20 May 2014

LIBUR: The Adventure Of Kufaz & Arina (15 May 2014) - DAY 1: "The Beginning And The Agony".


Secara teknikalnya, backpacking bererti "rumah di belakang badan". Manusia pertama yang membuat backpacking adalah manusia di selepas zaman batu yang hidup secara nomad di muka bumi ini. Mereka terpaksa berpindah randah kerana keadaan bumi ketika itu tidak stabil dan sering-kali terdedah kepada bahaya di tempat tinggal mereka. Jadi mereka membawa "rumah" mereka bersama, dan di mana sahaja kaki mereka berhenti, maka di situlah "tempat tinggal" mereka. So, backpacking ini sebenarnya sangat berbeza dengan bercuti. Pelbagai dugaan yang akan dihadapi. Dan ia menguji diri kita sejauh mana ketahanan diri, cara kita bertindak dan juga menguji sejauh mana tahap kesabaran kita mengahadapi dugaan itu.

So, enough dengan serba sedikit mengenai sejarah backpacking ini, jom kita pergi ke trip backpacking aku dan isteri yang baru sahaja tamat kelmarin. Aku akan ceritakan by day. Entry kali ni untuk hari pertama. Nantikan untuk episod-episod lain.

At first, kami sememangnya tidak tahu nak pergi ke mana untuk backpack kali ini. Dan disebabkan oleh dah lama tak buat backpacking, aku decide untuk jelajah ke selatan iaitu PD dan Melaka. Ia memandangkan PD dan Melaka merupakan tempat yang kami familiar dan andai apa-apa berlaku, kawasan di situ kami kenal (Ye la kan, dah banyak kali jejak sana).


DAY 1 (15 May 2014): "The Beginning And The Agony"


So, kami mulakan perjalanan dengan park kereta di rumah abang ipar aku di Wangsa Maju dan berjalan ke station LRT Sri Rampai. Cuaca agak baik, tidak terlalu panas, tapi juga sejuk. Just nice. Kami terpaksa bertolak sebelah tengahari sebab ada beberapa urusan perlu diselesaikan di bank. Dengan menggunakan LRT, kami jejakkan kaki di KL Sentral di mana kami lihat dan pilih destinasi kami yang seterusnya. Setelah melihat jadual tren dan kos, kami berpendapat bahawa, naik tren ke Seremban dan seterusnya ke PD pasti seronok dan itulah yang kami buat. Kami menunggu selama setengah jam di stesen KTM itu. Komen aku, KTM perlu ambil kira untuk menyediakan lebih banyak kerusi untuk para penumpang yang menunggu tren. Dah la setiap tren tu lambat sampai.. Tiada tempat duduk, jadi bagi backpackers yang bawak banyak barang pasti mempunyai mempunyai sedikit kesukaran untuk letak beg atau rehat memandangkan orang yang menunggu di situ pun bukan sedikit. Sesak juga.

Perjalanan KTM dari station KL Sentral ke Seremban mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Terdapat beberapa station yang perlu dilepasi dan KTM juga bergerak perlahan. Tempat duduk takde, so, kami berdirilah sampai penumpang ramai turun di station Bangi, barulah dapat seat. Selepas sampai je kat station Seremban, memang takde benda yang dicari lagi selain makanan. Lapar siot perut naik tren. So, ada la gerai makan kat station tu. Aku makan kuey teow dengan sikit lauk paru dan minum sirap manakala wife aku makan nasi putih lauk rebung daging gulai lemak dengan air sirap jugak. Semuanya RM15. So, apa pendapat korang tentang harga tu? Standard ke mahal?


Takpe la. Nak-nak kami pun tengah travel, so ia adalah satu pengajaran untuk mengenali jenis makanan dan harga di tempat kami pergi. Selepas menjamah makanan tu, terus kami ke Terminal One Seremban untuk mencari interchange bus ke PD. Kat situ sangat tidak menyegarkan. Terasa macam kat Pudu Raya. Udara penuh asap bas, keadaan bangunan kotor dan berdebu sehingga dalam hati ini terasa macam kalau boleh cepatlah dapat bas untuk ke PD. Rimas kulit ni berada kat sana. Haha. Bas ke PD berada di platform 18 dan of course, ramai orang nak ke PD time tu, so bersesaklah kami semua ni untuk naik bas. Dan Alhamdulillah.. dapat seat paling hujung sekali. Wife aku dah agak penat, so beliau tidur di sisi sambil aku cuba untuk carik-carik signal internet untuk update perjalanan kami masa tu. Dan setelah sejam berlalu, akhirnya kami sampai di terminal bas Port Dickson.

