17 December 2012

FIFA Club World Cup 2012: Jika aku Rafa Benitez


Aish... Maybe tahun 2012 ni merupakan tahun episod sedih skuad Chelsea agaknya ni. European Super Cup, kalah kepada Athletico Madrid. FIFA CWC pun kalah jugak. Kali ni kepada Corinthians. Termasuk game semalam dah dua kali final Chelsea tewas. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Nak merangkul piala dunia kelab agaknya kena la tunggu lagi memandangkan Chelsea juga sudah terkeluar dari perebutan Piala Juara-Juara Eropah.

Aku tengok game semalam agak janggal jugak sebenarnya. Jarang dapat tengok pertembungan antara kelab dari Brazil menentang kelab dari EPL. Dan nampak sangat kejutan budaya di situ. Jelas terang dan nyata bahawa game di liga Brazil memerlukan skill dribble dan fizikal yang tinggi. Tanpanya, memang tak jalan la team tu. Tengok je la, macam mana mereka main body contact. Sangat rakus dan padat. Itu yang menyebabkan smooth game menjadi sangat perlahan. Tackle-tackle tinggi sudah pasti la. So, pendapat aku, taktikal Rafa Benitez semalam agak tidak menjadi.

Menyenaraikan David Luiz sebagai DM bagus kerana ia beri satu pertahanan yang unggul di bahagian tengah. Nak pulak beliau juga boleh menjadi playmaker yang agak kreatif. Tetapi gandingan beliau iaitu Ramires bukanlah satu tindakan tepat. Ramires merupakan player ber-characteristic flair pace. Beliau boleh bawa bola dengan laju, dan dribble dengan baik tetapi tidak dari segi ketahanan fizikal. Jelas terbukti dengan saiz badan beliau yang kecil. So, jika aku Rafa Benitez, aku akan gandingkan Luiz dengan Mikel. Dua-dua pun mempunyai badan yang tegap dan boleh menyimpan bola dengan baik. Nak-nak pulak sejak kebelakangan ni, performance Mikel semakin baik.


Oleh sebab pertembungan antara game fizikal yang tinggi, jadi kita boleh lihat betapa "jinak"nya Mata, Hazard dan Torres. Mereka sama juga macam Ramires, tidak mempunyai kekuatan fizikal yang boleh tandingi pemain-pemain Corinthians. So, bila tengok balik, tak ramai player Chelsea yang mempunyai fizikal yang mantap sejak Drogba meninggalkan Chelsea. So, bagaimana nak "neutralise" game yang dibawa Corinthians?

Pada pendapat aku, salah satu cara nak neutralkan game semalam adalah dengan permainan one touch football. Ye, aku yakin dan pasti, ia boleh berjaya. Long ball kena dikurangkan memandangkan player Chelsea tidak mampu tanding di atas udara dengan player Corinthians, so permainan direct pass harus diapplykan.

Let see, pemain Corinthians kebanyakannya mempunyai kekuatan fizikal dan mampu simpan bola dengan baik. Mau nya tak, rata-rata semua menggunakan konsep ala-ala semi Samba. Tetapi, aku tak rasa bahawa mereka mempunyai kelajuan dan kreatif dalam membina permainan. So, andai menyerang mereka dengan menggunakan direct pass dan one touch, ia mampu buat player-player Corinthians mengejar bayangan sahaja. Chelsea bukannya tiada player yang lincah, tapi kerap ditewaskan dengan body contact yang padat. Itu yang membuatkan Chelsea hanya mampu menyerang sahaja tetapi tidak dapat meloloskan ke dalam kawasan Corinthians.


To be fair, Chelsea juga mempunyai peluang-peluang keemasan untuk score, tetapi tidak mampu disempurnakan manakala Corinthians yang punyai beberapa peluang, ambil ia untuk menjadikan gol. Takpe la, game pun sudah habis dan banyak Chelsea boleh belajar daripada final-final yang mereka sudah tewas ini.

Jangan terlalu mendabik dada. Jangan memandang rendah setiap perlawanan. Dan cuba main "simple". Inshallah, berjayalah.

p/s: Sekarang daripada 5 cup, tinggal dua je manjadi perebutan. Tak ingin melihat trophy-less season. :(

2 comments:

beckhrooy said...

nampak macam friendly je game semalam

KUFAZ said...

btul tu... game everton-stoke lagi best.. sigh..

Let's Interact!

me>