Bukan apa, sejak kebelakangan ni aku tengok prestasi team kesayangan aku ni sangat-sangat merudum dan ia menyedihkan diri aku. Mula-mula kalah kepada kelab tercorot Queens Park Rangers kepunyaan Tony Fernandes 1-0. Lepas tu ok kejap belasah Southampton 5-1. Lepas tu kalah pulak kepada Swansea 2-0 dalam pertandingan Piala FA. Kalah tu satu hal la. Tapi ditempat sendiri pulak tu. Adoii.
Ye, memang betul tak semua pemain perfect. Dan ada kalanya akan flop pada satu match. Sedangkan pememangan anugerah Ballon D'Or, Lionel Messi pun ada masanya macam kambing jugak main. Dan ini yang telah berlaku kepada Branislav Ivanovic dalam perlawanan menentang Swansea tu. Ramai yang menyalahkan dia. Bagi aku, ia maybe betul kesalahan dia dan dia sendiri pun dah minta maaf mengenainya tapi pada hemat aku, orang yang betul-betul perlu dikritik adalah Rafa Benitez dan juga anak kesayangannya Torres. Defisit gol yang ditanggung takkan beri apa-apa impak jika striker mampu score 3 - 4 gol.
Pada aku, Fernando Torres sudah lepas zaman kegemilangan dia. Sangat jauh sejak akhir-akhir sisa masanya dengan Liverpool lagi. Dia bukan Raul Gonzales. Yang walaupun berumur, masih ada flair tu lagi. Tempoh developement dia dah tamat dah. Sepatutnya dah join team liga-liga rendah atau divisyen bawah. Di situ dia boleh menyinar.
Chelsea baru je beli penyerang yang bagi aku memang patut bermain sentiasa dalam first eleven. Beliau adalah Demba Ba. Beliau tidak memerlukan 11 game untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea. Debut game pun dah score dua. So, seandainya ada striker yang boleh jaringkan gol, why turunkan striker yang suka bersiar-siar atas padang?
Aku tengok perbezaan antara Torres dan Ba ni dan boleh nampak faktor-faktor prestasi masing-masing. Macam Demba Ba ni, beliau datang dari satu family yang susah. Dia seorang muslim dan keluarganya kerap ditindas di Senegal. Beliau bermain bukan sekadar passion dia sahaja. Tapi beliau ingin naikkan taraf hidup dan tolong family-family yang rely pada dia. Bukan sekadar menjadi star sahaja. Manakala Torres pulak, dia sememangnya dah kaya. He have nothing to lose. Ada bini yang lawa dan anak yang comel dan account bank yang sangat-sangat sarat dengan pound Sterling. Apa yang nak dia rugikan? Itulah salah satu faktor yang tampak antara mereka berdua. Yang mana ada motivasi untuk menjadi terbaik dan yang tidak.
Mungkin juga Rafa Benitez takut untuk simpan Torres sebab pemain tu merupakan pelaburan paling besar pemilik Chelsea, Roman Abrahamovic. Takut seandainya beliau juga menerima nasib yang sama seperti Roberto Di Matteo. Beliau taknak aset beliau tu disia-siakan begitu sahaja. Tapi dia tak nampak ke yang disebabkan seorang pemain flop tu dah berapa ramai dia pecat untuk naikkan balik form yang tak mungkin ada tu? Berapa banyak clause berjuta-juta yang dia terpaksa tanggung dengan pemecatan tu? Bagi aku tu bukan satu langkah yang bijak dengan tukar-tukar manager semata-mata seorang pemain.
Kalau macam ni la keadaan nya, Chelsea tak mungkin akan konsisten bila-bila pun. Yang pastinya episod sama berulang-ulang setiap musim. Hot form pada awalnya, pastu merudum jatuh ditengah-tengah. Dihujung musim pulak jenuh mengejar target-target kelab. So, fans-fans yang dok support Torres ni patut boleh fikir dah sebenarnya. Bukannya kita tak bagi Torres peluang. Tapi apa yang dia buat dengan peluang tu?
TORRES WAJIB DIJUAL SUPAYA VIRUS KEJATUHAN PRESTASI PASUKAN BOLEH DIHAPUSKAN.
Sekian.
p/s: Dalam wallet aku sekarang ada RM10. Boleh beli Chelsea tak? Geram pulak aku tengok management yang ada sekarang ni.
3 comments:
Rafa tetap akan dipecat juga akhir musim nanti, tak kira sama ada beliau mainkan torres atau tidak.Rafa senditi tahu perkara itu. Mainkan lah Ba tiap2 game, dah bulan 1 ni, Roman takkan pecat punya..apa dia boleh buat akhir2 musim ni.
p/s : aku harap owner city itu beli chelsea..pak arab biasanya tak ganggu keje2 manager. tgk mancini, 3 musim berturut-turut failed dalam kompetitif eropah tapi tak dipecat.
Betul tu... bukan kita tak pernah ada manager hebat2... AVB, JM, even CA pun aku tgk mampu bina satu skuad tapi owner kita ni lebih kpd result berbanding masa depan... so.. tak kira la apa jasa manager tu, kalau result tak ngam kat mata dia je... mmg kene tunjuk pintu keluar la nampaknya....
ha'ah, ia lebih kepada result berbanding masa depan..
macam musim lpas, drogba yg lebih banyak main daripada torres & dapat result gempak, manager tetap akan safe juga.
Post a Comment