Di situ dah malam. Lebih kurang jam 8 malam. So, kami pun first carik dulu refreshment untuk bekalkan kami tenaga untuk perjalanan seterusnya. Tak jauh daripada terminal itu, terdapat sebuah medan selera yang berhampiran dengan jeti tempat bot park. Ia dinamakan Benteng Malam. Kat situ terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh para peniaga di sana. Korang boleh dapat Char Kuey Teow, Sate hingga ke bubur ayam di sana. Pelbagai jenis makanan pada harga yang sangat berpatutan. Tapi oleh sebab perut masih lagi kenyang dengan makanan yang di makan di station KTM, kami decide untuk minum sahaja. Selepas itu, setelah meneliti Google Map, kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan kami ke Teluk Kemang. Niat di hati nak bermalam di kem site yang popular di kalangan campers. Tempat tu bersebelahan dengan Royal Port Dickson Yatch. Kat situ jugak terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilepak bersama.

So, semasa berjalan tu, pelbagai benda kami jumpa. Antaranya bangunan-bangunan usang yang ditinggalkan. Nampak memang sangat mengerikan. Pelik juga, sebab kalau naik kereta, kenapalah boleh tak perasan bangunan-bangunan ni? Ada yang nampak sangat lama dari segi tinggi lalang dan semak samun yang ada serta style bangunan itu sendiri. Dan lagi benda yang buat aku pelik adalah Port Dickson sewaktu malam memang sunyi. Mati. Tiada life. Ibarat tempat terbiar je. Tapi malas nak berfikir bukan-bukan, so kami teruskan perjalanan kami. Mengikuti Google Map, untuk sampai ke sana, ia memerlukan masa 2 jam setengah untuk sampai. Tapi how come setelah 2 jam berjalan, still tak nampak kelibat Teluk Kemang lagi? Adakah kaki kami mulai perlahan? Dan lenguh? Kami tak hiraukan perasaan itu. Kami teruskan jugak.

Sampai di Avillion Hotel, kedengaran bunyi performance dari sebuah konsert. Ingatkan betul la konsert di situ rupanya bukan. Ada annual dinner syarikat mana ntah tengah berlangsung kat situ. Yang bestnya, hadirin majlis tu ramai dah keluar dah. Maybe sebab dah habis kot tapi yang paling jelas sekali time tu adalah kelibatnya bau alkohol di situ. Pergh... malas nak amik port, kami just teruskan perjalanan yang semakin lama semakin "makan" kaki kami. Backpack yang pada awalnya terasa tak berapa ringan di belakang, dah jadik seakan batu. Memamah bahu kami sikit demi sedikit. Kaki ini terasa girang untuk berjalan kerana masih lagi membayangkan betapa seronoknya apabila sampai di tapak camping nanti.


Kami sempat berehat sekejap di Corus Hotel. Kat parking lot sana untuk refresh diri kami. Makan Choco Oat yang dibawa dan snap video untuk update di Facebook. Sambil berehat tu, dapat dilihat suasana hotel Corus yang sememangnya elegan dan tenang. Di langit kelihatan ada petir. Tapi belum ada angin lagi untuk menunjukkan hujan bakal turun tak lama lagi. So, langkah kaki dipercepatkan lagi untuk sampai ke destinasi.

Akhirnya selepas 2 jam setengah berjalan, kami sampai juga di tapak kem itu. Tapi apabila sampai di sana, perasaan kami gundah sebab tiada seorang pun yang berkhemah di sana. Gelap gelita dan sunyi sangat. Tiba-tiba aku diselubungi perasaan yang buat aku resah gelisah dengan keadaan ini. Bayangkan... Di sana tinggal kami berdua sahaja di jalanan. Tiada kereta yang melintas sana sini. Semua nampak macam tempat yang telah diserang zombie. Suram je tengok Port Dickson time malam. Masa itulah kami decide untuk berehat di satu restoran makan di sana dan order air epal dan carik mana-mana tempat tinggal yang ada di situ menerusi Agoda. Dan ye... aku akui, Maxis di bandar adalah juara. Tapi di Port Dickson, MAXIS ADALAH TAHI. Line sangat teruk. Signal sangat rendah dan kadang-kadang takde langsung. Memang bullshit bila fikir balik. So, terpaksa la jugak layan line internet yang sangat lembab macam siput tu untuk check availablity mana-mana tempat tinggal di sana.

Dalam lembab line tenet tu, dapat jugak satu hotel yang bagi kami berpatutan. Lagipun kami nak tinggal satu malam ni je. Esok nak gerak dah. Nama hotel itu adalah Hotel Suria. Dan aku nak sarankan kat korang, jangan sesekali pergi ke Hotel Suria. No. Never. Sebab apa? Well, meh aku ceritakan.

