26 December 2012

Badminton Time With Families


Ye.. setelah sekian lamanya badan aku tidak bergerak, Sabtu lepas, ia secara tiba-tiba dikerah. Actually aku ni jenis bersukan. Tapi tu dulu-dulu la. Sekarang ni, ntah la. Dah banyak berehat kot badan aku ni sampai lemak pun dah naik, otot-otot pun dah start kendur dan stamina sangat-sangat low.

So, aku dan keluarga aku set bermain badminton di JJB Court, Jalan Genting Klang. 4 pasangan suami isteri bermain bagi mengerahkan peluh yang sudah lama tidak dikeluarkan. Seriusly aku rasa sangat berat dan tidak lincah seperti dulu. First game, aku beregu dengan isteri aku. Kami lawan pasangan-pasangan yang lain tu kecuali pasangan abang ipar aku tu. Dia regu dengan biras aku sebab isteri dia di'side line' kan ketika itu. Bayangkan lah kan, even game tu, jantung aku dah degup kencang macam baru lari sprint 100m. Tu baru badminton, tak tau la kalau tenis. Ntah-ntah muntah nanti. Lepas tu ada regu antara suami-suami pulak. Semua nak kalahkan abang ipar aku yang sorang tu. Hehe. Dia pandai main dan smash dia kuat. Kalah aku. Tu lah yang membezakan antara orang biasa main badminton dan yang jarang-jarang sekali main.

Tapi takpe, aku dah tau cara permainan dia. Game lepas ni memang aku rasa aku boleh baca dah. Haha. And ye, pastikan ye kepada korang semua (nasihat kepada diri aku jugak), kalau nak bersukan, pastikan cukup warm up dulu. Seriusly. Ia bagi mengelakkan injury dan juga tidak terlalu menyakitkan korang hari-hari yang berikutnya. Hehe.

p/s: Hampir seluruh bahagian bawah badan aku sengal-sengal keesokkannya. Macam budak baru nak bersukan. Haha!





Post a Comment

Let's Interact!

me>