06 December 2012

Chelsea: Still Pride Of London


Actually aku bukannya jenis suka menulis mengenai sukan di channel ni. Lebih-lebih lagi team kesayangan aku, Chelsea. In fact, aku lebih gemar mendapatkan berita atau info di page-page dan blog-blog orang lain. Aku lebih suka bersembang mengenai hal ini bersama rakan-rakan serta berforum sana-sini. Tapi keputusan game Chelsea semalam buat aku sedih pulak.

Mana taknya, semalam Chelsea bermain amat baik menentang kelab dari Denmark iaitu Nordsjaelland. Menang bukan sikit tapi besar kot. 6 - 1 scoreline nya. Tapi apa boleh buat, disebabkan Shaktar Donetsk begitu ingin melihat juara bertahan tersingkir, maka mereka pun rela untuk meleburkan rekod 100% tempat sendiri dengan tewas kepada Juventus 1-0.


Kalau nak diikutkan, point Chelsea dan Shaktar Donetsk sama je. Masing-masing mengumpul 10 mata tetapi oleh disebabkan peraturan "Head to Head" yang diperkenalkan oleh FIFA sekarang ini, ia memihak kepada Shaktar Donetsk. Tapi takpe lah. Nak buat macam mana lagi kan? Rule is still rule dan menang kalah tetap adat permainan.

Secara jujurnya, aku rasa permainan Chelsea sejak kebelakangan ni memang sangat lemah longlai. Tak konsisten. Ibarat hilang nyawanya sejak permecatan pengurus mereka, Roberto Di Matteo (RDM) dan kehilangan tonggak utama Chelsea iaitu John Terry dan Frank Lampard. Jadi game-game dalam kumpulan banyak yang di sia-siakan. Game yang sepatutnya menang, dapat seri. Game yang sepatutnya seri, kalah pula jadinya. Jadi, mereka "pay a heavy fine" semalam.


Untuk sekian kalinya, bila dalam situasi genting begini, baru aku tengok Chelsea dalam keadaan bersemangat. Oleh sebab game yang menentukan nasib mereka, barulah mereka ibarat tersentak. Sampaikan Fernando Torres yang flop tu pun boleh menjaringkan gol. Tapi, tu la kan, kalau game-game lepas dah disiakan, kemenangan semalam ibarat tiada ertinya.

So, takpe, bagi aku biarlah yang lepas tu lepas. Sekarang kena move forward. Aku harap Chelsea akan bangkit nanti dan menang Europa League serta World Club Cup di Jepun nanti. Diharap semangat game semalam, akan dibawa-bawa ke game-game akan datang. Keep The Blue Flag Flying High!

p/s: It was a good performance.. but so sad in the end..

No comments:

Let's Interact!

me>