Aku baru je baca satu artikel daripada Blog Mazeer yang membuatkan aku pelik dan hairan terhadap kesan elaborasi masyarakat terhadap kaum yang dibelitkan dengan agama supaya mendapat keselesaan sendiri.
Ok, for the record, aku bukan seorang homophobic yang anti terhadap kaum homoseksual kerana bagi aku mereka bukan untuk ditentang. Tapi dibimbing dalam mengatasi kekhilafan mereka. Allah tidak kejam dengan mencipta golongan-golongan sebegini dan aku percaya Dia mempunyai agendanya tersendiri. Kalau tak, Dia tiada sebab mencipta mereka pun.
So, this is the artikel:
MASJID KHAS UNTUK GOLONGAN GAY AKAN DIBUKA | Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid.
Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini.
Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.
Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.
“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.
Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan.
Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”
Ye, aku tau. Di sinilah masanya anda semua akan berkata "WTF"? Dan aku akui, aku juga secara spontan bereaksi begitu tadi. So, chill.
Bagi aku, untuk diterima masyarakat, separation bukanlah satu langkah yang bijak. Crowd should be mix. Jemaah perlu disamakan dalam satu saf. Yang membezakan adalah jantina antara lelaki dan wanita. Haram tetap haram. Mereka melakukan ini adalah kerana tidak tahan dengan serangan phycology yang dilontarkan oleh golongan homophobic yang cepat betul jatuhkan "laknat" terhadap diri mereka tanpa menghayati keperitan sebenar yang mereka rasa.
Bila sudah separate, mereka tend untuk mengubah hukum-hakam yang telah dilanjurkan dalam agama untuk keselesaan mereka. Dan ini akan mengakibatkan penyesongan akhlak kerana landasan agama itu sendiri telah dilenturkan. Bayangkan lah mereka ingin menghalalkan perkahwinan sejenis yang secara terang-terangan haram dan menjadi kemurkaan Tuhan. Bahkan mereka juga ingin menjadikan satu saf itu bercampur antara lelaki dan wanita. So, adakah mereka juga akan mencipta satu lagi mazhab sendiri?
Jadi, pada pendapat aku, masyarakat sekeliling harus mainkan peranan dalam menerima golongan seperti ini dan melayani mereka seperti orang normal. Bukan alien yang dipandang berdosa walhal bukan salah mereka pun dilahirkan begitu. Jangan asingkan mereka dan jangan berdiskriminasi. Kita harus membimbing mereka dan mereka juga harus menyesuaikan diri dan harmoni bersama ajaran-ajaran agama yang sewajarnya.
p/s: Hm... Nanti kalau aku pergi France, takkan kena tengok masjid mana boleh solat dan mana tak kot?
No comments:
Post a Comment