29 January 2013
Resipi: Simple Western Dinner (Lamb Chop)
Kita sering mendambakan makanan yang sedap tapi cukup malas nak buat atau agak mahal jika makan di luar. Bagi yang bujang, megi menjadi pilihan terbaik untuk jamah tapi takkan hari-hari nak ngadap megi je kan? So, di sini aku nak share cara mudah untuk nikmati masakan western di rumah dan dengan kos yang berpatutan.
Lamb Chop Black Pepper.
Bahan-bahan:
1. Lamb (Bahagian bahu).
2. Sos black pepper.
3. Planta.
Cara Penyediaan:
1. Bahagian lamb tadi, anda kena basuh dulu dengan perahan air limau (kasturi ataupun nipis) untuk sikit sebanyak hilangkan bau lamb itu yang hanyir.
2. Selepas dah dibasuh, marinate lamb tersebut dengan sos black pepper dan simpan dalam peti ais semalaman. Kalau 2-3 malam lagi baik.
Cara masak:
1. Ada beberapa cara nak masak. Boleh pakai BBQ set, Oven, atau kuali. So, aku agak rajin sikit, aku gunakan kuali (lagi best kalau yang jenis leper tu).
2. Masukkan sedikit planta ke dalam kuali dan biarkan ia cair dengan api sederhana.
3. Masukkan sos black pepper ke dalam kuali dan gaul supaya rata di permukaan kuali itu.
4. Masukkan lamb tadi dan salai kan di kedua-dua belah sehingga cukup masak. Letak extra sos black pepper di kedua-dua belah supaya ia soak ke dalam lamb tu. (Untuk kepastian samaada dah masak ke belum, bolehlah pakai garfu dan cuba cucuk-cucuk lamb itu.)
5. Selepas masak, angkat dan hidang.
Cara penyediaan:
Cara penyediaan ni actually ikut suka hati korang. Macam aku ni, aku buat scramble egg untuk side dishes dia dan ayam BBQ sekali. Ada yang gemar goreng hotdog, nugget, french fries atau buat coleslaw. Haa.. suka hati lah ye.. yang nak makannya korang jugak. Hehe.
Selamat mencuba!!
p/s: Hehe. Lepas ni memang tak makan kat luar la. Buat homemade je.
23 January 2013
Birthday Celebration
Well, agak lama aku tidak update channel ni kan. Haha. Been busy with stuff and all. With me sitting in the concierge where my department been transferred, I guess I can now blogging normally. Just to tell you guys, I'm had slightly off in health recently to gain any sort of inspiration but now I'm feeling fine.
For your info, pada pertengahan bulan ni, hari jadi aku dan isteri aku berlangsung. Hehe. Yup, tau macam budak-budak bragging. Bukan kami je, anak buah aku serta biras aku pun sekali. So, dah alang-alang, kami buat celebration untuk kami semua dalam satu hari tu.
Kami adakan event celebration yang kecil je antara family members. Dan ia best sangat. Semua participate untuk menjayakannya. Aku seperti biasa, menggunakan skill aku yang hebat ni marinate ayam serta lamb untuk di bakar dan di salai. See? Nampak tak bragging lagi di situ? Haa.. saje je tu. Dan yes, abang ipar aku salai lamb tu sangat terbaik. Menjadi hot dishes untuk gathering tu. Ehem... my BBQ chicken was not bad either ok.
And of course, when birthdays, there are always cake for that. Cake kami dibeli oleh adik isteri aku dan ia sangat unik. Banyak lilin untuk declare new age for 4 of us. We sing and eat happily.
Sampai ke penghujungnya, tibalah masa pemberian hadiah-hadiah. Guess what did my wife gave me? A set of dumbell. Haha. Memang aku menginginkan pun. Dan aku hadiahkan dia sebuah jam tangan untuk aktiviti outdoor. Sweet kan? Di samping tu aku juga menerima selipar Flipper dari family members yang lain dan isteri aku menerima baju yang cantik. For anak buah aku tu, beliau terima hadiah yang banyak. Antaranya skateboard, color pencil, marshmallow dan sebuah tupperware ko kalau aku tak silap.
Anyway, it's been fun and hope birthday yang lain akan dibuat lebih meriah lagi. Hehe. Thank you guys!
p/s: Thanks to those who wished too! Love you guys!
15 January 2013
Kentut Di Muka!
Ok. Cerita ni agak lama dan still aku rasa ia sangat kelakar. Dalam banyak-banyak faul yang menyebabkan pemain bola sepak itu menerima kad kuning atau merah daripada pengadil, faul kali ini sangat unik. Insiden ini berlaku pada tahun 2009.
Ia berlaku dalam perlawanan liga Portmouth Sunday League antara AFC GOP menentang Apsley House. Pemain senior AFC GOP, Levi Foster sedang memastikan tali kasut but beliau diikat dengan kemas sebelum perlawanan dimulakan. Apabila beliau menunduk untuk menengok ikatan but itu, beliau tiba-tiba terlepas satu das kentut yang power betul-betul di muka pengadil perlawanan, Bunny Reid.
Bunny Reid pada mulanya menggangap ia merupakan satu tindakan yang sangat offensive dan ingin memberi kad merah terhadap Levi walaupun perlawanan belum dimulakan lagi. Namun, beliau hanya memberi kad kuning sahaja setelah Levi berjaya memujuknya mengatakan ia merupakan honest mistakes. Rakan-rakan pasukan serta pihak lawan ketawa terbahak-bahak tercuit dengan insiden tersebut.
Levi Foster juga ditabalkan sebagai Man of Match perlawanan tersebut di atas prestasinya membantu AFC GOP menewaskan musuh tradisi mereka itu 5 - 0.
Dalam temu-ramah selepas perlawanan itu, Levi mengatakan,
"Saya makan kari malam semalam".
p/s: Gila tak senonoh. Hahaha!
14 January 2013
Zombies everywhere... Run for your life!!
Dalam banyak-banyak hantu dan villains yang terdapat di dunia ni, personally aku suka gila kat zombie. Walaupun secara teknikalnya mereka bukanlah "hantu" di mana mereka lebih tepat dikategorikan sebagai desease infected creature, tapi ia lebih baik berbanding vampire, were wolf dan sebagainya. So, korang by now tahu la kan yang aku ni bukan peminat Eclipse trilogy seperti peminat-peminat mereka yang lain di luar sana. Hehe.
So, dalam kembara aku dalam menengok video-video Youtube, aku terjumpa pulak video zombie prank ni. Harap korang suka. Hehe. Terbaik!!
p/s: Ada satu kes di Miami di mana polis telah menembak seorang yang gila makan muka mangsanya dan terus-menerus makan walau sudah ditembak sebelum beliau mati. Memang stail ala-ala zombie punya. Mungkin sebab tu la yang buat penduduk di Amerika dalam ketakutan kot.
Video 1
Video 2
Video 3
Subscribe to:
Posts (Atom)














