18 December 2012

Double Apple Slym: Mari Kurus!!


Aku sewaktu muda dulu merupakan salah seorang yang aktif dan outgoing. Memang serius beb. Badan aku kurus berotot dan stamina agak tinggi. Biasalah kan student. Petang-petang main bola. Malam-malam ada masa je futsal pulak. Tu blom lagi dikira pergi gym, badminton dan aktviti-aktiviti outdoor yang lain. Berat aku memang 70kg je range dia. Tu paling max. Dan ye, masa tu aku rasa yang aku ni memang jenis ringan. Tak boleh nak naik dah lepas tu.

Tapi itu sekadar ramalan.....

Selepas tamat pengajian, aku start bekerja di Celcom dan disitu lah progress badan aku bermula. Badan yang dulu 70kg, sudah mula naik 3-4kg. Mana tak nya, masa tu kerja stress gila-gila. Aku bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan dan tak banyak masa untuk beriadah. Otot-otot yang keras dulu semakin kendur dan berlemak. Aku mulai membulat. Sampai aku lihat diri aku di cermin, aku sendiri yang bertanya ,"siapa dia ni?". Dan kini, setelah beberapa tahun berlalu, pelbagai jenis kerja aku buat, dan sudah berkahwin, berat last yang aku rekod adalah 81kg. Aku rasa seandainya aku tidak jaga lagi badan ni, perhaps dalam usia 35 tahun aku bakal mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan sebagainya. So perubahan harus dilakukan.

So, aku start la try tak makan nasi la dan try berdiet dengan kurangkan makan daging dan sebagainya. Tapi, aku tak rasa yang aku boleh bertahan lama dalam badan aku, aku perlukan nasi dan lauk pauk yang sedap-sedap belaka!


Sehinggalah aku diperkenalkan kepada Double Apple Slym oleh member aku Syakiella Lee. Ia sejenis minuman yang melawaskan makanan dalam perut serta membuang toksik-toksik yang tidak patut. Dan ye, side effect dia, aku kerap ke toilet membuang toksik-toksik dan kalori-kalori yang tidak diperlukan. Mula-mula memang perit sebab sakit perut je kan tapi kesan dia baik. Aku rasa lebih segar dan berat aku pun menurun. Setelah beberapa hari amalkan Double Apple Slym ni, perut aku dah harmoni dengan cecair ni.


Aku try seminggu dulu minum, dan dalam seminggu boleh nampak result. Kalau dulu berat aku 81kg, setelah seminggu berat aku 78.7kg! hampir 3kg turun dalam seminggu. So, aku nak teruskan jugak diet ni dan tengok progress dia macam mana.

Korang nak? Hubungi aku. Letak message di fan page The Kufazuke Show di facebook pun boleh.

p/s: Tak sabar nak tengok result sebulan. Hehe.

17 December 2012

Maharaja Lawak Mega: Setelah 5 Minggu


Just like characteristic aku, siri-siri komedi memberi impak yang besar terhadap diri aku yang kadang-kala boleh menjadi pemangkin dalam mood seharian hidup aku ni. Aku suka jika suatu hari dimulakan dengan kegembiraan, aku pasti sepanjang hari pun akan dirasai kegembiraan itu. Menerusi Maharaja Lawak Mega yang sedang berlangsung di Astro Warna kini, aku cuba lihat bagaimana lawak-lawak yang boleh diterima pakai oleh orang-orang kita kini.

Siri Maharaja Lawak yang sedang ditayangkan sudah pun masuk ke minggu yang kelima. Dan 3 kumpulan sudah pun disingkirkan. So, apa yang menyebabkan mereka disingkirkan tatkala yang lain masih lagi selamat atas undian penyokong? Yang tersingkir itu bukan yang calang-calang pelawak pulak tu. Malah pernah digambarkan sebagai legend dalam arena industri hiburan tanahair. Kumpulan Da Di Du, PiMai dan Balas tidak mampu meneruskan saingan Maharaja Lawak Mega itu.

Da Di Du

Bila tengok balik la kan, aku dapati bahawa komedi juga mempunyai satu level matang dan lusuh mengikut zaman. Dulu, aku pernah ketawa bila AR Badul dan rakan-rakan buat lawak dalam filem-filem serta drama komedi ke tahun 90an dulu. Sama juga dengan siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mendapat sambutan hangat sehingga orang gelarkan sebagai komedi keluarga yang sangat efisyen.

Diatas pentas juga lawak-lawak serta komedi "oldschool" sedemikian dipraktikkan oleh Da Di Du dan PiMai tetapi gagal meraih undian yang memberangsangkan. Kenapa agaknya? Kemungkinan "X factor" lawak sedemikian sudah basi dan hanya diterima oleh sekumpulan minoriti. Orang kita kini lebih gemar jika suatu komedi itu disertakan dengan ajukan celebriti lain, atau membahan orang lain dalam kiasan. Orang suka bila orang lain diajuk. Ia ibarat serangan tepat tetapi menghiburkan.

