well my advice girl, nowadays connection masyarakat menjadi sangat rapat dengan adanya media sosial di internet. Sebuah dunia yang mendekatkan masyarakat di dunia ni. So, jagalah adab dan kelakuan sebab ramai tangan-tangan diluar sana yang boleh ambil video anda dan secepat mungkin dapat trace siapa anda siap bisnes apa yang anda ceburi.

Jadi, all the best la kepada busana kahwin awak tu ye.


Apa kata macam ni, awak buat satu press conference, minta maaf kepada uncle tu, minta maaf kepada masyarakat dan yang paling penting, minta maaf kepada ibubapa awak tu yang aku pasti tengah bersedih dan kecewa dengan tindakan awak tu.

Kan.. tu la.. lain kali jaga amarah tu. Bawa-bawalah bersabar. Tak pasal-pasal dan famous sekarang.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

minta maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi kereta uncle tu dan ganti rugi malu uncle tu

KUFAZ said...

Betul tu Princess Momoy... :')

Let's Interact!

me>