08 June 2015

Emil Kaminski: Pencemar Nama Adrenalin Junkie


First, kau ingat semua tempat kau boleh buat aksi "bogel" kau tu. Lepas tu, dah kantoi, kau cuba pulak kurang ajar terhadap rakyat dan adat negara kau lawati.

Orang jenis apa kau ni?

Emil Kaminski adalah antara "pembogel" yang membuat aksi tak berfaedah itu di atas Gunung Kinabalu beberapa hari yang lepas. Beliau berasal dari negara Canada.

Ye.. mengikut kepercayaan orang-orang di sana, perlakuan tersebut telah melanggar adat tatasusila gunung itu sehingga "nenek moyang" mereka murka dan akibatkan gempa bumi yang terjadi beberapa hari lepas.

Well, itu kepercayaan mereka. Kenapa pula kita atau orang lain perlu untuk tidak hormati?


Cuba kalau kita sendiri panjat balkoni Pope di Vatican City dan berbogel sambil menjerit. Bagaimana pula reaksi mereka? Aku pasti mereka juga akan menyalak mengeluarkan "adat" dan "tradisi" atau juga "kesucian" dan konteks argument mereka.

Sama juga di sini. Kita mempunyai pelbagai etnik dan berbilang bangsa yang wajar kita hormati pegangan kepercayaan mereka. 

Tak kisah la gempa bumi itu terbukti dari segi saintifik atau tidak, apa alasannya untuk bertindak kurang ajar serta disrespect tradisi orang-orang di sini?

Ye.. Emil Kaminski tidak mewakili orang-orang Canada. Aku pasti Canadian yang lain semua baik-baik belaka. Emil ini sahaja seorang kambing hitam. 

Well... baca sendiri je la komen-komen yang terdapat dalam post berkenaan... Ramai mendoakan ketidaksejahteraan beliau....




Di samping itu, Emil juga mempunyai page beliau tersendiri yang bernama Monkeetime yang menjadi page kepada video-video adventure beliau.

Dalam page tersebut, beliau ada post menghina menteri pelancongan Sabah yang mengatakan pendapat mengenai tradisi Gunung Kinabalu.


Orang seperti ini hanya mencemarkan nama backpacker serta mountain climber yang lain. Oleh sebab dia nanti, semua orang yang mempunyai passion terhadap outdoor activity ini akan dipandang serong.

Rascal punya orang.

No comments:

Let's Interact!

me>