PiMai
Balas
Kumpulan Balas bukannya tidak bagus. Tetapi mereka terlalu suka membuat lawak "double meaning" yang menjurus kepada kelucahan. Kalau lawak tersebut di praktikkan pada tahun 90an atau awal millenium, barangkali akan Boom! Tetapi sekarang kita sudah lebih sedekad meninggalkan millenium. Pemikiran matang audience semakin dahagakan lawak professional.

Spoof juga merupakan satu genre komedi yang sangat disukai ramai. Kita boleh lihat bagaimana kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Shiro berjaya membawa watak drama atau filem yang sangat baik sehingga orang menyukainya. Lihat sahaja gelagat mereka sewaktu minggu ketiga. Dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega terdapat tema-tema yang boleh dilihat tidak mampu dibawa oleh pelawak-pelawak veteran. Ada sesetengah tema tu boleh lah diorang bawak tetapi kebanyakkan nya merupakan element yang baru dan ia jelas tampak sukar dibawa oleh pelawak "orang lama" ni.

Sabon
So far, "orang lama" yang masih bertahan di pertandingan ini adalah kumpulan Sabon yang dibarisi oleh Sathiya dan Abon. Dan secara jujur aku rasa mereka masih di dalam pertandingan ini adalah kerana orang suka dengan dialect jawa dan "malay tamil" yang di converse oleh mereka. Dan seandainya mereka tidak dapat menyaingi idea-idea kumpulan "muda", aku tak pasti samaada mereka akan terus berentap. So, apa-apa pun buat masa sekarang, aku masih lagi rasa terhibur dengan pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega kali ni. Cuma sekarang aku terasa bila Sepah takde, Jozan ibarat tiada tandingan. Mereka perlukan saingan untuk timbul dengan idea-idea yang lagi kreatif.

p/s: Tahun ni Jozan menang. Confirmlah!

FIFA Club World Cup 2012: Jika aku Rafa Benitez


Aish... Maybe tahun 2012 ni merupakan tahun episod sedih skuad Chelsea agaknya ni. European Super Cup, kalah kepada Athletico Madrid. FIFA CWC pun kalah jugak. Kali ni kepada Corinthians. Termasuk game semalam dah dua kali final Chelsea tewas. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Nak merangkul piala dunia kelab agaknya kena la tunggu lagi memandangkan Chelsea juga sudah terkeluar dari perebutan Piala Juara-Juara Eropah.

Aku tengok game semalam agak janggal jugak sebenarnya. Jarang dapat tengok pertembungan antara kelab dari Brazil menentang kelab dari EPL. Dan nampak sangat kejutan budaya di situ. Jelas terang dan nyata bahawa game di liga Brazil memerlukan skill dribble dan fizikal yang tinggi. Tanpanya, memang tak jalan la team tu. Tengok je la, macam mana mereka main body contact. Sangat rakus dan padat. Itu yang menyebabkan smooth game menjadi sangat perlahan. Tackle-tackle tinggi sudah pasti la. So, pendapat aku, taktikal Rafa Benitez semalam agak tidak menjadi.

Menyenaraikan David Luiz sebagai DM bagus kerana ia beri satu pertahanan yang unggul di bahagian tengah. Nak pulak beliau juga boleh menjadi playmaker yang agak kreatif. Tetapi gandingan beliau iaitu Ramires bukanlah satu tindakan tepat. Ramires merupakan player ber-characteristic flair pace. Beliau boleh bawa bola dengan laju, dan dribble dengan baik tetapi tidak dari segi ketahanan fizikal. Jelas terbukti dengan saiz badan beliau yang kecil. So, jika aku Rafa Benitez, aku akan gandingkan Luiz dengan Mikel. Dua-dua pun mempunyai badan yang tegap dan boleh menyimpan bola dengan baik. Nak-nak pulak sejak kebelakangan ni, performance Mikel semakin baik.


Oleh sebab pertembungan antara game fizikal yang tinggi, jadi kita boleh lihat betapa "jinak"nya Mata, Hazard dan Torres. Mereka sama juga macam Ramires, tidak mempunyai kekuatan fizikal yang boleh tandingi pemain-pemain Corinthians. So, bila tengok balik, tak ramai player Chelsea yang mempunyai fizikal yang mantap sejak Drogba meninggalkan Chelsea. So, bagaimana nak "neutralise" game yang dibawa Corinthians?

Pada pendapat aku, salah satu cara nak neutralkan game semalam adalah dengan permainan one touch football. Ye, aku yakin dan pasti, ia boleh berjaya. Long ball kena dikurangkan memandangkan player Chelsea tidak mampu tanding di atas udara dengan player Corinthians, so permainan direct pass harus diapplykan.

Let see, pemain Corinthians kebanyakannya mempunyai kekuatan fizikal dan mampu simpan bola dengan baik. Mau nya tak, rata-rata semua menggunakan konsep ala-ala semi Samba. Tetapi, aku tak rasa bahawa mereka mempunyai kelajuan dan kreatif dalam membina permainan. So, andai menyerang mereka dengan menggunakan direct pass dan one touch, ia mampu buat player-player Corinthians mengejar bayangan sahaja. Chelsea bukannya tiada player yang lincah, tapi kerap ditewaskan dengan body contact yang padat. Itu yang membuatkan Chelsea hanya mampu menyerang sahaja tetapi tidak dapat meloloskan ke dalam kawasan Corinthians.


