05 June 2015

Sabah Dilanda Gempa Bumi berskala 6.0 richter! (Gambar)


Mengikut laporan dan beberapa perbualan bersama rakan di Sabah, negeri di bawah bayu itu telah dilanda gempa bumi berskala 6.0 richter pada jam 7.15 pagi tadi.

Gempa itu bergegar di kawasan utara Ranau. Lokasi itu adalah sejauh 2 jam perjalanan dari Gunung Kinabalu. Terdapat kerosakan teruk di kawasan bandar dan banyak batu-batu jatuh dari gunung tertinggi di Malaysia itu. 


Ramai pendaki-pendaki yang terperangkap di atas gunung itu disebabkan jalan turun telah rosak teruk oleh runtuhan batu dan mereka kini sedang menunggu helikopter operasi penyelamat.

Menurut beberapa sumber, diramalkan Sabah bakal dilanda aftershock sekitar jam 9 pagi, namun menurut beberapa warga di sana, ianya tidak terjadi lagi buat masa sekarang.





Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka di sana semoga semuanya dibawah lindungan-Nya.

Amin.

Post a Comment

Let's Interact!

me>