Selepas dapat contact number hotel tu, aku terus call. Seseorang dihujung talian dengan jawab. Suara pun tak berapa nak ceria. Pada hemat aku, maybe dia penat nak-nak aku pun call dah pukul berapa kan? Tengah malam lebih kurang jam 12 tengah malam time tu. So, beliau pun cakap kat hotel tu terdapat lagi bilik yang berharga RM65 yang mempunyai double bed. Aku tak kisah single ke doublebed ke, yang penting, aku kena bawa wife aku ke tempat yang lebih selamat untuk bermalam. Itu je prioriti aku. So, setelah beliau cakap beliau tunggu, kami pun set balik perjalanan ke sana. Mengikut Google Map, dari tempat kami ketika itu, Hotel Suria berada 7,8km ke arah bandar. Ia juga disahkan oleh reception Hotel Suria itu. Ini bermakna kami terpaksa patah balik ke sana.

Bayangkan ye, dalam keadaan sunyi, gelap, tiada bas atau teksi dan jauh diwaktu malam, kami berdua je jalan di situ. Jalan satu straight line menuju ke destinasi yang ditunjukkan dalam Google Map. Sambil berjalan, terjumpa jugak Motel berdekatan tapi Motel tu agak mahal. Ye la kan, nak-nak berada di tepi laut. Of course la harganya begitu. Padahal Motel tu pun buruk je sebenarnya. Takde grand pun. Reject! Kami pandang ke depan dan cuba sedaya upaya untuk bergerak laju. Kaki kami berdua dah mula rasa sakit berjalan. Nak-nak badan ketika tu tengah tampung keberatan backpack. Takpe... kami just tak hiraukan. Kalau tak, tak sampai-sampai la nanti.

Sunyi sahaja Port Dickson.

Kami telah berjalan 7 km ke sini, dan kini kena harung 7 km ke belakang balik. Kalau semasa datang tadi kami ambil masa 2 jam, kini bayangkan kalau dengan keadaan kaki dah out of performance. Mesti ambil masa lebih lama kan? So, aku tak tahan tengok wajah wife aku yang ketika itu tengah tahan sakit tapi push lagi untuk berjalan. Aku hentikan perjalanan sebentar di satu tembok yang terdapat di satu restoran yang sudah tutup. Mengikut Google Map, kami sudah pun separuh perjalanan ke hotel itu. Aku keluarkan medic kit dan spraykan ubat otot ke kaki wife aku. Aku urut kakinya supaya tak alami shock atau kejangan sebab kami berjalan tidak henti. So, aku telefon kembali Hotel Suria untuk update keberadaan kami ketika itu. Suara reception Hotel Suria memang sangat jelas tak senang. Masa tu dah pukul 1 pagi. Kami dah separuh perjalanan. Beliau seakan-akan tidak sabar nak balik, dan bercakap kalau nampak hotel ke along the way, check in je la. Aku pun bagitau la dia, yang hotel yang lain semuanya mahal harganya. Hotel yang lain not available. Kami dah tiada tempat lain nak pergi lagi kecuali hotelnya. So, beliau cakap...better sampai sana sebelum pukul 2. Sebab dia nak tutup office katanya. Aku pun rayu kat dia supaya tunggu la sekejap lagi. Kami backpacking ni. Of course la akan ambil masa yang lama sikit sebab berjalan. Teksi, bas pun takde masa tu. Dia just cakap, "Pukul 2".

So, aku lihat sekeliling. Tiada option. Port Dickson sememangnya sangat suram waktu malam. Tiada kereta lalu lalang. Kalau ada pun sekali dalam 15 minit. Mat-mat motor tengah nak merempit banyak la. Kereta polis peronda pun tak lalu. Bahaya kalau kami stay ni. Dalam kepala terbayang benda-benda negatif. Takut kena samun, rompak or even culik oleh mat-mat rempit. Ikutkan penat, memang la darah cepat naik. Dan sesiapa nak buat hal memang kena punya. Tapi syukur aku masih berfikir rasional. Mat rempit biasa datang dengan pack. 4 - 5 motor sekali. Kalau satu motor ada dua, so, ada 8-10 orang. Kalau seorang dua tu, rasanya boleh handle lagi. Tapi ni kalau dah 10 orang, dalam keadaan kaki dan badan sakit, nak lari pun tak boleh. Tak kiralah baran macam mana sekalipun, tak mungkin akan dapat overcome mereka yang jauh lebih segar dan punyai transport. Dan maybe juga bersenjata! Nak jerit, takde siapa di situ. Nak lari, tiada tempat nak sembunyi. Polis takde lalu lalang. Even pondok Polis pun tiada orang. We are helpless. So, that's why aku sarankan wife aku keep on moving. Aku tau, kami sama-sama dalam keadaan sakit yang amat. Tapi untuk berhenti terlalu risiko. Dan risiko itu adalah sesuatu yang aku tak sanggup untuk hadapi. Lagi-lagi jika ia melibatkan wife aku. Barangkali wife aku boleh marah pada aku kerana meletakkan dirinya dalam situasi ni, tapi aku tak kira. Yang penting bagi aku ketika itu cuma satu. Misi aku bawa kami ke satu tempat yang selamat. Dan tempat tu ada lagi 4 - 5 km di depan. Dalam keadaan ini, kami hanya ada Allah sahaja untuk berserah.

