30 December 2012
New Year is Coming
Well, as we all know that new year is just around the corner. Time macam ni la yang ramai di antara kita (termasuk aku), tiba-tiba terasa nak merenung ke belakang sebentar untuk tengok perjalanan yang ditempuhi sepanjang tahun keramat 2012 ni. Ingin tengok pencapaian yang telah dibuat, dan samaada berjaya peroleh atau lunaskan azam tahun lepas.
Bagi aku, tahun ni penuh dengan suka duka yang mewarnai hidup aku. Beri efek yang besar dalam diri aku dan sikit sebanyak merubah diri aku menjadi aku yang sebenar-benarnya kini. Dan beri nafas yang baru dalam hidup aku dalam peningkatan daripada seorang remaja menjadi dewasa.
Tahun 2012 dalam hidup aku tidaklah bermula dengan penuh warna-warni seperti orang-orang lain.. Malah tidak keterlaluan jika aku mengatakan ia bermula dengan kesedihan. Saat orang ramai meraikan kehadiran tahun 2012 dengan kegembiraan, perasaan aku dan keluarga aku masih bersedih dengan pemergian ibu mertuaku pada bulan Desember2011, nak-nak pulak tepat-tepat 4 hari selepas ulangtahun pemergian arwah papa aku yang kedua. Kehilangan kedua-duanya sangat dirasai.
Tibanya akhir bulan Mac, hidup aku bertukar sepenuhnya apabila sah menjadi suami kepada isteri aku yang tercinta. Dari seorang bujang yang tanpa hala tuju hidupnya, menjadi seorang suami yang mempunyai tanggungjawab dan impian yang ingin dikecapi. Pertengahan tahun ini dipenuhi dengan keliburan bersama isteri. Antara tempat yang kami jejaki adalah Pulau Gemia, Cameron Highland, Kuala Selangor dan juga Cherating.
Ia berkesinambungan dalam tahun ini terhadap kesedihan keluarga aku lagi. Hari Raya Aidilfitri tak dapat disambut dengan meriah seperti selalunya. Dalam bulan Ramadhan, nenek ku meninggalkan kami sekeluarga dijemput Illahi dengan berkat rahmatnya. Dan tidak cukup dengan itu, sepupu aku juga dipanggil oleh-Nya pada malam raya. Keberkatan bulan-bulan mulia pastinya dilimpahi terhadap mereka. Tapi kami sekeluarga, hati terasa sayu menyambut hari lebaran tanpa mereka.
Tahun ini juga merupakan tahun di mana channel The Kufazuke Show ini berdiri. Walaupun berjalan bertatih, namun Alhamdulillah ada progresif dalam perjalanannya. Dari satu blog yang tidak dikenali dan sunyi sepi ibarat bertemankan cengkerik, kini ia mendapat tempat dikalangan pembaca. Malah ramai juga yang mengikuti melalui fan page The Kufazuke Show di Facebook. Inshalllah, tahun 2013 nanti, channel ini akan makin berkembang.
Dalam melebarkan dan mengukuhkan kaki channel ini di persada ruangan maya, aku bertemu dengan dua rakan yang baru dan seterusnya menjadi antara kawan baik aku kini iaitu, Kulatt dan Syakiella dalam menaikkan dan menjayakan karya Kulatt iaitu COOLfm. Dengan berkisarkan tentang satu keazaman membawa erti lain dalam sebuah maksud penyampaian, COOLfm kini menjadi tarikan para celebriti yang juga menyokong niat murni warga staff COOLfm dalam menjayakan misi berteraskan kesenian yang bergabung. Pastinya tahun 2013 akan mewarnainya dengan lebih gemilang.
Dikesempatan berkawan bersama mereka juga menjurus aku mengenali dengan produk yang menjadi perniagaan sampingan aku kini iaitu Kristall Liquid Screen Protector yang Alhamdulillah, laris di pasaran. Terdapat juga page yang aku sediakan iaitu Kedai Gadget Kufazrina bagi menjadi "one stop" information center bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan produk daripada Jepun ini daripada kami. Dan hasil daripada perniagaan ini, ia membantu jua keluarga aku dalam ekonomi kami. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.
Pada tahun 2012 juga menjadi satu titik di mana bagi aku seluruh dunia di troll oleh media yang mengatakan dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012 yang membuat kebanyakkan masyarakat dunia berputus asa dengan kehidupan dan mempercayai sesuatu yang tahyul. Bagi aku semua itu karut. Kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yang segar serta memandang jauh ke masa depan.
Ye, itu yang akan aku lakukan. Aku percayai semuanya akan berubah. Dan polar positif dan negatif sesuatu perubahan itu terletak di tapak tangan kita sendiri. Jadi, aku ingin menjadikan tahun 2013 sebagai satu tahun yang sangat bermakna bagi aku dan kepada orang-orang tersayang aku. Melihat pada masa-masa lalu menyedarkan aku bahawa aku masih lagi kerdil dan pastinya terdapat gunung-ganang yang harus aku daki lagi. So, Inshallah.
Aku akan memandang tahun depan ini sebagai satu permulaan kepada hidup aku yang semakin rancak ini. Dan aku juga berdoa agar korang juga akan mendapat rahmat serta mencapai azam dan cita-cita anda sekalian.
Selamat menyambut tahun baru 2013!!
- Kufazuke (admin)
p/s: Perjalanan masih jauh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yup bro, faham ko terikat dgn byk komitmen kt luar slain pegi keje. wish u all da best bro! aku pun nk mula mncari ssuatu utk badan sndiri. so 2013, bring it on. new awesome chapter begins! huehuehue
Post a Comment