22 May 2014

LIBUR: The Adventure Of Kufaz & Arina - DAY 3:The City Of Love"

Malam di Melaka sungguh menenangkan. Kami pun tak pasti samaada malam di Melaka sememangnya tenang ataupun kami je yang tidur mati tak sedar apa-apa yang berlaku. Ah.. tak kira. Asalkan kami dapat merehatkan tubuh badan kami ni cukup la. Kaki yang sudah injured pada hari pertama tidaklah sesakit macam semalam, tapi denyut-denyut tu masih lagi ada. Aku bangun tidur dalam jam 10.30 pagi. Masa nak bangun seakan berat sangat badan ni. Macam kena pegang oleh katil yang menjadi tempat kami recharge tenaga. Tapi andai diikutkan hati sangat, memang tidak bergeraklah. Jadi, aku paksa juga diri aku untuk bangkit. Ye.. aku duduk di katil dan tengok ke arah tingkap. Hari ini mulalah hari ketiga.

Day 3: "The City Of Love"


Aku selak langsir di tingkap dan melihat ke arah langit yang mendung. Terasa sungguh sayu. Waktu breakfast dah lepas jadi, aku kena cari alternatif lain untuk mengalas perut ini. Aku tengok wife aku lena je tidur. Macam bayi. Haha. Maybe badan dia pun belum recover kot. Takpe la. Aku just kejutkan dia untuk bagitau yang aku dah lapar. Maybe aku dapat keluar jap pergi beli makanan dan pulang ke hostel. So, aku pun turun ke bawah untuk mencari makanan. Cuaca semasa tu hujan, so aku pinjam payung yang dibekalkan oleh pihak hostel tu untuk berjalan. Aku lihat keadaan sekitar amat tenang. Barangkali sebab hujan maka tiada banyak progress yang dapat dilihat di sana. Kepala aku hanya mencari makanan sahaja kerana akulah Raja Makan. Haha.

Setelah melilau beberapa ketika, aku terjumpa satu restoran dinamakan Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terdapat dihujung jalan itu. Keadaan restoran yang bersih serta dengan tag "Restoran Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3", aku terasa ingin mencubanya. Betul ke tak sedapnya tu. Seperti biaa bila dah masuk ke satu restoren, aku pasti ingin melihat juadah yang disediakan terlebih dahulu. Pergh.... gila banyak lauk wa cakap sama lu. Dari ikan kering, sampai ke gulai lemak Udang Galah sebesar lengan pun ada. Memang terbaik. Harga? Standard restoran melayu. Tak terlalu mahal pun. No wonder la restoren ni jadik restoren pilihan.


Aku pun bungkus nasi putih lauk ikan keli dan telur mata untuk diri aku serta nasi putih lauk ikan patin asam pedas Melaka yang menjadi kesukaan wife aku. Selepas selesai, aku pun balik ke hostel aku. Wife aku masih lagi tertidur. Selepas dah get ready, aku pun kejutkan wife aku. Waktu tu dah pukul 11.30 pagi. Hujan masih lagi renyai-renyai di luar. Nak keluar pun tak best lagi ni. So, kami pun sama-sama pergi mandi dan bersiap untuk makan.

Dah abes mandi, kami bersiap. Hari ni kami lebih kepada sight seeing. Jadi, hari ni kami tinggalkan beg. Haa... baru seronok nak berjalan. Ringan sket badan ni kan? Tapi of course, aku kena juga bawak beg, sebab kalau dah namanya berjalan, mau jugak ada barang yang akan dibeli. Kalau tak banyak pun, sikit. So, aku kosongkan beg yang wife aku selalu bawak tu, dan pakai untuk berjalan. Selepas tu, aku amek bungkusan makanan aku beli tadi, dan kami turun ke ruang lounge hostel tu. Di situlah pertama kali kami berjumpa dengan owner Lavender Guesthouse iaitu Mitch. Sememangnya seperti juga cara beliau bersembang di telefon, beliau seorang yang sangat friendly. Banyak benda beliau ceritakan mengenai betapa bestnya Melaka dan tempat-tempat attractive yang terdapat di sini. Kami tertarik dengan cadangan beliau untuk menyewa basikal di satu pusat perkhidmatan yang terdapat di Jonker Walk. Dengan basikal itu, kami akan lebih senang bergerak dan tidak penat. Selain itu, beliau juga rekemen satu stall cendol dan juga satu restoran ayam tandoori yang dikatakan the best di Melaka. So, sudah tentu kami kena cuba semua. Rugi kalau tak cuba kan.


