20 December 2012

Cerpen Klasik Kufazuke : Pokok Mangga Yang Setia


Hm... sambil-sambil aku belek blog lama aku, aku cuba baca balik satu persatu cerpen yang aku hasilkan dulu. Teringat pada masa awal pembabitan aku dalam dunia bloggers ni dan terasa sangat seronok dapat menulis. Perhaps pada masa tu, idea aku melimpah ruah sampai aku rasa ketagih untuk menulis. Ye, aku akui ia tidaklah sehebat penulis-penulis yang lain yang telah hasilkan novel-novel best seller, tapi sikit sebanyak melaluinya aku berasa puas.

Agak lama juga aku tak menulis cerpen lagi. Teringin nak menulis balik tapi tiada idea. Maybe aku kena start membaca novel balik la supaya writers block aku yang menebal ni boleh diruntuhkan balik. Tapi apa-apa pun, aku harap korang enjoy dengan one of cerpen lama aku ni. Selamat membaca.


petikan dari : Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti.


.::Pokok Mangga yang setia::.



karya asal: Kufazuke

Hujan gerimis mendinginkan suasana
petang yang sudah 3 jam dihangatkan oleh sinaran mentari yang terik. Kereta
Proton Wajaku berwarna hijau gelap laju menyusuri jalan bengkang-bengkok Bukit
Persekutuan Kuala Lumpur. Tibalah keretaku itu ke satu rumah yang usang dan
buruk. Barangkali sudah 5 tahun aku tidak ke sini. Betapa hatiku ini amat
merindui rumah lamaku itu. Rumah yang menyaksikan aku membesar selama 10 tahun
sebelum aku berpindah ke Sepang. Motif aku ke mari hanyalah untuk melihat
samaada terdapat lagi surat-surat penting yang dihantar ke alamat lamaku. Akan
tetapi, perkara yang boleh diselesaikan 30 minit menjadi 2 jam apabila mataku
ini terlihat satu pokok yang aku amat kenali sejak sekian lamanya…. Pokok
mangga. Indah berdiri di laman rumah buruk itu.

Aku amat-amat merindui pokok itu.
Malah aku sayang sangat terhadap pokok itu. Terdapat sejarah antara aku dan
pokok yang berbuah manis itu. Teringat aku peristiwa 7 tahun lepas bagaikan
baru semalam ia berlaku.

“Mama nak pergi kedai bunga ni.. nak penuhkan laman… abang
nak beli aper2 ke?”, persoalan ibuku yang memulakan semua ini.

“Abang nak benih pokok mangga… nak tanam sendiri”, gurauku
terhadap ajak2 ayam ibuku itu.

Selang beberapa jam kemudian pulanglah kedua orang tuaku
membawa pelbagai pokok2 bunga dan juga benih pokok manggaku itu.

“isk.. abang gurau je la… abang maner pernah tanam2 pokok
ni”

“Mama tau la… mama saje je beli nak suruh abang berbudi pada
tanah sket”

Sumpah, seumur hidupku selama 16 tahun itu, itulah kali
pertama aku menanam sesuatu yang bersifat tumbuhan. Aku pun mula buka buku
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 adikku utk mengulangkaji kembali cara2 hendak
menanam pokok. Lantas pada ptg itu juga, aku berjaya menanam pokok pertamaku
itu. Dalam hatiku berketawa sinis..

“Huh… macam la boleh tumbuh…”
Tak ku sangka.. dalam berberapa minggu, benih itu mula
menampakkan tunas nya. Hatiku bukan main kepalang dengan perasaan yang
bercampur baur. Gembira, hairan dan tidak melampau jikaku katakan sayang. Aku
jaga pokok itu sehingga usianya barangkali kanak2 di dunia tumbuhan.

Sehinggalah tiba waktu aku sekeluarga bersiap hendak pindah
ke kediaman baruku di salah satu bahagian daerah Selangor itu.

“Abang taknak ke bawak sekali pokok mangga abang tu? Akar
dia masih lembut lagi… boleh lagi kalau nak berpindah ni..”

“Isk.. mama ni.. abang sayang sangat pokok ni.. kalau abang
cabut balik.. mati la dia…”

“Kang abang rindu2 lak kang….”
“………”

Seraya itu, kami sekeluarga berpindah tanpa meninggalkan
apa2 dibelakang… kecuali beberapa perabot usang dan juga pokok mangga
kesayanganku.

Tiit tiit!! Telefon mudah alih Sony Ericsson W910i yang dilengkapi dengan HSDPA serta setting 3G-ku berbunyi menandakan terdapat satu Khidmat Pesanan Ringkas masuk.
“Ada x surat tuk mama or papa? Balik cepat tau…”
Aku matikan pemain video masa lampau di dalam
kepalaku ini. Aku keluar daripada keretaku. Aku rapati pokok kesayanganku itu.
Pokok itu masih lagi cantik… lebih cantik keadaannya berbanding 5 tahun dahulu.
Dahannya besar dan kuat. Pokok itu membuahkan mangga2 yang cantik dan enak
dipandang. Aku petik buah2 itu sehingga cukup dua plastik besar. Aku cuba sebiji.

“ Sayang, walaupun aku dah tinggalkan kau sejak sekian
lamanya… Kau tetap hasilkan buah2 yang sedap untuk aku… Aku kagum dengan
kesetiaan kau ”, hatiku berbisik seakan benar2 berkomunikasi
bersama tumbuhan itu.

Andai kata aku ikut apa yang ibuku suruh dahulu, pastinya
pokok mangga itu masih subur dan lebih dekat bersama di kediaman baruku itu.
Kini, segalanya sudah terlambat. Sejauh mana pun aku menyayangi pokok itu,
sejauh mana aku inginkan buah2nya yang enak lagi manis itu. Aku tidak dapat
membawanya pulang kepadaku. Akar2nya sudah cukup kuat mencengkam tanah. Ku
dapati semut2 merah bersarang di atas pokok itu. Mungkin merekalah yang
menjaganya selama ini.

Bolehkah semut2 ini menjaga kesayanganku ini? Sampai ajalnya
tumbuhan itu? Aku noktahi segala persoalan itu di atas tangan Tuhan. Dia lah yang
Maha Mengetahui Segalanya.

Aku masuk kembali ke dalam keretaku. Hidupkan enjin dan
terus meninggalkan rumah usang bersama pokok mangga kesayanganku
itu….sekali lagi.


moral: dalam hidup ini.. kita perlu membuat keputusan… buatlah dengan tepat sekali.. jgn menyesali nnti…


p/s: So, how was it? hehe.




2 comments:

bukankosong said...

melihat & mengenang pada yg lepas sesekali best

apatah lagi kalau itu yg termanis sekali

KUFAZ said...

btul tu bro... :)
teringat masa tu masih budak2 lagi dalam dunia blogging.. haha..

Let's Interact!

me>