18 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 1 -


Wow.. dah lama tak menulis di blog ini kan? Hm.. agak busy sket lately dengan karier serta bisnes yang baru dipelopori ini. Well, baru-baru ni aku ada buat backpacking trip bersama wife ke Kota Kinabalu dan apa yang aku boleh cakap, trip ini adalah paling simple but yet antara paling seronok sekali.

Kick Off (12 Nov 2015)

Permulaan pengembaraan kami bermula agak rough. Flight kami ke KK adalah pada jam 8.30pm, so the boarding gate bukak pukul 7.50pm. Kami park kereta di rumah abang ipar aku jam 4.00pm. So, by right kalau bertolak jalan kaki ke stesen tren Sri Rampai selepas Asar, kami takkan terkejar. Tapi nak dijadikan cerita, hujan pulak turun time tu, so tak dapat nak mula berjalan. Kenalah tunggu sampai kul 5.00 petang baru boleh mula berjalan.


Perjalanan dari rumah abang ipar aku ke stesen Sri Rampai ambil masa lebih kurang 25 minit. Dan perjalanan tren ke KL Sentral pulak ambil masa lebih kurang setengah jam. So tambah tolak bahagi darab, kami sampai di KL Sentral pada jam 6.10pm. Terus pergi usha harga tiket ke KLIA 2 kat kaunter KLIA Ekspress. Choii... harga tiket seorang RM35 untuk direct ke sana. Kalau dua orang dah RM70 untuk sehala je!

Tengok pada perancangan budget, ianya sudah agak memakan big chunk di situ. So, kami buat gamble of the day

Call adik aku yang duduk di Kota Warisan, Sepang untuk standby. Kami beli tiket KLIA Transit untuk ke Salak Tinggi. Harga dia baru RM12.50 seorang. So tiket ke sana je RM25 untuk 2 orang. Lebih baik dari RM35 seorang kan? Tunggu tren yang bakal tiba dalam masa 28 minit lagi. Tengok pada jam, lagi 28 minit adalah pukul 7.02pm! Perjalanan ke stesen Salak Tinggi pulak akan amek masa 30 minit. Parah gila kan?

Dan yes, kami tiba di stesen Salak Tinggi pada jam 7.35pm. Boarding gate open lagi 15 minit. Kalau nak diikutkan perjalanan biasa dari stesen Salak Tinggi ke KLIA 2, boleh makan 20 minit. So, adik aku memang gear up, put Brian O'Connor mode on, dan ber "Fast to Furious" ke KLIA 2. 

Pergh... tepat jam 7.45pm, kami sampai di Departure Hall, KLIA 2.

KLIA 2 ni bukan kecik-kecik anak. Untuk ke gate perlepasan, jauh gila weh. Masa cuma ada 5 minit je lagi. Bayangkanlah kami terpaksa berlari, mencari, gate check up lagi. Tengok pada skrin flight info tu, tengok flight kami sedang "Boarding". Ahh sudah. 

Jenuh berlari, kami pun sampai ke check up point. Disuruh pulak kami keluarkan laptop dalam beg yang telah dipack siap-siap. Memang di situ je dah makan masa sedikit sebanyak. Announcer pulak dah start panggil penumpang yang naik flight ke KK tu. Serius rasa macam nak marah je checker kat situ. Tapi nak buat cmne kan. Itu prosedur.

Baru je lepas check up, dengan tali pinggang aku tak pasang lagi kat seluar, terus berlari. Dengan keadaan seluar nak melurut, tangan pegang tali pinggang dan boarding pass, belakang backpack yang berat lagi, terpaksa berlari untuk sampai ke gate J9 yang terletak nun jauh 250m di depan lagi. Haru tak haru la perjalanan larian kami berdua time tu. Hahaha.

Alhamdulillah sempat sampai ke gate perlepasan. Time tu memang para penumpang dah start nak masuk plane dah. Nak putus paru-paru kami berdua berlari setelah sekian lama tinggalkan aktiviti riadah. Haha.

Dalam-dalam penat, sempat buat muka comel tu. Haha!

Selepas masuk dalam plane, barulah lega rasanya. Dapat jugak catch up balik nafas yang hilang. Kalau terlambat sikit je lagi, dah terlepas dah flight kami. Hahaha... Sebelum berehat dalam flight, mata ni sempat la melihat keindahan bandar Sepang dari atas kapal terbang.


Dan selepas 2 jam setengah penerbangan, kami sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 pada jam 11mlm.

Nampak happy je muka kan? Ketahuilah bahawa perut kami tidak seceria muka ini. :)

Paling last kami makan untuk hari itu adalah pada pukul 3ptg. So boleh bayangkan la kan keadaan kami setelah touch down. Perut rasa lapar gila. Nasib baik ada kedai serbaneka bukak 24 jam ala 7E kat airport tu. Nama kedai tu Orange and apparently sangat terkenal di serata Kota Kinabalu. Ibarat kedai KK di KL. Hm... somehow macam pelik jugak. Kat KL, kedai KK. Di KK pulak Orange namanya. Haha.


Sesudah meng-Qada' kan solat Maghrib dan Isya', pekena roti dan Maggi Cup, kami pun bermalam di dalam surau airport tersebut. Sementara menunggu siang.

Haa.. total perbelanjaan kami dari KL Sentral ke KLIA 2 cuma RM25 (tiket untuk dua orang) + RM10 (upah adik aku drive ke KLIA 2) = RM35.

Better dari RM70 kan? Save separuh dari perbelanjaan sepatutnya tu. Haha..

Di surau tu kami cuba lelapkan mata.... namun baru je rasanya 2 jam tidur, tiba-tiba......

-bersambung di Episode Two-




No comments:

Let's Interact!

me>