05 January 2013
Welcoming 2013
Well, tup-tup dah 5 hari dan berlalu dalam bulan Januari ni dan still aku terasa macam tahun 2012 berakhir semalam. Dah-dah sudah wahai diri, tiba masa untuk teruskan penulisan balik. Huhu. Biasalah, bila tiba certain time tu, tangan dan jari jemari ni rasa malas betul nak bergerak untuk menaip.
Yup, seperti masyarakat yang lainnya, aku juga meraikan kedatangan tahun baru ini di lokasi penyambutan yang dibuat besar-besaran. Nak-nak pulak, ini first time aku akan menyambutnya bersama isteri aku. Kalau dulu time-time bujang, aku biasanya pergi bersama member-member je, tapi tahun lain status nya pulak la kan.
At first, kitorang ingat nak sambut di tempat yang "kebiasaan" orang ramai berkumpul. Mana lagi kalau bukan di segitiga emas Kuala Lumpur tapi aku pulak merasa yang tempat-tempat macam tu mesti sangat-sangat crowded serta paling tak pun mesti akan terjumpa ramai orang mabuk yang berperangai ntah apa-apa. Risau jugak la kan. Diorang ni dalam hemat aku, memang takde punya nak fikir secara lurus bila tengah kepayang. So, kitorang settle down di Dataran Merdeka je.
Even di Dataran Merdeka pun, crowd dia memang sangat sesak dan diwarnai oleh pelbagai bangsa. Dan ramai jugak orang Indonesia yang ada kat sana. Bukan nak bersikap racist atau apa tapi aku rasa sangat annoy dengan warga Indonesia ni sebab diorang sambut memang macam tak pernah sambut sebelum ini. Ada yang pakai baju macam tak senonoh dan ada juga yang dalam-dalam sesak tu pekena sebatang dua rokok kretek. Adoii.. kok ye pun la kan, carik la port yang sesuai sket.
Upacara sambutan tu memang best, lagi-lagi bila kami semua disajikan oleh persembahan artis-artis baru serta nostalgia untuk menggamit suasana tapi oleh sebab terdapat crowd-crowd "batak" ni, semuanya tampak macam huru-hara. Boleh dikatakan lebih daripada separuh crowd di sana dok main kecohkan malam tu dengan bunyian sumbang vuvuzela. Aish... memang cukup menyakitkan hati tengok dia tiup tanpa irama dan sekadar membingitkan telinga. Aku tak tau dengan korang macam mana tapi aku memang anti dengan penggunaan vuvuzela sejak diperkenalkan pada World Cup 2010 di Afrika dulu. Sangat irritating dan kalau la aku ada kuasa minda, memang dan patah dah setiap vuvuzela yang ada di sana.
So, selepas habis count down, seperti biasa upacara bunga api pun dijalankan selama 10 minit. Cantik dan menarik percikan-percikan bunga api tu. Ye la kan, selalunya tengok depan tv je. So, why not sekali sekala tengok depan mata pulak kan. Haha.
Selepas itu, aku dan isteri still duduk kat situ untuk tunggu keadaan reda. At first, memang ada cuba untuk rempuh crowd untuk balik, tapi ternyata ia sangat sesak dan tak boleh nak lalu dah sebab stuck. So, kami pun lepak lagi sambil layan konsert yang diadakan di dataran tersebut. Dah tengok keadaan agak ok untuk jalan, kami pun berjalan ke pasar seni untuk ambil tren RapidKL yang beroperasi sampai pukul 2 pagi hari itu.
Dan esoknya, kami berdua bangun lewat. Hahaha.
p/s: Terasa macam remaja pulak jalan-jalan naik tren bersama isteri. Tapi kali ni lagi best. Sebab dah halal. Haha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
welcome back bro! selamat tahun baru, semoga blog anda berjaya dan suksess sekali di tahun ini... rerajin singgah blog gua okes...!
baik terry.. jgn riso... aku slalu jenguk... hehe.. :) kata blogger comrades...
Post a Comment