19 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 2 -

Pemandangan dari tingkap bilik di hotel


Day One (13 Nov 2015)
So, kami sudah masuk ke surau untuk melelapkan mata bagi merehatkan badan. Tengok jam pada tangan sudah pukul 2 pagi. Dalam hati ni ingat ada 4 jam utk tidur sementara nak tunggu Subuh.

Elok-elok tidur dalam 2 jam, tiba-tiba kami dikejutkan dengan azan Subuh pada jam 4.44 pagi. Bayangkan betapa rabaknya mata kami berdua. Wife aku yang berada di surau wanita sebelah terus whatsapp aku untuk check aku dah bangun ke belum. Haha.

Barulah aku teringat, waktu di Sabah ni berlainan di Semenanjung. Sini semuanya awal. Matahari terbit pukul 6 pagi. Terbenam jam 6 petang. So badan yang masih ikut time KL ni memang sikit liat la nak bangun time tu. Haha!

Pukul 5.00 pagi, kami berdua selesai solat Subuh dan siap sedia dengan backpack kami. Time tu memang tak tau nak pergi mana sebab takde bus or teksi lagi time tu. Tapi perut dah start lapar. So kami turun ke kedai Orange tu dan beli kopi dan roti untuk kickstart hari kami.

Kat kedai Orange tu memang boleh lepak untuk makan. Ada mini bar kat situ yang provide kerusi, meja dan soket untuk charge handphone. Very convenience, good staff. Nice.

Mata still ngantuk ni. Badan pun rasa sengal-sengal. Ye la kan, tidur atas karpet berbantalkan backpack je. Jam pulak menunjukkan jam 6.30pagi. Matahari dah terpacak dah kat langit. Ibarat pukul 9 pagi di semenanjung. Check Google Map jarak antara airport ke town KK. 

Pergh... mengikut Google Map, jika berjalan kaki, ia akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah berjalan. Kalau condition badan ok, memang redah je. Bukan tak pernah buat sewaktu backpack ke PD dulu. Tapi kali ni kami meninjau alternatif lain.

Di situ terdapat kaunter tiket bus airport. Di KK ni ada beberapa jenis bus. Ada bus intercity, long distance dan airport bus. Intercity bus ni route dia serata town KK la kan. Long distance bus pulak untuk pergi ke tempat yang lebih jauh seperti Keningau, Sandakan dan sebagainya. Dan airport bus pulak adalah bus yang menghubungkan town dengan airport. Harga tiket sehala adalah RM5 seorang. Dan bus available setiap setengah jam. Paling awal jam 8.00 pagi.


So, kami pun beli tiket dan tunggu bus yang pertama untuk hari itu. Sementara tunggu sempat la snap-snap gambar.

Perjalanan bus ke town mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Ada beberapa tempat bus ni akan dropkan penumpang, dan kami turun di hadapan Mahkamah. Di situ juga stesen bus long distance boleh didapati.

So, sepanjang dalam perjalanan bus tersebut, boleh nampak la Tanjung Aru dan beberapa kawasan mall yang berdekatan town KK. Dan kami sampai di perhentian bus depan mahkamah tu dalam jam 8.35 pagi.

Turun je dari bus, kami berjalan-jalan dulu di sekitar kawasan sana. Nak pergi hotel terus macam tak dan sebab waktu check-in pukul 2. So, kami pun try cari pasar Filipin yang dikatakan terkenal dengan pelbagai barangan kraftangan tu. Google Map pulak boleh dikatakan sangat mengecewakan kami di situ. Merepek-merepek je bagi jalan.

So, apa lagi, the good old fashion travelling method jugak best: Tanya orang sekeliling.

Terjumpa pak cik pengawal keselamatan depan mahkamah tu. Peramah orangnya. Dia tunjukkan jalan sampai kami faham. Dalam hati terdetik, memang orang-orang Sabah ni peramah macam ni ye orangnya. Cara dia bercakap lembut dan friendly. 


After ikut jalan yg diberikan, jumpalah pasar Filipin tu. Perut rasa lapar ni tapi tak lalu nak makan sebab badan rasa letih dan ngantuk yang amat. Pusing-pusing tak jumpa kedai makan kat situ. So, depan KK Plaza yang terletak berdepan pasar Filipin, ada satu stall booth. Kami pun beli air tin satu sorang dan lepak atas tangga. Bahu dah rasa nak kebas dah sebab backpack berat. Ke hulu ke hilir plak kan dah bawak beg tu. Kaki pun rasa makin longlai. Nak round-round sangat pun bukan seronok dengan keadaan badan macam ni.


Apa lagi, berangkatlah ke hotel D'Beach Street Lodge yang terletak di Jalan Gaya.  Tak susah pun carik hotel tu sebab dia sangat-sangat berdekatan dengan perhentian bus yang kami turun tadi. Nak-nak pulak, hotel tu memang terletak di tepi simpang. 

Sampai saje di hotel tu, try la tanya kalau boleh check in awal. Dia cakap boleh tapi kena charge RM40. Haha.. Ye la kan, kami sampai sana kul 10 pagi. Check in sepatutnya jam 2 petang. 4 jam lagi tu. So, kami cakap takpe la tapi kami tak kemana. Just lepak kat kawasan lounge dia. Ada sofa dan pantry di situ.

