Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk hidup dan menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, semoga mendapat keberkatan, mendapat rahmat yang tak terhingga dan sejahtera hendaknya di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Ok la.. anggap sahaja artikel penulisan aku kali ini sebagai salah satu pengongsian pendapat aku terhadap beberapa perkara yang menjadikan negara kita ibarat dilanda ombak tsunami dalam media sosial.
First of all, ia mengisahkan bagaimana masyarakat kita terutamanya yang hidup sebagai netizen saban hari yang gemar mencari ruang dan peluang untuk melepaskan das-das padu keperihatinan mereka di laman-laman sosial.
Hari itu, kita dilimpahi oleh isu viral "lurah kemaluan" Farah Ann, atlet gimnastik negara kita yang berjaya membawa pulang beberapa pingat emas dalam Sukan SEA dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Yup, aku setuju. Ramai yang ingin memberi terguran dan nasihat supaya cik Farah Ann ni menutup aurat. Tak elok anak dara terkangkang dan menampakkan susuk gebu bahagian "V" nya di mata masyarakat.
Sebelum isu "camel toe" itu, kita dihujani pula dengan ribut sumpah seranah apabila pendaki bogel Gunung Kinabalu, Emil Kaminski berbuat biadap terhadap adat dan tradisi orang tempatan sempena kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Ramai yang menengking beliau dengan hamburan kata-kata kesat serta caci maki yang teruk.
Terdapat beberapa isu dan insiden lain yang menjemput kemarahan masyarakat tetapi bukan itu point aku di sini.
Seandainya anda warga Islam, cuba fikir sejenak apa yang aku ingin kongsikan.
Kita ni setiap hari berdakwah. Tak kira masa. Samaada secara terang-terangan atau secara halus. Imej kita adalah dakwah kita tersendiri.
Aku naik jelik apabila melihat ramai para komentar yang ingin menegur atau menasihati tetapi kerap terkeluar dari landasan yang sepatutnya dan suka-suka mengambil posisi Tuhan itu sendiri dalam menjatuhkan hukum.
Ok la.. kita lihat isu Farah Ann sejenak.
Sememangnya dalam agama Islam, mendedahkan aurat itu adalah haram. So apa yang haram tetap haram dan apa yang halal tetap halal. Tiada siapa dapat menafikannya. Dan aku setuju apabila ada warga netizen yang mengatakan bahawa "Matlamat tidak menghalalkan cara".
Betul tu... Matlamat untuk mendapat pingat emas untuk negara tidak menghalalkan pendedahan aurat itu.
Tapi bagaimana pula dengan kita? Adakah matlamat kita untuk menegur dan menasihati itu menghalalkan kita untuk berkata kesat, lucah dan kasar? Tidak bukan?
Even Rasulullah SAW pun berdakwah bukan dengan cara paksaan. Tetapi melalui imej. Mengajak orang berbuat baik dengan menunjukkan bagaimana caranya berbuat baik. Tunjuk betapa Islam itu agama yang tenang dan baik dengan menunjukkan teladan supaya yang lain akan ikut. Bukan dengan caci maki, sumpah seranah ataupun ugutan.
Ada la satu gambar perdana menteri kita sedang solat terawih di Masjid Putra semalam aku lihat di Facebook. Dan ada juga manusia-manusia ni yang komen:
"Curi duit rakyat, solat pun tak berguna. Bukannya diterima pun".
Astagfirullahalazim. Siapa kita sebenarnya ingin mengambil tempat Allah? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum? Dosa, pahala, syurga,neraka itu semua hak dan urusan Allah. Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadili.
Tak kisah la kalau kita tak suka DS.Najib sekalipun, tapi untuk terima solatnya atau tidak, bukankah hanya Allah yang berhak dan lebih mengetahui? Bukannya kita.. insan yang lemah ini.
Seperti kes Farah Ann can lain-lain... kalau kita sayangkan agama kita, maka jangan lontarkan kata-kata kesat, sebab itu hanya akan serlahkan kebodohan kita. Andai ingin beliau atau sesiapa yang anda rasa patut berubah, why not tegur baik-baik, jangan malukan beliau di khalayak ramai dan berdoa.
Kita takkan tahu bagaimana Allah merancang. Kita tidak tau bagaimana Allah beri hidayah kepada seseorang. Sedangkan Felixia Yap yang dahulu model Playboy pun menjadi keluarga seislam kita. Sedangkan Mizz Nina yang dahulu kita kenali sebagai party goer pun boleh kembali ke pangkal jalan.. siapa boleh predict apa akan jadi di masa hadapan? You? Me? Well... nobody....
Kita sering berdakwah dengan cara yang salah. Sehingga kadang-kala tu orang lain naik geram dan seterusnya bukan semakin baik..tetapi semakin meninggalkan agama.
Cuba renung kembali macam mana kita menegur.. kerana cara kita bertutur itu adalah cara kita berdakwah.
Tiada siapa yang tahu siapa akan masuk syurga atau tidak kerana itu semua urusan Allah. Kita just harus menjadi hamba-Nya.
It's time kita bertukar cara kita berdakwah... daripada kita cakap "Buat la.. nanti masuk neraka" kepada "Apakata kita buat macam ni, In Shaa Allah... kita masuk syurga bersama".
Wallahualam.
Selamat berpuasa!