21 December 2012
Meramas Payudara Boleh Mencegah Kanser
Selamat 21 Disember 2012 wahai pembaca sekalian. Siapa yang percaya bahawa hari ni kiamat, dia bangang.
Ok, apa kata hari ni kita kick start hari yang cukup indah ini dengan sebuah informasi yang aku jumpa di internet. Ye, aku tau ramai gila lelaki akan suka info ini. So, betul ke meramas payudara boleh mencegah kanser?
Sebuah kajian yang dijalankan oleh beberapa orang saintis di Universiti of Carlifornia di Berkerly, Amerika Syarikat memberi konklusi begitu terhadap kajian mereka. Gautham Venugopalan, ketua kumpulan pengkaji tersebut berkata,
"People have known for centuries that physical force can influence our bodies. When we lift weights our muscles get bigger. The force of gravity is essential to keeping our bones strong. Here we show that physical force can play a role in the growth - and reversion - of cancer cells."
Hasil daripada kajian mereka dibentangkan di perjumpaan American Society for Cell Biology, San Francisco. Dalam kajian tersebut, para penyelidik itu telah meningkatkan sel-sel epitelium malignan payudara di dalam gel yang disuntik ke dalam sebuah tabung silikon.
Apabila mereka apply pressure terhadap sel tersebut semasa peringkat awal pengembangan, mereka dapati sel-sel malignan itu berkembang dengan lebih normal dari semasa ke semasa. Sel itu juga akan berhenti berkembang apabila tisu payudara telah terbentuk dan pressure tidak dikenakan.
Bagi sel-sel malignan yang tidak di apply pressure pula, ia tampak berkembang dalam keadaan tidak terkawal yang boleh menjurus kepada kanser. Sehubungan itu, Gautham berkata,
"Malignant cells have not completely forgotten how to be healthy; they just need the right cues to guide them back to a healthy growth pattern"
Sumber: GMA News.
So, kepada para suami di luar sana (termasuk aku), sayangilah isteri anda ye. Kita harus cuba sedaya upaya dalam menjaga diri mereka. Permaisuri kita kan? So, kita patut tolong mereka dalam mencegah kanser payudara ni. Kepada yang belum berkahwin, sila nganga je ok. Nak tolong pasangan anda, sila nikah dulu.
p/s: The best study ever!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak oi tips yg kau kasi... menyegarkan mata huhuhu
Haha.. mata yg segar, menyihatkan tubuh badan.. :)
Post a Comment