Selepas abes makan, kami pun bergerak keluar dari hostel. Hujan dah mula berhenti dah. Suasana sungguh sejuk dan nyaman. Padahal time tu dah pukul 1.30 petang. Sepatutnya panas terik. Tapi ye la kan.. baru lepas hujan. What you expect? Pelancong-pelancong pun kelihatan sedang bersiar-siar di luar sana. Seronok melihat kelibat mereka. Mewarnai lagi pusat perlancongan yang terdapat di Malaysia ni. So, hari ni kami ingin explore heritage dan sejarah di Melaka ni. Pusat bandar dan shopping mall, kami tak pandang lagi. Kami nak tengok keunikkan sejarah Melaka dan mengapa ia menjadi suatu tempat best untuk melancong. Jadi... ke Jonker Walk la destinasi kami.

On the way ke sana, kami berhenti dan singgap jap di Infomation Center untuk tengok samaada disediakan map ke tidak. Di dalam center tu sejuk, layan gila. Ada satu benda yang aku suka mereka buat iaitu mereka tidak sediakan map. Cuma ada satu poster map di situ. Di atasnya terdapat tanda "Save trees. Snap a pic of the Map for yourself". Haha.. setelah snap-snap, kami pun beredar dan teruskan perjalanan ke Jonker Walk.

Perjalanan ke Jonker Walk mengambil masa 20 minit. Kami berjalan perlahan sahaja. No stress at all. Sight seeing di Melaka benar-benar memukaukan. Sebelum sampai Jonker Walk, anda akan disajikan dengan pemandangan indah peninggalan sejarah seperti Kota Melaka, A'Famosa, dan bangunan Stadhuy. Selain itu, satu benda lagi yang kami kagum ialah bagaimana pihak kerajaan Melaka berjaya beri satu nafas baru terhadap sungai mereka. Jika dahulu, sungai tersebut penuh dengan sampah sarap seperti sungai di KL, kini tidak lagi. Malah mereka jadikan ia salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. Siap ada bot lagi untuk cruise sepanjang sungai itu. Memang cantik.


So, setelah sampainya kami di Jonker Walk, mata kami disajikan dengan satu pemandangan seperti seakan Chinatown di luar negara ataupun di Petaling Street sendiri. Tapi Jonker Walk berbeza sedikit kerana ia jauh lebih bersih dan vintage. Vintage? Ye.. dari segi struktur bangunan dan juga karekter masyarakat yang berada di sana. Mitch ada cakap bahawa terdapat satu restoran sate celup yang terdapat di sana. Restoren tersebut bernama McQuek. Tapi beliau juga menyatakan bahawa restoren tersebut memang susah untuk dikunjungi oleh masyarakat Islam kerana ia merupakan restoran cina yang sudah pasti akan menyebabkan mereka was-was untuk makan di sana. So, kami pun lintas restoren tersebut dan benar seperti kata Mitch, setiap hari pun orang penuh beratur di restoren tu untuk merasakan sate celup itu.

Kami teruskan perjalanan kami dan menjumpai beberapa kedai yang menjual gula dan garam batu. Ye.. gula dan garam batu yang disaiz ketul batu yang besar. Rare ke tak tu? Di sebelahnya pula terdapat sebuah stall seorang peniaga cina yang menjual air teh. Oleh sebab aku ni dari dulu lagi nak merasa teh cina yang pure, aku pun beli satu air teh halia yang dijual dalam botol. Harga nya RM3.50. Uncle tu cakap ia bagus untuk kesihatan. Boleh buangkan angin dalam badan dan bersihkan toksik dalam organ penting. Begitulah katanya ibarat seorang doktor bertauliah dari luar negara. Tapi, aku beli juga air tu dan cuba.


