14 December 2012

Goodbye Piala AFF Suzuki


Hm... what can I say? Ia pahit tapi itulah kenyataannya. Pasukan Malaysia tidak mampu mempertahankan gelaran kejuaraan lantas tunduk mengundurkan diri setelah di sepak keluar oleh Sang Gajah Putih.

Well, aku bukan nak menulis untuk mengulas perlawanan separuh akhir kedua di antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Bangkok malam tadi cuma nak luahkan rasa yang ada dalam benak dada aku ni. Well, bagi aku, sesebuah pasukan itu mampu bersaing atau menjadi hebat apabila kuat kepada faktor yang pertama yang WAJIB dititik beratkan iaitu mentaliti. Seandainya mentaliti down, maka seluruh organisasi atau pasukan akan turut serta sekali.

Ada yang cakap terdapat permainan kotor pihak lawan dalam menjatuhkan moral pasukan negara tetapi pada aku, itu mungkin pemangkin, tetapi parahnya berpunca daripada jati diri pemain Malaysia sendiri. Iye.. aku tahu betapa teruknya layanan Thailand terhadap pasukan negara sebagai tetamu mereka dengan menyediakan padang dengan permukaan yang teruknya, tiada fasiliti yang sesuai untuk kem negara menjalankan latihan sebelum perlawanan dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak meruntuhkan moral para pemain termasuk jurulatih. Belum dicampur adukkan dengan kecederaan tonggak-tonggak utama skuad negara.


Walau macam mana pun, kekalahan pasukan Harimau Malaya terhadap Thailand berpunca lain daripada itu. Aku setuju dengan apa Kampung Chelsea cakap dalam page Facebook nya bahawa kekalahan itu berpunca daripada mentaliti yang lemah dan disiplin yang kurang di kalangan para pemain. Di bawah merupakan quotes yang aku petik direct daripada beliau:

"Jika beraksi 11 orang pun, adakah Malaysia boleh menang & layak ke final ? Aku rasa tak. Dengan bahagian defends yang teruk, midfield yang tidak berfungsi, striker yang flop (safee sali), Malaysia takkan menang AFF Suzuki, sekalipun kalau layak ke final. Jika nak jadi juara, first point is mentaliti kena kuat, disiplin harus ada. Kedua, kena pandai guna advantage pada home leg, which means di tempat sendiri patut menang 1-0/2-1 supaya dibawa bekal ke Bangkok. Tapi dua point itu Malaysia failed. Ditambah pula taktikal Gopal yang hampeh. Dia tidak ada idea untuk fresh up corak permainan malaysia tatkla malaysia beraksi 10 orang. Apa yang menyelamatkan Malaysia untuk berada di separuh akhir ialah kerana berkat dari kombinasi Mahali-Wan Zack. Player lain semua main macam bangang." - Kampung Chelsea.

Walaupun agak pedas komen daripada beliau, tapi ada asasnya juga. Skuad negara selepas menjadi juara Piala AFF Suzuki dulu, seolah-olah "lupa diri". Semua bajet macam star je. Semua berlagak macam hebat. Propaganda sana sini. Kontroversi sana sini. Tapi atas padang main macam budak sekolah rendah. Takde the cutting edge seperti yang ditunjuk final pertandingan yang lepas. Tu yang aku sedih tu. Nak kata skuad negara tidak mempunyai player power, semua nampaknya hebat. Saiz badan boleh challenge plater-player Thailand. Tapi, di manakah passionate tu? Semangat dahagakan kemenangan tu? Biasalah kan... dah hebat. Lupa diri.


Tapi, aku takkan salahkan 100% kepada player negara saja. Tidak adil begitu. Thailand jugak ada teruknya. Maunya tak. Skuad negara kita datang awal ke Bangkok untuk persiapan. Apa fasiliti yang diorang bagi? Padang latihan yang tiada kelas. Siap becak-becak ibarat sawah bendang. Tempat nak tukar baju takde, privasi persediaan taktik tak dapat dijalankan, in fact, nak training intensif pun tak boleh sangat takut nanti injured pulak player yang lain. Dah pulak tu, masa game tu, boleh pulak dapat reff yang nampak sangat kayunya dan asyik memihak kepada Thailand.

Walaupun begitu, pada aku la kan, player negara sepatutnya amek kekurangan yang dilemparkan oleh pihak Thailand untuk dijadikan bahan api dalam semangat untuk menghentam balik Thailand. Tapi apa terjadi? Skuad kita tunduk dan mengadu sahaja. Tapi, as a Malaysian... still selamanya.. Harimau Malaya.

p/s: Nasib baik Chelsea berjaya melangkah ke final Club World Cup... kalau tak, double sedih ini hari.

No comments:

Let's Interact!

me>