Wife aku amek kesempatan untuk lelapkan mata. Dah tak tahan sangat dah rasanya tu. Aku pulak selepas letak backpack yang berat di sofa tu, terus jalan-jalan pusing sekitar sana lepas tu masuk balik, duduk di sofa dan main game di handphone. 

Jam 12pm, receptionist hotel tu panggil. Dia cakap dia dah cakap kat bos dia, dan dia benarkan untuk check in time tu sebab maybe diorang tengok kami ni serius kepenatan kot. Haha. Kalau tak, memang dah berselimut apa bagai dah kat sofa tu. Ngantuk gila seyh...

Selepas urusan check in selesai, kami pun terus ke bilik, settle down, mandi dan kedebum atas katil. Perut yang lapar pun tak terasa sangat dah. Mata yang dijamu dulu. Haha. Nak-nak time tu hujan lebat kat luar. Pasang aircond plak lagi. Memang terus masuk di alam mimpi sedalam yang mungkin la. Macam tak tidur setahun lagaknya kami ni.

Jam 6 petang, baru la tersedar kembali. Badan terasa ringan sikit berbanding pagi tadi. Mata terasa segar namun perut di sebaliknya. Perut sedang galak bermain lagu ala ala keroncong. Perlukan perhatian nampaknya ni.

So, kami basahkan badan, solat jamak dan bersiap-siap untuk keluar. Sebelum keluar, tengok waktu solat untuk bandar KK. Rupanya jam 7.09 dah nak masuk Isya' dah. So, dah alang-alang, better solat dulu sebelum keluar. Lega dah solat nanti. Langit kat luar macam pukul 9 malam dah. Walhal baru senja di semenanjung.

Selepas selesai solat Isya', kami pun berjalan mencari makan.

Of course, tempat yang dituju adalah Pasar Todak yang terkenal dengan makanan seafood murahnya. Bila sampai sahaja di sana, banyak gila gerai-gerai yang offer makanan seafood yang fresh dan tampak lazat. Ada yang masih hidup lagi. Memang fresh. Kat sana memang banyak gerai, so kalau nak dapat harga best, kena rajin pusing-pusing dulu dan nego dgn peniaga tu. 

Seumur hidup aku tak pernah makan lobster. So, itu memang menjadi pilihan aku malam tu. Aku suruh diorang masak creamy butter. 2 ekor kami beli. Selain tu, kami jugak amek siput kepala yang juga antara makanan yang susah dapat kat KL dan tak pernah rasa sebelum ini untuk dimasak sambal, ikan kerapu merah stim limau, sotong goreng cili kering. Sotong yang besar tau.. bukan yang kecik-kecik tu... memang layan.


Happy eating night.

Sotong goreng cili kering

Lobster masak creamy butter

Siput kelapa masak sambal

Ikan kerapu merah masak stim limau

Macam makan 5 orang kan? Padahal kami berdua je... haha..

Lobster tu peniaga kira 100g, RM14. Kami amek 2 ekor yang benilai RM100, ikan kerapu merah tu pulak RM18, Siput kelapa tu pulak dapat RM10 selepas nego. Kalau tak, kena RM13. Sotong tu pulak dapat RM24. So total untuk dinner malam tu, RM160, termasuk air dan nasi 3 pinggan.

Kalau kat KL untuk makanan macam ni RM300-400 boleh capai. So, as a legitimate food hunter, aku rasa macam terseru pulak untuk menikmati makanan yang fresh sebegini dalam peluang yang ada. Hahaha... Kami menikmati happy eating pada malam pertama di bandar KK.

Wife aku memang tak makan terlalu banyak. Aku je yang habiskan semuanya. Rilek je. Dah nama champion dalam eating stream ni, so, enteng je semua tu. Hahaha!

Lepas makan, sempat la tengok-tengok pasar Filipin yang bakal dilawati keesokkannya. Tapi journey tu terpaksa cut short sebab salah satu makanan yang kami makan (aku suspek siput kelapa tu) telah memberi reaksi negatif kepada perut wife aku. So, terpaksa balik ke hotel sebab tak nak wife aku melarat pulak sakitnya di tengah jalan.

After semuanya setel, time tu relax. Kami bukak map dan brochure yang ada untuk lihat apa lagi yang best di KK ni. Selepas tu, bukak lappy aku untuk midnight movie bersama. Tengok citer horror lagi kau... Filem "Last Shift". 

Hotel yang kami duduki ni agak bising dari jam 9mlm smpi 1pagi oleh sebab nature business mereka terdapat bar di sebelah yang buat live band tiap malam. Nasib baik bilik kami jauh sikit di hujung tapi still boleh dengar sayup-sayup bunyi persembahan nyanyian di bar tu. Selepas kedengaran macam dah habis persembahan di bar dan filem pun sudah berakhir, kami pun masuk tidur...

Nyenyak dan aman... sedap terasa badan ni beralas katil yang empuk dan sejuk sehingga....

-bersambung di Episode Three-






No comments:

Let's Interact!

me>