Wekkk...!! Serius tak sedap. Pahit gila. At first rasa nak termuntah minum. Tapi selepas beberapa kali teguk, ia semakin ok. Tapi still tak hilangkan reaksi muka menahan pahit tu. Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami. Di situ kami nampak pelbagai jenis barangan seperti baju-baju, souvenir yang unik dan sebagainya. Kami pun berhenti di satu stall aunty ni. Dia jual air botol sparkling. Banyak jenis perisa. Satu botol berharga Rm4. Beli 3 dapat harga RM10. Kami beli sekarton 12 botol terus. Hahaha. Air dia sedap. Dan kami kagum dengan rasanya bila dia bagi sampel. Tu yang terus beli banyak tu. Selepas bayar RM40 kepada aunty tu, kami pun stripped out karton air tu, dan sumbatkan botol-botol tu ke dalam beg yang aku bawa. Ye.. bahu aku mendapat kawan beban yang baru. Tapi takpe.. itulah gunanya beg tu pun kan.

Kami tiba juga di satu pusat yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Kami riki-riki la basikal apa yang terdapat di situ. Alamak... semuanya basikal lama la. Haha.. tak dan nak sewa. Kalau dapat basikal mountain bike okay la jugak sebab boleh main gear. Bukan sebab apa, kaki kami ni masih lagi dalam proses recovery, kalau gunakan basikal tanpa gear, agak berat la nak bawak bila naik jalan yang agak tinggi nanti. Bukan menyembuhkan tu, malah bakal merosakkan lagi kaki kami nanti ni. Haha. So, takpela.. aku teruskan dengan berjalan kaki.






Kami round-round dalam 2 jam di dalam Jonker Walk tu sehingga kami keluar dan berjalan pulang ke arah hostel. Antara tempat menarik yang kami jumpa di Jonker Walk adalah kuil-kuil yang berusia tua di sana serta Taman Warisan Dunia Jonker Walk. Ada statue Datuk Wira Gan Boon Leong yang sewaktu dulu pernah menjadi Mr.Asia. So, on the way ke arah hostel, kami jumpalah juga stall cendol terhebat dikatakan tu. Nama stall tersebut adalah Cendol Jam Besar. Di sini service mantap. Cepat sampai order walaupun orang sesak. Dan ye.. aku rekemenkan anda semua supaya cuba rasa cendol durian dan cendol ais krim mereka. Serius terbaik beb! Aku terpukau makan cendol tu di samping dapat lihat permandangan sungai yang bersih dilintasi oleh bot-bot cruise yang bawa pelancong. Harga cendol berpatutan dan rasa sangat sedap. Aku bagi 4 bintang untuk tempat ini. Korang mesti cuba!



Selepas makan cendol, kami berjalan pula ke bangunan Stadthuy di sebelah. Di situ ramai pelancong datang melepak. Nak-nak pulak terdapat satu kugiran yang sedang bermain lagu-lagu nostalgia melayu dan inggeris. Suasana sana sangat santai. Di lorong-lorong situ pula terdapat pelbagai kedai souvenir yang anda semua boleh dapati barang-barang murah untuk dijadikan buah tangan atau ole-ole. Badan terasa dah lesu dan perlu refresh. Peluh dah mula kering dan melekit-lekit di badan. Korang pun boleh bayangkan bagaimana keadaannya kan? So, kami akhiri ekspedisi sebelah petang ni dahulu dan bergerak ke arah hostel sebab selepas ini kami ini akan keluar balik untuk melihat wajah Melaka di waktu malam pula. Lagipun, nak masuk senja dah. Tak elok berada di luar time Maghrib. Haha!

Sampainya di hostel, kami berdua berehat di bawah bayu aircond yang berhembus sambil melihat beberapa video di Youtube menggunakan projector. Projector tu datangnya daripada feature Samsung Beam kepunyaan wife aku. Dah macam tengok wayang dah kami ni... haha! Sambil-sambil tu aku message Mitch sebab nak tanya lokasi restoran ayam tandoori tu. Round-round kat Jonker Walk tadi tak jumpa la pulak. Selepas Mitch bagitau bagaimana cara nak pergi ke sana, kami pun bersiap kembali dan bertolak keluar dalam jam 8 malam. Bila turun dari hostel tu, mata aku mengalami plot twist. Pemandangan seolah totally different daripada time kami keluar tengahari tadi. Melaka penuh dengan warna-warni cahaya neon. Tapi sebelum terus ke restoren tu, kami singgah di pasar malam yang terdapat berdekatan hostel. Kami round-round dan seronok mencari makanan unik yang susah untuk didapati di KL. Antara makanan yang kami dapat di pasar malam tu ialah Jumbo Hotdog Cheese, stick food yang dibakar dahulu baru dip dengan sos (selalunya di tempat lain, kita rebus stick food dalam air panas sebelum makan), Popia daging besar dan juga sengkuang calit yang sememangnya payah nak carik di KL.




