29 January 2013

Resipi: Simple Western Dinner (Lamb Chop)


Kita sering mendambakan makanan yang sedap tapi cukup malas nak buat atau agak mahal jika makan di luar. Bagi yang bujang, megi menjadi pilihan terbaik untuk jamah tapi takkan hari-hari nak ngadap megi je kan? So, di sini aku nak share cara mudah untuk nikmati masakan western di rumah dan dengan kos yang berpatutan.


Lamb Chop Black Pepper.

Bahan-bahan:

1. Lamb (Bahagian bahu).
2. Sos black pepper.
3. Planta.


Cara Penyediaan:

1. Bahagian lamb tadi, anda kena basuh dulu dengan perahan air limau (kasturi ataupun nipis) untuk sikit sebanyak hilangkan bau lamb itu yang hanyir.
2. Selepas dah dibasuh, marinate lamb tersebut dengan sos black pepper dan simpan dalam peti ais semalaman. Kalau 2-3 malam lagi baik.

Cara masak:

1. Ada beberapa cara nak masak. Boleh pakai BBQ set, Oven, atau kuali. So, aku agak rajin sikit, aku gunakan kuali (lagi best kalau yang jenis leper tu).
2. Masukkan sedikit planta ke dalam kuali dan biarkan ia cair dengan api sederhana.
3. Masukkan sos black pepper ke dalam kuali dan gaul supaya rata di permukaan kuali itu.
4. Masukkan lamb tadi dan salai kan di kedua-dua belah sehingga cukup masak. Letak extra sos black pepper di kedua-dua belah supaya ia soak ke dalam lamb tu. (Untuk kepastian samaada dah masak ke belum, bolehlah pakai garfu dan cuba cucuk-cucuk lamb itu.)
5. Selepas masak, angkat dan hidang.


Cara penyediaan:

Cara penyediaan ni actually ikut suka hati korang. Macam aku ni, aku buat scramble egg untuk side dishes dia dan ayam BBQ sekali. Ada yang gemar goreng hotdog, nugget, french fries atau buat coleslaw. Haa.. suka hati lah ye.. yang nak makannya korang jugak. Hehe.

Selamat mencuba!!


p/s: Hehe. Lepas ni memang tak makan kat luar la. Buat homemade je.

1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

akan makan diluar jika ade yg nk blanja...hihihi

Let's Interact!

me>