To be fair, Chelsea juga mempunyai peluang-peluang keemasan untuk score, tetapi tidak mampu disempurnakan manakala Corinthians yang punyai beberapa peluang, ambil ia untuk menjadikan gol. Takpe la, game pun sudah habis dan banyak Chelsea boleh belajar daripada final-final yang mereka sudah tewas ini.

Jangan terlalu mendabik dada. Jangan memandang rendah setiap perlawanan. Dan cuba main "simple". Inshallah, berjayalah.

p/s: Sekarang daripada 5 cup, tinggal dua je manjadi perebutan. Tak ingin melihat trophy-less season. :(

14 December 2012

Libur: Broga Hills


Secara personalnya, aku jenis sukakan aktiviti lasak dan mencabar diri. Sewaktu aku muda dulu, aku gemar ikut dan join group-group outdoor pergi camping sana sini. Panjat gunung sana, turun bukit sini, naik flying fox, absailing dan sebagainya. Bila teringat balik, pergh aku rasa sangat seronok. Alhamdulillah... aku masih lagi mampu tersenyum sebab hidup aku bermakna.

So, sekian kalinya selepas dah lama tinggalkan aktiviti macam ni, member aku si Razali ajak naik bukit Broga untuk tengok sunrise. Memang aku join. Walaupun tak setinggi tempat-tempat lain, tapi dengan kondisi badan yang dah lama tak bergerak ni, aku membayangkan ia pasti menjadi satu hari yang sangat lama, hehehe. So, aku, isteri aku dan Razali pun set satu date untuk pergi sana.



Pada hari yang kami pergi tu, keadaan agak dingin. Sepatutnya pergi sehari sebelum tu, tapi memandangkan hujan yang turun bagaikan mutiara, maka ter-cancel la niat kami secara semula jadi. Time pergi tu, jalan terbaik lengang. Smooth jer. Ibarat Broga tu memanggil-manggil. Dah sampai kat sana, pergh memang gelap. So, andai korang nak panjat Broga untuk tengok matahari, korang kena bawak lampu suluh. Kalau boleh yang jenis lekap kat kepala tu. Senang sket nak hiking. Lagi satu, sila pastikan yang korang sampai dalam pukul 5.30 pagi. Perjalanan nak naik ke atas tu ambil masa dalam 45 - 60 minit. Kalau hiker-hiker yang dah hustler tu, boleh sampai lebih awal.

Pastikan juga korang bawak air masak dan air manis untuk memanjat bukit tu. Bawa juga coklat untuk tenaga. Preferably, bar coklat atau coklat bentuk doy. Perjalanan nak panjat Broga ni tidaklah begitu tricky dan susah. Tapi agak penat sebab path dia lebih bentuk macam bertangga yang memerlukan kekuatan betis dan peha yang tinggi. Tanah dia jenis tanah lembut, so waktu hujan memang sangat-sangat tidak digalakkan untuk mendaki. Kang nanti ada pulak yang berguling-guling turun sampai stall air kelapa yang terletak di kaki bukit Broga tu kang.


Masa kami naik tu, memang terbaiklah sebab sorang pun tak bawak torchlight. So, aku terpaksa suluh gunakan smartphone aku dan itulah pasalnya aku nasihatkan supaya bawak torchlight. Tak selesa woo mendaki dengan tangan kena pegang smartphone. Tak balance tu satu hal, kok kalau apa-apa jadik pastu terlepas smartphone jatuh? Tak ke menangis sorang-sorang kat atas tu?

Memang betul. Aku dapat agak yang badan aku ni memang dah lama tak buat aktiviti macam ni. Boleh rasa bila separuh perjalanan naik tu, badan aku start meragam. Lagi-lagi betis dan dada aku. Macam baru kena tumbuk dengan Stone Cold Steve Austin kat dada ni. Semput. Mujurlah aku dan isteri aku tak makan banyak sebelum daki tu. Bukan macam member aku si Razali tu. Hmm.... takpe lah. Better aku tak ceritakan kisah selanjutnya. Hehehe.

Lebih kurang pukul 6.50 pagi, kami sampai salah satu puncak bukit tu. Ye.. bukit tu banyak puncak ye.  Bukan satu tempat jer. Kalau teruskan berjalan memang merentas Semenyih aku rasa. Jadi di situlah kami dapat melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Dapat hirup udara segar yang terasa ibarat membersihkan paru-paru dari menghidu asap rokok dan pencemaran yang terdapat di kota raya. Best sangat. Masa tu kami dapat melihat mentari yang seolah-olah baru bangun dari tidur. Damai je rasa. So, seperti orang-orang lain, selepas dah sampai puncak, lepak dulu. Minum air. Makan coklat. Rileks. Dan......bergambar!!












p/s: Aku rasa tak lama lagi aku nak naik lagi la. Tak puas rasanya naik sekali jer. Huhu.

Let's Interact!

me>