Selepas puas cari makanan alas perut di pasar malam, kami teruskan perjalanan. Semasa berjalan kami terpegun dengan lampu-lampu yang cantik. Ibarat semua bangunan dan kenderaan ada sinaran lampu sebegitu. Beca-beca bersinar-sinar dengan kerlipan LED. Sungai pun bersinar dengan cahaya lampu yang diletakkan ditepi-tepi sungai itu. Sebijik macam Venice. Cuma yang membezakan Melaka dan Venice adalah Venice sejuk. Tu je. Memang nampak seperti The City Of Love.

Kami enjoy berjalan ditepian sungai sambil berpegang tangan. Di sepanjang perjalanan tu pun kami jumpa beberapa performance yang unik seperti pemain gitar buat live performance dengan patung monyetnya yang menari. Bukan itu sahaja, kami juga nampak stall-stall sourvenir yang terang berderang dengan lampu, beca-beca yang girang dengan bunyi boombox mereka yang kuat dan sebagainya. Perjalanan ke restoran ayam tandoori tu memerlukan kami ikut jalan simpang ke Jonker Walk. Di situ juga, kami terpegun dengan kemeriahan Jonker Walk. Much much much more better than Petaling Street. Sebijik macam negara China sendiri. Or better. Memang tak sangka la Melaka boleh jadik sebegitu cantik bila time malam.






Akhirnya setelah setengah jam berjalan, akhirnya kami sampai di restoran ayam tandoori yang dikatakan itu. Restoren itu dinamakan Restoren Pak Putra Ayam Tandoori. Mitch lagi sekali betul bila dia cakap apabila di restoren tersebut, memang susah untuk mendapat tempat duduk. Pengunjung tak putus-putus. So, the tandoori must be really good there kan? Jadi, oleh kerana tak nak berdiri macam tunggul di luar, kami decide duduk di restoran sebelah order air sambil tengok kalau-kalau ada seat yang bakal dikosongkan. Pergh... sampai begitu sekali. Setelah hapir sejam menunggu, akhirnya kami dapat seat.

Satu la yang aku kagum dengan restoren ini adalah staff-staff mereka fasih cakap bahasa melayu dan inggeris. Selalunya kedai mapley memang susah nak buat staff mereka faham apa kita cakap tapi berbeza di sini. Mereka even boleh explain setiap juadah dalam menu dengan baik. So, bagus bagi aku. Tapi staff yang serve kami tu hancurkan hati aku malam itu apabila beliau inform ayam tandoori dah abes. Ayam tu abes dalam pukul 10 tadi. Pergh... Setelah sejam menunggu dan berjalan jauh, tak dapat juga makan ayam tandoori mereka yang dikatakan special tu. Aku tertunduk sendiri...  selepas beberapa ketika, kami decide untuk order side order yang lain pula.

Kami order Nan Cheese, Fish Koliwada (Ikan Dori goreng) dan Spicy Chicken Wings. Service mereka sangat baik. Kami menunggu order kami tidaklah terlalu lama. Dan hidangan tu masih lagi panas apabila dihidangkan. Di hujung sudut jalan sana, terdapat satu stall sate. Oleh sebab malam ini malam makan extravaganza, aku pergi order sate ayam 10 cucuk dan suruh makcik tu hantar ke meja kami. So, malam tu kami makan besar.