Setelah 2 jam berjalan, aku melihat Google Map dan didapati kami sudah sampai ke destinasi. Tapi yang peliknya, aku toleh kiri kanan. Tiada pun Hotel Suria yang dikatakan. Di sebelah kami cuma ada kelihatan satu apartment yang gelap. Ibarat dah lama orang tinggalkan. Di seberang jalan ada kawasan perumahan pegawai kanan TNB. Aku jadi binggung. So, aku pun call Hotel Suria tu. Yes. 2 kali call, tak berjawab siap masuk fax. Sekali lagi call, engage. Kali keempat call, tak berjawab dan masuk fax. Betul tu... orang tu dah tutup ofis dia dan blah walaupun mengetahui ada 2 backpacker yang tengah on the way ke hotel dia, dalam keadaan penat dan sakit kaki serta lapar, cuma mengharapkan hotelnya sahaja untuk bermalam... dan dia boleh blah tanpa apa-apa perasaan. Yang lagi bestnya, oleh sebab beliau jugalah kami berjalan extra laju sebab takut terlalu lambat! Beliau tu sangat menyentapkan aku. Aku kecewa.

Aku tengok wife aku. Aku tau dia susah nak berjalan dah. Aku perlu lakukan sesuatu. Dalam keadaan tak tau nak pergi mana, aku seakan putus harapan. So, aku decide untuk pergi ke arah post pengawal yang terdapat di kawasan perumahan tu untuk bertanya arah. Aku tanya lokasi Hotel Suria tu di mana sebenarnya. Dan syukur, pengawal yang aku jumpa tu baik orangnya. Orang muda tapi lembut percakapannya. Dia bagitau hotel tersebut ada lagi 3 km di depan. Dan jangan gunakan Google Map sebab kadang-kadang Google Map ni tak boleh dipercayai. Aku setuju dengan saranan beliau. Aku bertanyakan kepada beliau jika beliau tahu mana-mana tempat yang boleh kami bermalam dan murah. Sekadar untuk lepaskan lelah sahaja untuk malam tu.

Penyejuk mata di kala keletihan. Lokasi: Port Dickson

Beliau pun tunjuk ke arah bangunan di belakang kami. Bangunan apartment yang aku katakan ibarat apartment terbiar tu! Beliau cakap, itu adalah homestay murah sebenarnya. Satu malam rm70 sahaja. Aku amati beliau betul-betul. Tak sure dengan apa dia cakap. Last-last pengawal tu bawa kami ke sana sendiri dan berurusan dengan penjaga tempat tu memandangkan mereka berdua kenal sesama sendiri. Dan ye, kami dapat tempat selamat untuk malam ini. Satu apartment. Satu malam RM70. Tak tau la kalau itu harga sebenar atau harga kaw-tim mereka tapi sekurang-kurangnya misi aku bakal tercapai untuk malam tu, so aku tak kisah sangat pasal hal tu. Nak-nak harga tu still dalam range kami.

Melihat kepada keadaan apartment tu, ia nampak sangat usang. Walaupun kami dah sampai ke tempat yang selamat, aku masih belum "guards down". Still ada spekulasi terhadap tempat ni. Maunya tidak. Ia seperti apartment dah lama gila kena tinggal. Hampir sama macam Highland Tower dari jauh. Ada beberapa area takde lampu pun. Sangat buruk. So, sampai sahaja ke bilik, bayar penjaga tu, dan kami mula rehat sehabis-habis rehatnya. Penatnya badan hanya Allah sahaja tau. Aku lihat jam ketika itu... sudah pukul 2.30 pagi. Gila. Tak sangka adventure backpacking kami ni sudah kick off cabarannya pada hari pertama lagi! Syukur sebab kami selamat untuk malam ni. Dan kami pun akhiri hari pertama backpacking ini di atas katil di Apartment Sunshine Bay.

Nantikan episod: Day 2, esok!


2 comments:

Unknown said...

Salam saya nak tanya, ada tak bas yang menghubungkan antara terminal bas pd ke avillion resort?

KUFAZ said...

sebenarnya ada.. carik bas on the way ke teuk kemang. minta dia berhenti di avillion.

Let's Interact!

me>