17 December 2012

Maharaja Lawak Mega: Setelah 5 Minggu


Just like characteristic aku, siri-siri komedi memberi impak yang besar terhadap diri aku yang kadang-kala boleh menjadi pemangkin dalam mood seharian hidup aku ni. Aku suka jika suatu hari dimulakan dengan kegembiraan, aku pasti sepanjang hari pun akan dirasai kegembiraan itu. Menerusi Maharaja Lawak Mega yang sedang berlangsung di Astro Warna kini, aku cuba lihat bagaimana lawak-lawak yang boleh diterima pakai oleh orang-orang kita kini.

Siri Maharaja Lawak yang sedang ditayangkan sudah pun masuk ke minggu yang kelima. Dan 3 kumpulan sudah pun disingkirkan. So, apa yang menyebabkan mereka disingkirkan tatkala yang lain masih lagi selamat atas undian penyokong? Yang tersingkir itu bukan yang calang-calang pelawak pulak tu. Malah pernah digambarkan sebagai legend dalam arena industri hiburan tanahair. Kumpulan Da Di Du, PiMai dan Balas tidak mampu meneruskan saingan Maharaja Lawak Mega itu.

Da Di Du

Bila tengok balik la kan, aku dapati bahawa komedi juga mempunyai satu level matang dan lusuh mengikut zaman. Dulu, aku pernah ketawa bila AR Badul dan rakan-rakan buat lawak dalam filem-filem serta drama komedi ke tahun 90an dulu. Sama juga dengan siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mendapat sambutan hangat sehingga orang gelarkan sebagai komedi keluarga yang sangat efisyen.

Diatas pentas juga lawak-lawak serta komedi "oldschool" sedemikian dipraktikkan oleh Da Di Du dan PiMai tetapi gagal meraih undian yang memberangsangkan. Kenapa agaknya? Kemungkinan "X factor" lawak sedemikian sudah basi dan hanya diterima oleh sekumpulan minoriti. Orang kita kini lebih gemar jika suatu komedi itu disertakan dengan ajukan celebriti lain, atau membahan orang lain dalam kiasan. Orang suka bila orang lain diajuk. Ia ibarat serangan tepat tetapi menghiburkan.

PiMai
Balas
Kumpulan Balas bukannya tidak bagus. Tetapi mereka terlalu suka membuat lawak "double meaning" yang menjurus kepada kelucahan. Kalau lawak tersebut di praktikkan pada tahun 90an atau awal millenium, barangkali akan Boom! Tetapi sekarang kita sudah lebih sedekad meninggalkan millenium. Pemikiran matang audience semakin dahagakan lawak professional.

Spoof juga merupakan satu genre komedi yang sangat disukai ramai. Kita boleh lihat bagaimana kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Shiro berjaya membawa watak drama atau filem yang sangat baik sehingga orang menyukainya. Lihat sahaja gelagat mereka sewaktu minggu ketiga. Dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega terdapat tema-tema yang boleh dilihat tidak mampu dibawa oleh pelawak-pelawak veteran. Ada sesetengah tema tu boleh lah diorang bawak tetapi kebanyakkan nya merupakan element yang baru dan ia jelas tampak sukar dibawa oleh pelawak "orang lama" ni.

Sabon
So far, "orang lama" yang masih bertahan di pertandingan ini adalah kumpulan Sabon yang dibarisi oleh Sathiya dan Abon. Dan secara jujur aku rasa mereka masih di dalam pertandingan ini adalah kerana orang suka dengan dialect jawa dan "malay tamil" yang di converse oleh mereka. Dan seandainya mereka tidak dapat menyaingi idea-idea kumpulan "muda", aku tak pasti samaada mereka akan terus berentap. So, apa-apa pun buat masa sekarang, aku masih lagi rasa terhibur dengan pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega kali ni. Cuma sekarang aku terasa bila Sepah takde, Jozan ibarat tiada tandingan. Mereka perlukan saingan untuk timbul dengan idea-idea yang lagi kreatif.

p/s: Tahun ni Jozan menang. Confirmlah!

2 comments:

rizawati said...

follower #87.
http://nawnaj.blogspot.com/

KUFAZ said...

Sudah follow... :)

Let's Interact!

me>