Sate ayam tu bukanlah yang terbaik, tapi terasa sangat ikhlas. Harga secucuk sate tu RM0.70 je.. so total RM7. Kat aku ada RM6. Lagi satu duit RM50 sekeping. Makcik tu cakap RM1 tu kira halal la. Alhamdulillah. Murah rezeki makcik tu. Bukan sebab aku ni jenis suka ambil kesempatan, tapi aku cukup suka dengan peniaga yang tidak terlalu berkira dengan customernya. Andai ada rezeki aku ke sana lagi, aku akan jejak dan beli sate di stall makcik tu lagi. No doubt about it. Makcik tu sangat chill.

Ok.. berkenaan dengan makanan restoren Pak Putra ni pulak. Hm.. Camne aku nak gambarkan ye. Sedap tu memang sedap tapi mungkin aku pernah merasa yang lagi sedap kot. Roti Nan Cheese nya masih tidak dapat kalahkan Nan Cheese RSMY di Medan Tuanku. Ikan Koliwada nya terlalu greasy, berminyak. Andai ingin diratah begitu saja memang tidak praktikal. Senang dapat penyakit jantung begitu. Spicy Chicken Wingnya pula pun sama juga kesnya. Terlalu berminyak. Kepak ayam yang di marinate dengan perencah tandoori tu sepatutnya tidak perlu di deep fry kan. Cukup sekadar goreng dengan minyak yang sederhana. Bila sudah deep fry, perencah boleh berpecah dan akhirnya keluar daripada isi secara tidak langsung mengumpul minyak berlebihan di situ. Oleh sebab tidak dapat ratah, maka ia perlulah dimakan dengan nan cheese tadi dengan harapan roti nan tersebut akan serap sedikit sebanyak minyak yang berlebihan itu. Taste dah ada tetapi tidak terlalu kuat. So.. bagi servis, aku bagi 3.5 bintang, tapi dari segi apa yang kami makan malam tu, cuma 2 bintang sahaja aku boleh beri. Maybe restoren ni terkenal dengan ayam tandoorinya berbanding menu lain. Aku faham. So, dengan keadaan kami tidak sempat merasa ayam tandoori tu, mereka boleh anggap diri mereka terselamat daripada review aku. Haha!



Selepas dinner bersama di Restoren Pak Putra tu, kami berjalan balik ke hostel kami semula. Suasana, pemandangan dan persekitaran kawasan ini sungguh mendamaikan. Terasa macam aku berpimpin tangan wife aku di Italy rasanya. Sungainya tenang, ternampak kelibat beca-beca yang meriah dan orang-orang yang sedang gembira menikmati masa bersama orang tersayang ibarat mempelawa kami ke dalam satu aura yang unik serta euphoric. Bentuk bangunan antik dan lama diterangi lampu-lampu pada sudut yang baik memberi satu penjelasan terhadap maksud vintage dan originality. Sebenarnya kalau nak diikutkan jarak antara hostel dan Restoren Pak Putra tadi agak jauh, namun oleh sebab asyik berada dalam zon asmara antara aku dan wife, jarak itu tidak menjadi masalah pada kami. Malah rasa sedih pula semakin lama semakin dekat kami ini dengan hostel. Seronoknya bersama menikmati masa ini telah sedikit sebanyak melupakan tentang kekecewaan makan di Restoren Pak Putra tadi.

Sampai di hostel, kami tidak terus tidur. Kami berehat dahulu sambil update apa yang patut di Facebook berkenaan aktiviti kami pada malam ini. Kalau anda perasan, sepanjang perjalanan pada hari ketiga ni, aku tidak update apa-apa di Facebook kan? Ye.. line internet masa tu memang menyakitkan hati dan sanubari sebenarnya. Kadang-kadang kuat.. kadang-kala lemah. Mostly lemah. Nak-nak pulak tu, ada satu ketika tu, line bar sehabis penuh lagi tapi nak update status ringkas kat Facebook pun tak lepas. Maybe ada hikmahnya. Allah saja bagi keadaan itu supaya masa kami berjalan tu, biarlah tiada diselang-selikan dengan media elektronik ni.

Agak lama jugak kami lepak bersama dalam bilik sambil bergurau bergelak-gelak. Sampai ada satu ketika perut terasa ingin makan lagi. So.. kami jamah oat choco dulu sebelum padamkan lampu dalam jam 3 atau 4 pagi dan tidur.


Nantikan episod terakhir esok!

No comments:

Let's Interact!

me>