26 December 2012

Resipi: Mi Cintan Style Udang Pesona


Hahaha. Nama yang pelik? Yup. Saja je letak nama masakan ni macam tu sebab bila korang try nanti, pastinya korang akan layan gila-gila. Betul aku tak tipu. Huhu. Makanan ni sangat sesuai untuk orang bujang yang nak berjimat tapi nak makan ala grand, dan juga bagi orang yang dah berkeluarga yang tiba-tiba terasa rindu nak makan stail bujang-bujang dulu. Apa-apa pun, aku harap korang mencuba dan semoga berbahagia dengan makanan ini.

Cintan Style Udang Pesona

Bahan-bahan:
1. Bawang merah + putih (hiris)
2. Cintan perisa asli (2 paket)
3. Telur ayam sebiji
4. Udang (ikut suka hati kuantiti)
5. Air satu mangkuk (ikut kuah)

Cara masakan:
1. Tumis bawang merah dan putih tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan mi cintan tadi dan biarkan ia rebus seketika.
4. Kemudian masukkan perencah Cintan dan kacau sehingga sebati.
5. Perlahankan api dan masukkan udang-udang tadi.
6. Gaul dalam seminit, kemudian angkat ke dalam mangkuk.
7. Goreng telur mata dan letak di atas mee itu.
8. Enjoy!!

note: Jangan gaul lama sangat.. takut nanti udang-udang tu mengecut nanti.

See.. mudahkan? Kadang kala makanan yang sedap tidak semestinya susah dibuat malah kadang-kadang ia lebih sedap berbanding masakan-masakan yang complicated dan sukar. Yeah, semoga korang semua mencuba dan terus ikuti channel ini untuk resipi-resipi yang lain pula akan datang. Yooshhh!!

p/s: Ye.. aku tau.. kecur air liur tengok kan? Haha.



1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

megi dia je...megi ayg tate pong :(

Let's Interact!

me>