19 December 2012

End Of World 21-Dec-2012 : Things To Know


Hahaha.. kalau korang jenis yang taksub dengan ramalan orang Mayan yang predict dunia ni akan kiamat pada 21 Disember 2012 yakni lusa ni je, well, better jangan. Come on la guys, takkan media dapat meracuni fikiran korang sebegitu rupa? Kita dilarang sekali percaya pada ramalan. Ia akan menimbulkan taksub dan jika melarutan dalam minda, mampu buat korang sikit sebanyak terpesong akidah. Lebih teruk, takut korang boleh syirik. Ok la, jom aku share apa aku dapat daripada melayari dunia maya ni. Semoga korang tenang hendaknya.



Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalan

Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.
Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.
“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.


p/s: Jangan cepat terpengaruh.





No comments:

Let's Interact!

me>