10 January 2013
Break Time
Yeah.. it's good to be be back. Actually, aku agak kesibukkan sikit sejak kebelakangan ni. Bukan kerja ke apa ke, tapi masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan. Masalah yang paling aku tak gemar. Huhu. Tapi nak buat macam mana kan? Kalau tak sakit langsung, bukan manusia namanya kan.
Mula-mula isteri aku kena. Kesian aku tengok sampai nak tidur pun susah. So, as a husband. And a good one, kena la jaga elok-elok kan. Hehe. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, dia dah sihat balik. Then, turn aku pulak. Adoii.
Sakit aku ni lain sikit yang aku perhatikan. Dalam badan rasa panas sangat, tapi suhu pada kulit normal je. Muscle pain jangan cakap la, sampai gigil tangan aku. Tapi yet again, aku bersyukur sebab aku masih boleh berjalan dan buat kerja-kerja ringan lagi. Cuma satu la yang aku nampak, iaitu, bila aku demam je, selera makan aku memang tahap dewa. Mashallah. Boleh dikatakan ratio makan antara aku dan isteri aku 3:1.
Isteri aku bawa aku makan di KFC kelmarin, memang aku je la yang makan. Dengan set isteri aku sekali. Habis pulak tu. Ibarat macam aku makan 2 set, dan isteri aku just kacau-kacau sikit jer. Gila tak? Haha. Maybe badan aku ni yang meronta-ronta untuk disumbatkan makanan supaya cepat sembuh kot. Sebab keesokkannya, aku da dapat rasa badan aku kebah dah. Hehe. Thanks kepada isteri aku yang jaga aku baik punya. Love her very much. huhu. Kbye.
p/s: Pelik la dengan virus-virus di luar sekarang. Cepat je kena penyakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment